3 TAHUN SEBELUM...
HOSPITAL OF WASHINGTON DC"Ya Allah abang, dah nak masuk lima jam Nina kat dalam tu. Saya risau." Adu Datin Hajah Sufinaz kepada suaminya disebelah. Jari-jemarinya diramas sesama sendiri.
"Sabarlah. insyaAllah anak kita tak apa-apa." Tangan kirinya mengusap bahu isterinya. Jam tangan di tangan kanan dikerling. "Dah nak zohor ni. Abang nak solat. Marilah kita ke surau. Solat dan doakan yang terbaik buat anak kita." Ajak Dato' Haji Munim.
"Ye lah" Datin Hajah Sufinaz bangun dari duduknya.
Baru dua langkah pasangan suami isteri itu melangkah, pintu bilik pembedahan itu terbuka. Dato' Haji Munim dan Datin Hajah Sufinaz berpaling. Langkah mereka dibawa semula ke arah doktor perempuan muda yang melangkah keluar itu.
"Uncle, Auntie, Alhamdulillah pembedahan berjalan dengan lancar. Tumor di bahagian otak Nina dah berjaya kami keluarkan. Sekarang Nina dalam keadaan stabil dan sekejap lagi akan pindahkan ke wad khas untuk pemantauan post-operation" tutur doktor muda dengan tag nama Dr. Azreen itu dengan senyuman.
"Syukur Alhamdulillah." Ucap pasangan suami isteri itu.
"Terima kasih banyak-banyak Azreen sebab dah selamatkan Nina. Kalau tak kerana usaha Azreen selama ni untuk bantu Nina, Auntie tak tahu lah macam keadaan Nina sekarang ni. Terima kasih sangat." Ucap Datin Hajah Sufinaz ikhlas. Tubuh Azreen ditarik kedalam pelukannya. Air mata gembiranya mula mengalir.
"Takde apalah auntie. Azreen ikhlas bantu Nina. Lagipun Azreen dah anggap Nina tu macam adik Azreen sendiri dah." Tutur Azreen lembut. Keluarganya dan keluarga Nina berjiran. Dia dan Nina sudah mengenali antara satu sama lain sedari kecil di mana ketika itu dia berumur 9 tahun dan Nina berumur 5 tahun kerana keluarganya mula menetap bersebelahan dengan rumah Nina. Segala keletah dan perangai Nina dia sudah masak kerana dia sangat rapat dengan Nina memandangkan mereka berdua sama-sama anak tunggal. Dan kini dia sudah berusia 26 tahun dan menetap di Washington sebagai seorang surgeon. Luluh hatinya apabila mengetahui Nina yang umpama adiknya itu menghidap tumor di otak dan disebabkan itu jugalah dia bersetuju untuk merawat Nina sehingga sembuh.
Belakang tubuh Datin Hajah Sufinaz diusap lembut. "Tapi auntie uncle, ada sesuatu yang perlu saya bagitahu dulu." Pelukan dilepaskan. Wajah Azreen diseriuskan memandang pasangan suami isteri itu.
"Semasa pembedahan tadi, ada berlaku komplikasi. Jadi kami terpaksa berikan Nina beberapa dos ubatan yang mungkin akan mengganggu ingatan dan memory. Nina mungkin akan mengalami memory loss bila dia sedar nanti. Apa pun saya harap uncle Auntie bersabar, kita kena tunggu Nina sedar untuk lihat perkembangan sebenar dia." Sambung Azreen.
"Allahuakhabar..takkan Nina akan hilang ingatan." Dato' Haji Munim mengusap dadanya. Terkejut. Tubuh isterinya kemudian dipeluk. Dia betul-betul terkesan dengan berita ini.
"Memory loss ?" gumam Datin Hajah Sufinaz perlahan dalam pelukan suaminya. Dia tergamam. Adakah dia patut sedih atau gembira dengan berita ini ?
Datin Hajah Sufinaz menarik nafas dalam. Tak. Dia tak patut sedih. Dia patut manfaatkan peluang ini. "Takpalah abang, saya redha, asalkan Nina selamat" tuturnya pada suami. Wajahnya suami dipandang. "Jomlah kita solat. Dah zohor ni. Alang-alang tu kita buat sujud syukur sekali."
"Marilah.." mereka mula melangkah meninggalkan ruang menunggu pembedahan itu. Dalam diam hati Datin Hajah Sufinaz berasa lega mengenangkan anaknya hilang ingatan.
_________________________________________________
5 HARI KEMUDIAN..
"Saya tak kenal siapa uncle dengan auntie ni." Kepalaku digeleng. Kedua belah tanganku memegang kepala. Sakit. Berdenyut. Aku tak kenal siapa wanita dan lelaki tua ini.
YOU ARE READING
Promise Me ?
General FictionStory of Wardha Imanina x Danilo Matthias Castillano "I want something sweet" keluhan aku lepaskan dan pinggan kuih itu aku tolak perlahan ke tengah meja. Wajah aku tongkatkan pada telapak tangan kiri. Dan tiba-tiba dia bangun dari kerusinya dan tub...