9

729 106 69
                                    

Pada pagi Jumaat yang mulia, aku masuk ke dalam kelas. Orang pertama yang aku nampak, Hakim.

Dia sedang merenung Fisha makan. Gais.. Gais.. Gais.. Aku tak kuat..

Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Aku cuba untuk abaikan scene sweet tak bergula tersebut.

Aku berjalan menuju ke tempatku. Aku tengok Amsyar sedang membaca komik sambil kedua-dua kakinya digoyangkan di atas meja.

Cantiknya perangai.

" Elok sangat la kaki letak atas meja macam tu? Bawah meja tu kan ada buku. Kau tu nak spm. Macam mana ilmu nak masuk kalau dengan buku pun tak jaga adab. Buku tu ilmu tau.. Turun kaki tu! " fuh bukan senang aku nak ceramah orang ni. Pagi jumaat pulak kan. Wah wah wahhh.

" Baik sayang~ " Amsyar menurunkan kakinya. Dia menyambung bacaan yang tergendala tadi akibat ceramah tak berbayar aku..

" Fuyo Hana.. Kau ada apa-apa ke dengan Am? "

Walaupun aku tak tengok muka tuan punya suara tapi aku tau tu Fisha.

Baru saja aku ingin menoleh—

" Haah dia couple dengan aku. Mohon ship kami. " jawab Amsyar sambil memandang aku.

Aku segera menoleh ke belakang.

" Ehh t-tak!! Kami tak couple pun. Pandai-pandai je Am ni ha ha ha. "

" Alaa kalau korang couple pun okay apa? Boleh kita double date, kan Faris sayang? " balas Fisha sambil mencuit bahu Hakim.

Aku berpaling wajah menghadap papan putih. Dari papan putih aku nampak bayangan Hakim dan Fisha. Hakim sedang ketawa kecil sambil memandang Fisha. Kemudian dia mengangguk.

Aku tenung meja.

" Hana.. " panggil Amsyar sambil mengetuk mejaku menggunakan jari telunjuknya.

" Hm? " aku menyahut tapi tidak menoleh.

" Kau okay? " tanya Amsyar.

" Maksud kau? " aku memandang wajah Am.

" Emm kau okay tak pasal petang ni? "

" Ouh.. Hm okay. "

Nak tak nak aku keluar jugak dengan Amsyar. Boleh la aku release tension petang ni..

" Thanks. " kata Amsyar.

" Ya. "

•••

" Hana! Sorry aku lambat sikit. Tadi dekat masjid jalan sesak. Kau dah lama tunggu ke? " Amsyar tercungap-cungap. Dia mengibas-ngibas kolar baju melayunya.

" Eh tak la. Aku pun baru sampai. "

" Kau datang sini naik apa? "

" Grab. "

" Kau naik grab sorang-sorang? Berani betul kau. Kau percaya ke orang yang bawak grab tu? Kalau orang jahat macam mana? " Amsyar memandangku dengan muka yang serious.

 Kau percaya ke orang yang bawak grab tu? Kalau orang jahat macam mana? " Amsyar memandangku dengan muka yang serious

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
GrabWhere stories live. Discover now