2 : Taubat

81 4 2
                                    

*
Sebuah sekolah dipenuhi dengan alunan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh para pelajar Sekolah Tahfiz pada waktu pagi yang segar. Siapa sangka bahawa seorang yang dulunya pernah melakukan maksiat, menjadi salah seorang pengajar yang dihormati di situ.

"Abang Harris, boleh dengarkan hafalan saya?" Inilah soalan yang sering didengari oleh seorang pemuda bernama Harris Ilham bin Edry Shah.

"Boleh je, pernah ke abang tolak? Kang tak pasal-pasal ustaz Yusof cubit abang sebab tak nak tengok bacaan korang." Gurauannya serta merta membuat pelajar tersebut tenang.

"Sempat lagi bergurau tu." pelajar itu tersengih kerana teringatkan situasi tangan Harris dicubit kerana malas melihat bacaan pelajar.

"Abang bila nak jadi ustaz kat sini? Takkan nak jadi pembantu je" soal pelajar tersebut.

"Ilmu tak cukup lagi laaaa. Cukup la sekadar tolong-tolong orang kat sini. Dah dah, kalau lupa tu sia-sia je"

"Hehe ok ok"

-------

Sesi menyemak bacaan pelajar Sekolah Tahfiz berakhir setelah satu jam.

-------

"Tak pernah bosan tengok pemandangan atas bukit ni." Harris berkata pada dirinya.

"Assalamualaikum Harris, ustaz dah agak dah, kalau kamu takde dekat kawasan sekolah, mesti ada dekat atas bukit ni." Lamunan Harris terberhenti.

Harris mengusap lehernya sambil tersengih malu. "Waalaikumussalam ustaz, nak buat macam mana, Harris dah jatuh cinta dengan pemandangan dekat sini. Sesuai untuk terapi menenangkan jiwa."

"Ciptaan Allah tu memang indah-indah belaka. Kamu ingat waktu pertama kali kamu datang ke sini?"

"Mestilah ingat ustaz, dulu saya entah apa apa je, hahaha. Banyak sangat dosa sampaikan pernah nak terjun bangunan. Nasib baik saya jumpa ustaz." Kenangan pahit harus ditelan, itulah apa yang dilalui oleh Harris beberapa tahun yang lepas.

"Yang lepas tu biarlah, syukur kamu dah berubah. Jadi sekarang ni, tinggalkan perkara-perkara yang tidak elok sepenuhnya."

"Okay ustaz!!" Balas Harris sambil memberi tabik hormat kepada ustaz kesayangannya iaitu Ustaz Umar.

"Ni ustaz nak jumpa kamu sebab nak jemput kamu pergi majlis perkahwinan anak ustaz minggu depan"

"Dah nak kahwin dah si Saiful tu? Alhamdulillah. Dulu selalu mengadu bila nak jumpa jodoh."

"Kamu ni bila nak kahwin? Soalan yang paling penting, bila nak jumpa mak ayah kamu? Balik lah Harris. Diorang dah rindu dekat kau tu. Perkara yang buruk jangan ingat sampai bila-bila."

"In Shaa Allah ustaz, saya dah lama cadang nak balik 22 Januari nanti.. haritu hari lahir ibu Harris.. Apa yang Harris mintak cuma ibu buang sikap lama dia... tapi tak tahu la ustaz" Ibu Harris iaitu Datin Rafidah Musa seorang yang suka mengongkong hidup anak-anaknya. Daripada pembelajaran sehingga percintaan, semuanya dia yang nak atur. Lagi menyakitkan hati bila dia menganggap dirinya saja yang betul dan anak-anaknya tidak layak membuat sebarang keputusan.

*imbas kembali*

"Mommy nak Harris yang handle syarikat Abah bila Harris dah besar nanti. No architect for you, this is my decision for your future. Faham?"

"Mommy enough!! Harris dah banyak kali cakap yang Harris tak berminat nak handle syarikat besar macam tu. And who are you to decide my future? Kalau Harris nak jadi arkitek, why can't you respect that!?" Balas Harris dengan hati yang panas kerana pilihannya tidak diterima oleh ibunya.

"Harris! Harris patut bersyukur tau sebab ada father yang kaya, kalau Harris ambil alih jawatan pengurus Syarikat Renaissance Holding, senang hidup Harris. Kenapa nak bersusah payah jadi arkitek?"

"Ini soal minat mommy, kalau Harris jadi ceo tapi tak ikhlas bekerja, apa gunanya?"

"Then try, try work as a ceo at least for 1 month. Mommy cabar Harris."

Harris yang pantang dicabar terus bersetuju untuk bekerja di syarikat abahnya.

"Fine, if that company is going down, I'm gonna leave as fast as I can."

*Imbas kembali berakhir*

"Haihh tak sempat tunggu syarikat tu lingkup, Harris dah bla dulu."

"Tak apa lah Harris, elok kamu lari sebab nak memperbetulkan diri kamu. Kamu beruntung sebab terus sedar akan dosa bila sekali je kamu buat maksiat. Ada orang, lepas buat maksiat, dia rasa macam ketagih dan dia akan teruskan perbuatan yang sama."

"Alhamdulillah ustaz, saya tak pernah lupa detik-detik penginsafan saya. Saya rasa hina sangat pada masa tu. Sampaikan lupa cita-cita nak jadi arkitek hahaha."

"Rezeki ni Allah dah aturkan Harris, yang penting kamu tak pernah lupa Allah. Mana ada malaikat kat kubur tanya soalan macam ni "apa pekerjaan kau?", "berapa gaji yang kau dapat?", "dulu kat sekolah pandai ke tidak?" Haaa. Tak ada kan?"

"Ustaz ni, bergurau pulak. Dah la ustaz, saya nak balik dah ni, malam ni saya nak keluar dengan kawan-kawan sekolah dulu. Rindu kenangan dengan diorang. Mesti terkejut kalau nampak saya dah berubah"

"Ha yelah, kalau diorang perli kau, bawak diorang jumpa ustaz"

"Hahahaha ustaz ustaz" Harris hanya menggelengkan kepalanya.

-------------------------------------------------------------

Dun dun. Tamatlah chapter 2 😭 jenuh nk fikir idea. Ok bai!

Vote anda amat dihargai~

🌸

shzl__

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 18, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

T A K D I R K U 🌸Where stories live. Discover now