2-Nakal

227 25 4
                                    

Vote and comment
-

Soorim berlari keanak-anakkan menuju ke sekolah.

'Bapak jauh shial sekolah.' Kutuk Soorim di dalam hati.

Dasar anak dara bangun lewat.

Soorim melihat pintu pagar sekolahnya. Yes! Pagar masih terbuka luas. Tapi agak malang hidupnya apabila pak guard sedang menutup pintu pagar sekolah.

Soorim berlari pantas. Dibiarkan rambutnya yang kusut-masai. Difikirannya hanya berfikir tentang aku tak nak kena ceramah panjang dengan Miss Choi.

"Ewah lambat sampai." Pak Guard melihat Soorim yang sudah bernafas tidak tentu arah. Soorim senyum menampakkan gigi.

"Lambat sebab bangun akhir" jujur Soorim.

Pak Guard menggelengkan kepala. "Bangun lambat sebab mimpi indah ke macam mana?" Kata Pak Guard yang mengusik Soorim. Soorim hanya mempamerkan wajah blur . "Dah pergi masok kelas. Nanti kena denda baru tahu." Sambung Pak Guard.

Soorim membongkok ke arah Pak Guard. Sempat dia mengucapkan terima kasih kerana membantunya masuk ke sekolah. Kalau tidak,hmm makan rotan lah harini.

Soorim menuju ke kelas. Kelas masih lagi dalam keadaan bising. Tiada seorang pun yang menghiraukan ketibaan Soorim. Soorim lantas menuju ke mejanya dan menegur kawannya.

"Yow Hani my honey." Soorim memeluk Hani. Hani hanya memberi muka seposen. Malas melayan karenah manja Soorim.

"Ish,kau tak rindu aku ke?" Cebik Soorim membuatkan Hani memandang Soorim dengan pandangan jengkil.

"Rindu kau buat apa? Baru semalam kita jumpa. Baik aku rindu orang lain." Ujar Hani kepada Soorim. Soorim mendengus menunjukkan dia merajuk. Tapi apakan daya,Hani hanya membiarkan kawannya itu. 'Tak lama dia merajuk,nanti kalau dia bosan dia tegur aku dulu.' Desis Hani.

"Harini ada cikgu baru tau. Aku dengar dia tu hensem tapi sombong" Soorim yang tadi merajuk terus memaling ke arah kawan sekelasnya.

"Cikgu baru? Siapa" tanya Soorim. Bermulalah makcik-macik bawang in the class.

"Aku tak tahu. Tapi tak silap cikgu tu lelaki. Tadi aku ada jumpa sorang lelaki pakai kereta merah. Memang hensem tapi bila aku bagi senyuman dia jeling ja." Jelas Ahneul.

"Kesiannya." Ujar Soorim.

"Wey saem masuk!" Joshua yang menjerit dari luar kelas terus berlari menuju ke mejanya. Manakala pelajar-pelajar lain turut duduk di tempat sendiri. Suasana yang tadi riuh terus bertukar sunyi.

Puan Choi melangkah masuk ke dalam kelas. Senyumannya tidak hilang dari wajahnya.

"Hari ini saya ingin membuat pengumuman. Bahawa kita mempunyai guru baru iaitu Encik Kim." Ujar Puan Choi dengan jelas. Semua pelajar di dalam kelas memberi perhatian sepenuhnya diikuti Soorim.

"Encik Kim akan mengajar addmath. Dia hanya guru untuk kelas tambahan sahaja.Siapa yang gagal addmath,korang akan mempunyai kelas tambahan pada waktu petang. Kehadiran adalah WAJIB." Teriakan Puan Choi menghinjut bahu semua pelajar. Pelajar-pelajar yang tadi terkejut terus memberikan riak muka sedih tatkala mendapat tahu terdapat kelas tambahan dan yang menyakitkan hati pelajaran yang paling tidak disukai oleh pelajar.

Hai Abang Grab [KTH]Where stories live. Discover now