Bab 17

190 8 4
                                    

Hazim pov :

"Aku benci kau!"

Wanita bernama Anis Fuckira itu memandangku dengan sayu. Kata-kataku tadi telah memberi impak padanya. Hati aku melarang untuk sakitkan hatinya, tapi aku masih melakukannya.

"Aku benci kau lah!" Aku angkat tangan aku dan terus menamparnya. Dia jatuh terduduk,bibirnya berdarah.

Dia tidak bersuara langsung. Dia melutut dihadapanku, seakan merayu agar aku tidak melukakannya.

"Kau mati lagi bagus!"maki aku lagi.

Aku nampak dia menangis. Dia menangis semahunya. Hati aku ngilu melihatnya begitu. Belum pernah aku merasai kesakitan hati yang melampau macam ni.

Air matanya terus keluar. "Ucapkan nya Hazim.."

Aku merenung wajahnya..

"Aku takkan berhenti jadi kawan kau selagi kau tak suruh aku berhenti.."

Suara Anis bergema di kotak fikiran aku.

Aku terdiam..

"Ucapkannya Hazim!!" Dia menjerit memandangku lama.

Aku bersuara "Berhenti..berhenti jadi kawan aku.. aku tak perlukan kau"

Aku memandang tubuh Anis yang menjauh. Aku mahu mengejarnya.

"Aku benci kau Anis."

.

.

.

.

.

.

Aku terkejut, dan terus bangun dari tidur "Ya Allah.." aku meraup muka ku kasar. "Apa yang aku mimpi ni?"

Hati aku ngilu seperti dicengkap kuat. "Kenapa Ya Allah?" Aku menutup mataku rapat, tatkala jantung aku berdegup kencang.

Aku terus mencari telefon bimbitku. Nombor Anis aku cari dan aku cepat cepat call dia.

Tuutt tuuttt..

Jawablah Anis.. Aku takut. Takut sangat jika Anis betul betul pergi bila aku suruhnya berhenti.

"Hello? Hazim?" Suaranya yang baru bangun tidur kedengaran.

"Hazim kenapa kau call aku pukul 2 pagi ni? Kau okey tak?" Mendengar suaranya seperti itu membuatkan aku lega.

Aku memegang telefonku erat. Aku bersyukur, dia masih disini. Kekal menjadi kawanku.

"Mende bodoh kau! Buat prank call ke apa? Siot lah" Suara Anis merungut dihujung talian, membuatkan aku tersenyum.

"Alhamdulillah.." ucapku tanpa sedar.

"Kau kenapa ni Hazim? Mamai ke?" Soalnya dengan nada mengusik. Aku tersenyum lagi.

"Takde lah." Balasku tenang.

"Then? Kenapa kau ganggu aku hah?! Beta hendak beradu pun susah!" Dia memakiku. Dan aku masih tersenyum lagi.

"Maaf menganggu. Jangan lah marah" aku pujuk dia.

"Mampos kau lah. Tak kuasa aku nak marah marah orang tengah malam macam ni. Esok jumpa kat sekolah, bye!" Dia menamatkan panggilan.

"Berhenti..berhenti jadi kawan aku.. aku tak perlukan kau"

Astaghfirullah..

 ||MAIRIEZ|| She's With MeWhere stories live. Discover now