0.9

320 33 7
                                    

Aku dah buat keputusan. Aku kena bersemuka dengan dia! Sampai bila dia nak layan aku macam ni hanya disebabkan aku suka dia?

Waktu sekolah habis. Semua pelajar sudah mula keluar daripada kelas. Tinggal aku dengan Sehun je sekarang ni. Dia memang lambat kemas barang dia. Sebabtu dia orang yang terakhir keluar kelas selalunya.

Aku mendekati dia. Dia tahu aku ada disebelah dia, tapi dia hanya membiarkan aku sahaja. Buat-buat tak nampak. Sakit betul hati aku. Ingat aku ni tunggul ke kat sini?

Ingat sikit dulu aku pernah kena marah dengan cikgu disiplin sebab kantoi temankan kau ponteng 😀.

Sehun sudahpun menggalas beg dia di bahu. Baru sahaja dia hendak pergi, aku terus tarik beg dia.

Langkah dia terhenti. Dia tidak pandang belakang langsung.

"Sehun..."

"Apalagi? Aku sibuk lah." Dingin sahaja dia berkata.

Aku mencebik. "Pandanglah aku."

Dapat aku dengan keluhan keluar daripada mulutnya. Terus dia memandang aku dengan wajah yang malas. Dia memeluk tubuh.

"Kau nak apa lagi? Jangan kacau aku boleh tak?"

Aku hanya tersenyum nipis.

"Sehun...aku ada buat salah ke?"

Walaupun aku tahu apa sebab dia tidak melayan aku, tetapi aku masih mahu bertanya.

Dia angkat bahu. "Entah. Tanya diri kau sendiri."

Aku mengeluh. "Kenapa kau berubah, Sehun? Kau tak macam ni dulu."

"Entah. Kau pun tahu, lelaki dengan perempuan tak boleh kawan rapat sangat. Nanti...kau tahu kan apa yang terjadi?"

Ayatnya itu macam memerli aku. Aku pandang dia geram.

"Haah. Iya. Aku tahu...kalau lelaki dengan perempuan kawan rapat, nanti mesti salah seorang akan jatuh cinta. Dan benda tu terjadi kat aku sendiri. Aku suka kau. Apa itu salah? Bukannya aku minta kau jadi teman lelaki aku pun. Perlu ke kau endahkan aku sampai macamni sekali?"

Dia tersengih mengejek. "Aku taklayan kau sebab...."

Dia mendekatkan dirinya dengan aku.

"Aku tak suka kau."

Dia ketawa kecil. "Kalau kau tak suka aku, aku takkan layan kau macam ni, Leesa."

Auuu...jujurnya.

Aku tersenyum. Airmata aku mengalir.

Dia kelihatan terkejut tertapi hanya diam sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia kelihatan terkejut tertapi hanya diam sahaja.

"T-tak apa Sehun. Aku faham. Kalau kau dah tak suka dengan aku, aku akan pergi dari hidup kau."

Terus aku berjalan meninggalkan dia kesorangan.

Kalau orang dah tak suka,buat apa nak terhegeh lagi?

😃

Friendzone.Where stories live. Discover now