"Abah..."
Suara Wani dah mula kedengaran merengek. Memujuk abah yang mukanya semakin mencuka sejak tadi.
"Abah... janganlah buat Wani macam ni. Bukannya Wani tak nak kahwin tapi..."
"Wani." Encik Ahmad bersuara mencelah pujukan anaknya. Terdiam Wani mendengar suara garau abah. Mendatar dan serius sungguh bunyinya! "Ibu kamu dah lama tak ada dalam hidup kita berdua. Kalau abah pun tak ada lagi, siapa nak jaga kamu?"
Wani hela nafas berat. Wajah Encik Ahmad direnungnya.
"Abah nak hidup Wani tu berteman. Bukan setakat duit berlambak tapi abah nak Wani ada ruang dan masa untuk orang lain. Bukan untuk diri sendiri saja. Sekurang-kurangnya bila Wani dah ada keluarga sendiri, tak adalah hidup Wani sunyi."
"Abah ni..." Wani ukir senyuman pandang wajah Encik Ahmad. "Hidup Wani okey pe. Tak ada suami pun, Wani happy."
"Sekarang ni memanglah. Lama-lama nanti macam mana?" Encik Ahmad renung muka anaknya. "Abah tak pernah halang Wani nak buat apa-apa pun sebelum ni. Melancong sana sini. Keluar dengan kawan-kawan. Tapi umur Wani dah masuk 28 tahun. Sampai bila nak berseronok je?"
"Abah..."
"Abah tak minta menantu yang hebat-hebat. Kerja jawatan tak tinggi pun tak apa. Paling penting, dia sayang anak abah ni. Kerja asalkan halal. Permintaan abah bukannya tinggi mana pun."
Wani cebik bibir.
"Tapi kalau Wani tak boleh cari sendiri, abah dah ada calon."
"Abah ni. Itu yang sebenarnya abah nak cakapkan?" Mencerun mata Wani. "Wani tak nak pilihan keluarga. Biar Wani cari sendiri."
"Kalau macam tu, tahun ni juga abah nak menantu." Suara Encik Ahmad mulai kedengaran serius. "Boyfriend Wani bukan dah janji nak masuk meminang ke? Kenapa sampai hari ni tak
ada berita?"
"Ahhh... dia sibuk. Banyak kerja. Tak sempat nak bincang apa-apa lagi." Dalih Wani teringatkan janjinya pada abah sebelum ini. Kenapalah mulutnya terlepas cakap masa tu? Lelaki tak guna tu yang buat janji, aku pula yang terpaksa nak menjawab. Teruk betullah!
"Kalau macam tu abah tunggu. Jangan sampai abah buat macam yang abah cakap sebelum ni." Encik Ahmad mengingatkan anaknya lalu bangun dari sofa.
Wani menggeleng-geleng kepala. Apa yang abah cakap sebelum ni? Nak carikan aku suami? Tak nak tengok muka aku lagi? Yang mana satu? Tak akan dua-dua tu pun abah nak ugut. Wani bergegas bangun dan melangkah menaiki tangga menuju ke biliknya.
Pintu ditutup dan tubuh dilontar atas tilam. Teringatkan muka Eiman sudah cukup untuk menyakitkan hatinya. Dasar lelaki pembohong!
"Wani, saya bukannya tak sayang awak. Tapi saya terlalu banyak komitmen lain sampaikan tak ada masa nak fikir pasal kahwin." Bersahaja Eiman menutur kata lalu meneguk jus epal yang dipesan.
"Bercakap soal kahwin, awak. Bukannya saya." Geleng Wani geram. "Sekarang ni awak nak cakap seolah-olah saya ni yang terdesak nak kahwin? Macam tu?"
"Come on, sayang. Awak pun tahukan yang..."
"Apa yang saya tahu?" Celah Wani dengan mata mencerun tajam memandang Eiman. "Banyak yang saya tak tahu. Perangai awak sekarang ni pun saya makin tak faham. Banyak alasan sangat tahu tak?"
Eiman geleng kepala sebelum muka Wani dikerlingnya dengan ekor mata.
"Dah hampir setahun saya kenal awak. Tapi tak pernah sekali pun awak nak kenal dengan abah saya. Setiap kali saya tanya awak mengelak. Awak ni serius ke tidak sebenarnya?"
"Wani..."
"Saya ni tak mengharapkan sangat lelaki yang tak serius dengan saya. Nak cakap nak. Tak nak, awak boleh cari perempuan lain. Saya tak ada masa nak bercinta tapi tak nampak arah tuju. Awak ingat saya ni apa?"
"Jadi awak nak cakap apa sekarang ni?" Suara Eiman kedengaran agak meninggi. Tercabar mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut Wani.
"Awak tu lelaki. Awak nak saya juga yang...."
"Okey, fine!" Bergegas Eiman bangun dari duduk. "Kita putus. Saya pun dah tak larat nak ada awek yang macam kayu tahu tak? Nak sentuh sikit pun tak boleh."
"Hey! What's wrong with you?! Kayu?" Wani turut bangun. Wajah pengunjung-pengunjung dalam restoran dikunjungi yang mula memandang tidak dihiraukan.
"Of course!" Angguk Eiman geram.
"Jaga sikit mulut..."
"Baik konon." Eiman tersenyum mengejek. "Tak payah nak tunjuk baik sangat Cik Wani Arifah. Perempuan macam awak, lelaki lain tengok pun takut."
"Shut your mouth!"
"Kita tengok. Lelaki mana yang sanggup bertahan dengan mulut tak ada insurans awak tu!" Kuat Eiman hentak meja sebelum berlalu.
Wani gigit bucu bantal yang dipeluk. Geram mengingatkan kata-kata Eiman. Isy... aku tak heranlah tak ada pakwe! Kau tu juga yang nak sangat dengan aku! Bodoh punya, Eiman! Kau cabar aku ya?
Aku akan buktikan akuboleh dapat lagi hebat! Lebih handsome!Lagi memahami bukannya macam kau, Eiman! Jantan bangang!
YOU ARE READING
TWO CAN PLAY
Romance"Kerja kat sini ya?" Kif mendongak. Mencerun matanya terpandangkan Wani berdiri sambil memandangnya. Kif turut berdiri namun entah kenapa senyuman terukir di bibirnya. "Ahhh... saya ingatkan siapa tadi. Cik Wani buat apa kat sini?" "Joging." "Cuaca...