"Opah tak tahu tau kita balik ni. Yeobo jangan cakap dengan sesiapa ye kita balik hari ni" kata eomma kepada kami dan juga appa.
"Baiklah sayang" jawab appa dengan senyuman manis. Kami berdua meng'hmm'kan saja kata eomma tadi
Cemburunya aku tengok eomma dengan appa ni. Boleh sweet-sweet, manja-manja, gedik-gedik okay itu melampau.
Bilalah aku boleh macam ni?
Hmm mungkin lepas BTS dah kahwin, baru aku kahwin kot HAHAHA. Ceh namjachingu pun tak ada, ada hati nak kahwin.Kalaulah Namjoon jadi suami aku, mesti seronok. Ni lagi teruk berangan aku. Sedarlah diri kau tak lawa dan tak setanding dengan dia. Dia kenal kau pun tak. Angin jelah yang bawa berlalu angan-angan aku ni. Ouh angin tiada sebab lagipun mana buka tingkap kereta, so biar sahajalah angin aircond yang bawa pergi.
Lagu Airplane Pt.2 mula kedengaran di 'earphone' aku. Aku mula membayangkan permulaan lagu ini dengan dimulakan oleh Jungkook dan seterusnya Jimin. Ya Allah aku dapat bayangkan dengan tarian mereka itu cukup buat aku dan para ARMY lemah. Atau ARMY kata 'sexy and hots'
Bahagian rap Namjoon pula, aku sudah hafal liriknya. Mulut aku sudah mengikut part tersebut tanpa berbunyi. Memang tidak sah lah kalau aku tidak buka volume yang kuat apabila lagu BTS mula bermain di telinga aku.
End Mikyong's POV
"MiKyong. Ouh MiKyong" Puan Jung memanggil MiKyong, tetapi tiada sahutan darinya
"Dengar lagulah tu. Tak habis-habis dengan Kpop dia tu. Masuk kereta je sumbat telinga" Puan Jung hanya menggeleng. Nak marah tiada guna, sudah ditegur tapi masih sama. Puan Jung melihat cermin disisi kereta untuk melihat apa yang sedang dilakukan MiKyong
"Terkumat-kamit mulut tu. Berzikir ke?" Puan Jung berkata dengan nada yang kuat. Masih sama. MiKyong tidak mendengar.
"Hah MiKyong?!" Sekali lagi Puan Jung menegur. Jung Schaa yang sudah bosan mendengar eommanya begitu terus memukul peha MiKyong.
"Auch. Apa dia lah" tanya MiKyong dan terus menarik jatuh sebelah 'earphone'nya.
MiKyong's POV
Mulut aku seterusnya mengikut part chorus lagu tersebut. Sama juga tiada suara, hanya mulut sahaja yang bergerak mengikut.
We going from New York to Cali
London to Paris
Uriga ganeun geu gosi eodideun Party
El Mariachi
El Mariachi
El Ma-
"Auch. Apa dia lah" tanya aku sebaik sahaja unnie memukul peha aku dan terus sahaja aku menarik jatuh sebelah 'earphone'. Terkejut aku dibuatnya.
Nak dengar lagu pun tak senang. Tergantung aku nak nyanyi tadi
"Eomma tengah cakap dengan kau lah!" marah unnie aku. Ouh ye ke. Aku mengangkat kening dan terus memanggil eomma aku.
"Ye apa dia eomma?" tanya aku
"Terkumat-kamit tu berzikir ke apa?"
Ah sudah. Eomma aku ni kalau tak bagi ayat deep memang tak boleh. Ada saja nak buat aku rasa 'zzupp' tersentap.
"Haha mana adalah orang nyanyi je" jawab aku malas. Serius aku tak suka bila eomma kata macam tu dekat aku. Sebab tu aku dengar lagu, aku tak menyanyi kuat-kuat. Hanya mulut je yang bergerak. Sebab inilah
Eomma dengan appa tak berapa gemar sangat aku minat pada Kpop. Sebab bagi mereka, aku dah terlampau "taksub" dengan mereka. Aku tidak rasa yang diri aku taksub pada mereka. Cuma itulah, mungkin mereka rasa begitu sebab aku hanya meminta izin untuk pergi ke konsert saja. Tetapi eomma dengan appa tak benarkan. Tidak mengapalah
Memang sesetengah kita akan berasa lalai sedikit pada agama. Tapi kalau pandai jaga, pandai berikan masa, kita takkan rasa lalai dan jauh dari agama tu.
Appa pernah kata dekat aku "Kau ni lebih pentingkan Kpop dari eomma dengan appa" aku benci bila mereka anggap aku macam tu. Teruk sangat ke minat ni? Tak naklah aku melawan, nanti lagi teruk. Merajuk tu memang adalah haha. Lupakanlah. Sambung pada eomma aku tadi. Dah jauh aku pergi ni
"Haha mana adalah orang nyanyi je" jawab aku malas. Serius aku tak suka bila eomma kata macam tu dekat aku.
"Cubalah dalam kereta berzikir ke. Ni tak.. asyik dengar lagu" bebel eomma
"Hmm yelah" jawab aku. Sebelah 'earphone' yang aku cabut tadi terus aku pasangkan di telinga. Malas nak mendengar apa-apa. Lantaklah orang nak kata apa pun.
Hahaha terasa jahat pula aku ni
Haih.. Cepatlah sampai rumah opah ni.
Fikiran aku terus beralih dengan hanya membayangkan cara-cara aku berjumpa dengan BTS. HAHAHA kalau nak tahu, berangan dengan aku tak dapat dipisahkan.
To be Continued
Maaf chapter ni saya banyakkan tentang siapa diri MiKyong ni sebenarnya. Next chapter baru dekat kampung😂
YOU ARE READING
PUTERA KATAK 👑 {K.N.J}
Fantasy"MiKyong cuba kau try cium katak tu. Mana tau keluar keluar jadi.. siapa tu.." "Namjoon!!!" "Hah?! Hahahaha takdenya" gelak MiKyong "Betullah. Gelak pulak kau" Kau percaya, kau bodoh MiKyong ▪Menceritakan tentang seorang gadis yang cuba untuk menci...