1 : Kisah Silam

166 8 2
                                    

Tiada anak yang menginginkan ibu bapa yang mendera mereka sama ada dari segi fizikal atau mental. Nasib malang ini telah menimpa Airin Liana sejak umurnya 14 tahun.

-

*imbas kembali

"Kau ni memang anak tak guna eh?!!!" Tengking ayah tirinya yang baru pulang dari kerja.

"Maafkan Liana ayah, Liana penat sangat sampai terlupa nak sediakan makanan tengahari."

"Ah kau! Kau penat buat apa? Layan lelaki sana sini?"

"Astagfirullahaladzim, bukan ke ayah yang selalu layan perempuan lain sampaikan ibu pun ayah abaikan? Perempuan yang ayah janji nak setia sampai bila-bila?"

Terlajuk perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ayah tiri Liana iaitu Encik Kamal sudah tidak dapat mengawal kemarahannya selepas mendengar kata-kata pedas yang dilontarkan oleh Liana.

"Oh kau dah berani lawan cakap aku? Takpe takpe."

Dengan lajunya Encik Kamal membuka ikatan tali pinggangnya lalu memukul badan Liana.

"Sakit ayah!!" Liana meronta-ronta kesakitan.

-------------------------------------------------------------
*Imbas kembali berakhir

"Uit Liana, dah takde kerja ke? Mengelamun je kerja kau. Ni buku-buku ni susun elok-elok" Salah seorang rakan sekerja Liana menegurnya yang sedang termenung jauh.

"Eh akak, hahaha Liana penat sikit je..."

"Hmm yelah-yelah, buat kerja elok-elok" Kak Fatin menepuk bahu Liana lalu beredar

"Okay kak" Liana membalas dengan senyumannya yang manis.

Ini lah pekerjaan Liana iaitu sebagai pekerja di sebuah kedai buku Popular. Baginya buku adalah sebuah keindahan. Buku lah yang memaniskan kehidupannya yang pahit. Sampaikan dia mendapat gelaran "ulat buku".

"Haihh, susahnya nak lupakan memori buruk.. yelah, yang indah pun aku tak ingat apa. Macam mana nak ingat memori indah?" Keluh Liana.

Keluhannya terberhenti apabila seseorang menegurnya.

"Miss, I nak cari buku-buku novel romantik yang best, boleh recommend tak?"

Gadis yang berpakaian jeans ketat, baju off-shoulders, bertumit tinggi dan berambut lurus itu buntu untuk memilih novel pilihannya.

"Mmm saya recommend cik beli buku Suri Hati Mr. Pilot karya Dina Dyla ni" balas Liana.

Kedua-dua gadis itu berpandangan antara satu sama lain dan mereka terpaku dalam masa empat saat.

"AIRIN LIANA???? Kau liana kan? Eh recognize aku? Classmate kau dulu lah" Terujanya macam jumpa kawan baik.

"Err.. siapa eh?"

"Aku Amanda lah! Amanda Qistina, see? Of course kau ingat"

Sekali lagi kisah silamnya diingati. Gelisah, takut, gementar. Yes, anxiety Liana mula mengawal dirinya. Berhadapan dengan dirinya, seorang wanita yang memberi racun tambahan dalam hidupnya. Tidak cukup dengan masalah di rumah, hidupnya juga tidak tenteram di sekolah.

T A K D I R K U 🌸Where stories live. Discover now