3

317 5 4
                                    

SEMUA menunggu dengan sabar. Menunggu kedatangan Siti Sarah.

"Mana pulak dia ni? Cakap pukul 10.00 pagi. Sekarang ni dah 10.05, tak nampak batang hidung lagi," gerutu Tengku Atylia.

Erica dan Amylia saling berpandangan. Tersenyum dengan ketidaksabaran Tengku Atylia. Kemudian masuk pula Izhan dengan bergaya. Dia hanya mengenakan t-shirt belang merah putih dan jeans biru tua. Segak sekali. Erica sempat menjeling ke arah Farish yang turut sama melihat ke arah sepupunya itu.

"Pagi semua," sapa Izhan.

Kemudian dia duduk di sebelah Erica setelah bersalaman dengan Zahid dan semua yang ada.

"Iz dah makan?" tanya Tengku Atylia.

"Dah. Mana peguam ni tak datang-datang lagi," kata Izhan menjawab soalan Tengku Atylia.

"Assalamualaikum."

Siti Sarah masuk dengan membawa briefcase berwarna hitamnya. Di sisinya kelihatan seorang gadis bertudung merah jambu.

"Mintak maaf, saya agak lewat hari ni. Semua dah ada?" tanya Siti Sarah lagi.

"Semua dah sampai, cuma tunggu you aje, Puan Lawyer," sindir Tengku Atylia.

Siti Sarah menarik nafas panjang. Dia sedia maklum dengan sikap Tengku Atylia.

"Baiklah, kalau semua dah ada, kita mulakan sekarang," ujar Siti Sarah.

Semua yang ada di situ menarik nafas panjang. Tidak sabar untuk mengetahui wasiat apa yang telah ditinggalkan Tengku Khaleeda.

"Assalamualaikum. Semasa wasiat ini dibaca bermakna saya Tengku Khaleeda telah 100 hari meninggalkan dunia ini. Segala apa yang bakal disampaikan oleh peguam saya, iaitu Puan Siti Sarah adalah yang telah apa saya katakan kepada beliau. Oleh itu semua yang ada perlu menerima dan akur dengan segala-galanya."

Siti Sarah berhenti sejenak dan melihat satu per satu wajah yang ada di hadapannya. Masing-masing kelihatan gusar dan tidak tenang.

"Jadi saya akan bacakan wasiatnya sekarang," sambung Siti Sarah lagi.

Masing-masing macam burung belatuk mengangguk.

"Segala wang tunai atau di dalam deposit simpanan hendaklah dibahagi sama rata di antara Tengku Atylia Tengku Imran, Zahid Ariffin dan juga Amylia Harun. Jika ada sesiapa yang membantah, bahagiannya akan dimasukkan ke Tabung Yayasan Khaleeda, yang diuruskan oleh Peguam Siti Sarah dan Rakan-rakan. Sementara itu segala aset yang lain dan syarikat yang ada akan diberikan seperti berikut."

Siti Sarah berhenti di situ. Pembantunya kemudian menyerahkan kepada semua yang ada salinan kertas yang berisi jumlah wang yang ada di dalam bank.

"Ini yang dalam bank, yang tunai kat rumah ni macam mana?" tanya Tengku Atylia.

"Sebelum Tengku Khaleeda meninggal, saya rasa tak banyak wang tunai yang ada di dalam rumah ini," terang Siti Sarah.

"Kak ngah, bonda dah tahu ajal dia nak sampai. Percayalah semuanya telah diatur oleh bonda dengan teliti. Kak ngah tahu bonda macam mana kan?" sampuk Amylia.

"Aku tahu, aku cuma nak tanya. Manalah tahu kalau-kalau ada yang terselit dan ada pulak yang nak menyelit," jawab Tengku Atylia.

"Saya bermula dengan Tengku Atylia Tengku Imran. Tengku Khaleeda menyerahkan syarikat pembinaan KHALEEDA Cons. kepada Tengku Atylia dan keluarganya untuk diuruskan. Begitu juga dengan pegangan saham di Dinamik Industri. Di Dinamik Industri Tengku Khaleeda memegang 50% daripada saham. Semua saham itu menjadi hak milik mutlak Tengku Atylia. Disamping itu semua saham di dalam Koperasi Tengku Khalid, Kumpulan Jaya dan Setapak Maju Sdn Bhd menjadi hak milik Tengku Izhan Tengku Eddrus."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 05, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suamiku Encik SotongWhere stories live. Discover now