Aku nak keluar dari lautan manusia dalam hall ini. Mata aku mencari kelibat Fara. Spotted. Amboi sakannya dia bersembang sampai lupa aku ! Lantaklah.
Pintu utama hall aku tuju. Aku nak blah dari sini !
Kaki aku membawa langkah dengan penuh hati-hati memijak lantai marmar ini. Ye la hotel mahal. 5 stars. Dan kenapa lah aku boleh setuju nak teman Fara datang sini. This is not so me. Datang fancy event macam ni. Sembang gelak dengan orang kaya. Dan dress yang aku pakai ni pun bukan aku punya, tapi Fara punya. Dia yang beria nak aku teman dia dan siap belikan dress untuk aku pakai. Aku bukan tak mampu nak beli tapi dah orang nak belanja, aku on jer lahh..
Kaki aku mengorak langkah tanpa arah tuju. Aku nak pergi mana ? Tempat ni dah la besar. Dan aku tak tau apa pasal tempat ni. Kalau sesat, tak ke naya nanti ?
Mata aku menangkap lambang 'ladies'. Lalu kaki ini terus melangkah ke sana tanpa memandang kiri dan kanan sehinggalah..
Bammm..
Bahu aku senak dirempuh dengan entah apa benda. Keras siot !
Aku mengangkat kepala untuk melihat benda yang aku rempuh tadi. Manusia. Lelaki. Tinggi. Tegap. Patut lah keras ! Aku rasa aku patut pergi hospital kejap lagi, mana tahu ada retak mana-mana tulang.
Dan manusia yang aku rempuh itu turut memandang aku. Dapat aku tangkap riak terkejut yang terukir dia wajah itu. Namun riak terkejut itu cepat saja dikawal. Matanya sempat aku pandang sekilas.
Hazel eyes..
Entah kenapa terasa macam aku pernah nampak mata itu ?
Atau lebih tepat lagi aku rasa macam aku pernah nampak wajah itu. Wajahnya bersegi sempurna, hidungnya terletak dan mancung, keningnya terukir elok dan sederhana tebal, bibirnya merah basah dan ada lekuk tajam di dagunya. Sesuailah dengan anak matanya yang hazel itu. Sekali pandang wajahnya kelihatan seperti orang barat. Mix mungkin. Dan wajah ini kelihatan sangat familiar tapi aku tak ingat di mana aku pernah lihat.
"Excuse me?" Lelaki itu bersuara.
Bahu kanan aku yang terasa sedikit sengal aku endahkan. "I'm sorry. I really didn't mean to bump into you on purpose." aku membalas, malas mahu gaduh di sini. Lagi-lagi dengan orang 'kaya'.
Aku menangguk kecil tanda maaf sebelum berpaling untuk ke ladies. "Seriously?" Kaki yang baru hendak melangkah dihalang oleh suara itu lagi.
Aku berpaling ke arah dia semula. "Yes?"
Kening aku terangkat."Do you know who I am ?" Kening dia turut terangkat sama.
Untuk soalan itu aku geleng.
"You really don't remember me ?" Soalnya. Aku pandang wajah itu. Cuba meneka riak wajahnya. Ada suatu riak yang disembunyi dibalik wajah itu. Riak... sedih ?
"No" dahiku dikerut. Cuba mengingat. Aku pernah jumpa dia ke ?
"I'm sorry again, sir. I really don't know you." Aku mengangguk kecil bersama senyum.
Lelaki itu baru hendak bersuara lagi sebelum ada dua lelaki lain yang berkemeja hitam datang menghampiri dia dan salah seorang daripada mereka bersuara "Is there any problem, sir ?"
Lelaki tadi menggeleng. "No, I can handle this." Lalu dua lelaki berkemeja hitam itu menggangguk lalu menjarakkan diri mereka. Wah, tu mesti bodyguard dia. Lelaki ni mesti orang kaya dan aku sangat tak patut cari pasal. Untung la muda-muda macam ni dah ada bodyguard, kaya, ada rupa. Macam perfect je hidup dia.
Mata aku memandang sekeliling. Wow, ramai lelaki berkemeja hitam seperti bodyguard di sini. Mungkin ada orang besar datang.
"So you really don't know me?" Dia menyoal aku semula. Perhatian aku juga ditumpukan kepada si hazel di depan aku ini semula.
"No" dan kali ini aku menggeleng yakin. Aku rasa aku kenal dia. Tapi aku tak ingat.
"Kau nampak lain sekarang." Ohh, boleh cakap melayu.. Matanya merenung aku atas bawah. "Time changes people, huh ?" Sambungnya. Senyum sinis terukir di bibir itu.
"I'm sorry. Who are you ? Don't I know you.. from somewhere ?" Wajahnya aku tenung dalam. Kerutan jelas terukir di dahi. Cuba mengingat. Mana tahu ada cebisan-cebisan memori lampau datang bila aku tenung muka mamat ni.. "Saya minta maaf sangat- sangat. I'm hardly recognise people except my family and my best friend for now. Saya hilang ingatan 3 tahun lepas." Tutur aku sesopan mungkin. Takut berlaku salah faham. Mungkin mamat ni salah seorang kenalan atau kawan aku dulu sebelum aku kemalangan.
"Encik pernah kenal saya ke or maybe kawan saya ke dulu ?" Soal aku padanya apabila dia senyap. Dan untuk soalan itu, dia ketawa tiba-tiba. Ketawa yang seolah dibuat-buat. Apa yang lawak sangat ? Betul ke dia kawan aku dulu ? Takkanlah aku ada kawan macam ni...
Dan ketawa dia masih berlangsung.
"Okay then, whoever you are. I'm sorry ok. Saya kena pergi dulu, nanti kawan saya cari.." Aku baru mahu melangkah pergi namun sekali lagi suaranya mematikan langkah ini.
"Actually I'm more than just a friend for you" Kata-katanya membuatkan aku kembali mengerah ingatan. Wajah itu aku pandang, mencari anak matanya.
Pandangan anak mata hazel ini terasa seperti sangat familiar. Who is he ?
Mata kami galak bersabung antara satu sama lain. Seperti ada sesuatu yang dia cuba sampaikan. "WE are more than just a friend.." sambungnya. Perkataan 'we' itu dia tekankan dan sambil itu matanya merenung dalam ke mata aku.
"What do you m... " belum sempat aku mahu bersuara, dia sudah mencelah. Matanya dilarikan dari terus merenung aku.
"Got to go" Dia 'bow' gaya gentleman di hadapan aku dan tubuhnya mula berpaling untuk melangkah. "See you again.." mata kanannya dikenyitkan kepada aku. "..bye watermelon sugar" Dia menutur perlahan penuh sensual dan aku yakin ada senyum senget terukir di bibir merah itu yang cuba disembunyikannya.
Seterusnya dia terus berlalu pergi meninggalkan aku terpinga-pinga.
watermelon sugar ?
YOU ARE READING
Promise Me ?
General FictionStory of Wardha Imanina x Danilo Matthias Castillano "I want something sweet" keluhan aku lepaskan dan pinggan kuih itu aku tolak perlahan ke tengah meja. Wajah aku tongkatkan pada telapak tangan kiri. Dan tiba-tiba dia bangun dari kerusinya dan tub...