bab 19

5.7K 710 161
                                    

"hai" sapa seseorang kepada Emerlyn "kau siapa? Macam mana boleh kenal aku?"  tanya Emerlyn hairan.Lelaki yang memakai topi itu mengambil tenpat di depan Emerlyn.Boleh tahan handsomeee

"tak perlu tau aku siapa,apa aku nak cakap ni penting!" kata lelaki itu sambil tersenyum.Bukan senyuman menawan ok tapi creepy smile! "apa kau nak?" tanya Emerlyn lagi "kita kerjasama untuk dapatkan partner masing-masing"  senyumnya lagi.

Emerlyn menayangkan riak blur "ha?  Partner?"  tanya Emerlyn "aku Hadif,kawan Aura" katanya sambil senyum kejahatan

                                 ↪🏫↩

"esok dah mula sekolah.Tak sabar nya aku" kata Asyikien excited.Ops lupa nak cakap mama dengan papa diorang takde so diorang duduk rumah Aura "bukannya ada apa pun kat sekolah tu!" ujar Ain.Asyikien menjeling Ain.

"dahlah tak payah gaduh.Dah jom tengok movie kat bawah" kata Aura sambil mengikat rambutnya yang panjang itu "cerita apa?" tanya Ainon "apa-apa je lah yang penting..." belum sempat Ain ingin menghabiskan ayatnya mereka bertiga sudah memotong "hero handsomeee!!!" kata mereka bertiga serentak.Ain sudah blushing.

Ain memang jenis macam tu even cerita tu tak best tapi hero dia tiptop memang pilihan dia la.Mereka bertiga turun ke bawah untuk menonton movie.

°

°

Hairy mengambil udara di taman.Rindu dengan suasana bandar.Sedang dia berjalan seseorang menegurnya "Hairy"  Hairy memaling badannya ke arah pemilik suara tu.Dia menggulingkan bebola mata "apa kau nak?" tanya Hairy malas

"kau ingat aku?" tanya Hadif sambil tersenyum sinis "gila tak ingat? Mamat yang selalu kacau Aura!"  bidas Hairy.Hadif sudah mengetap giginya.

"lek ah bro! Mana gf aku? Bukan dia asyik berkepit dengan kau je ke" ujar Hadif sinis.Hairy memandang Hadif tajam "apa kau nak sebenarnya? Aku nak balik! 
Takde masa nak layan kau!" Hairy sudah memulakan langkahnya tapi dengan pantas Hadif menghalang.

"aku ada hal penting nak cakap dengan kau" ujar Hadif "apa benda?"  kata Hairy menyampah.Da memandang Hadif atas bawah atas bawah

"Aku cuma nak cakap perangai Aura bukan seperti mana kau sangka"  kata Hadif serious.Hairy mengerut dahi "aku tak faham.Apa yang kau nak cakap sebenarnya" Hairy sudah menjeling Hadif

"Aura pernah mengandung" kata Hadif.Hairy terkesima.Dia menelan air liur yang terasa pahit.Matanya terbuka luas "kau ingat aku percaya?" kata Hairy cuba menutup perasaan terkejut yang menguasai dirinya.

"terpulang pada kau nak percaya ke tak tapi aku tak nak kau jadi pak sanggup.Aku takde masa nak fitnah-fitnah orang ni.Aku bagitau kebenaran yang tak akan kau tau.Aku kawan dia dulu,aku tau kisah silam dia" ujar Hadif.Hairy menggeleng kepala.Dia menolak jauh kepercayaan dia terhadap Aura.Nampaknya dia berjaya di hasut

"kau lepaskan lah dia bro! Cari yang lebih suci dari dia,aku paham perasaan kau bro.Semua lelaki takkan terima ni tapi itu kebenaran"  ujar Hadif lalu melangkah meninggalkan Hairy dengan senyuman di bibir.

Hairy jatuh melutut.Betul ke wanita yang membuka hatinya sudah sekotor itu?air matanya laju mengalir di pipi.Dia kecewa.Sangat kecewa.

Hairy menumbuk jalan di taman itu sehingga tangannya berdarah.Darah yang mengalir tidak dipedulikan.Sekarang apa yang penting hatinya.Hatinya sudah lunyai! "tak gunaa!!!" jerit Hairy

°

°

"Auw!" Aura menjerit kecil.Pisau yang tadi dia guna untuk memotong sayur terkena jarinya.Darah yang mengalir ditilik Aura "Ya Allah Aura! Kau ok?" tanya Ainon yang baru masuk ke dapur.

Aura memandang Ainon "takpe aku ok.Kau pergi tengok tv dulu" Aura tersenyum kecil "ok.Kau hati-hati tau" pesan Ainon lalu kelibat Ainon tidak kelihatan lagi.

Aura mencuci jarinya,tangan kanannya memegang dada " ya Allah kenapa tak sedap hati pulak ni" gumam Aura sendiri.Aura menilik lagi jarinya yang masih berdarah mengalir.Kepala digelengkan berkali-kali.Diamenafikan perasaan yang bermain di hatinya.

                                    ↪🏫↩

Aura melangkah masuk ke sekolah.Cuaca kalini redup dan tenang..dia mencari kelibat Hairy.Selalunya time macam ni dah nampak dah batang hidung dia..dia meletakkan begnya di dewan.. Tiba tiba Hairy lalu di sebelahnya "Hairy!"

Hairy berhenti melangkah.Wajahnya kalini tidak terhias dengan senyuman menggodanya seperti hari-hari biasa,yang diberikan cuma muka yang serious dan memandang jijik ke arah Aura.Aura memandang Hairy pelik

"kau nak apa?" tanya Hairy tegas..Aura terkejut.Lain macam je angin dia kalini..  Period ke? merepek la kau Aura.Lelaki mana ada period!

"a..aku" kenapa time-time macam ni kau nak gagap Aura oi! "sejak bila kau gagap? Jangan buang masa aku boleh tak? Aku ada banyak keje!  Bukannya nak layan kau je!" kata Hairy sinis.Jelingan diberi

"t...takpelah buatlah kerja kau" kata Aura sambil menghadiahkan senyuman tetapi senyuman nya dibalas jelingan.Kau rasoo??

Aura melabuhkan punggungnya di tembok dewan,kenapa Hairy macam tu pulak,sebelum ni ok je.Ahh badmood kot..biasalah headprefect kan banyak kerja,ni pulak dah berapa hari dia tiada di sekolah sebab sertai aktiviti perkhemahan itu so mesti kerja dia banyak

walaupun perasaan Aura kini bagai direnyuk seperti sehelai kertas namun Aura tetap think positive terhadap Hairy,dia bangun dan melangkah ke tempat bertugas.

Kringggg.Loceng berbunyi menandakan masuk waktu pdp

Aura menunggu Hairy di tepi dewan seperti biasa.Kemudian kelibat Hairy kelihatan bersama seorang pelajar perempuan yang juga pengawas.Niat Aura untuk mendapatkan Hairy serta merta terbantut.Matanya terlekat pada Hairy dan pelajar perempuan berkenaan.Air matanya sudah mula berkumpul di tubir mata.

"Aura!" tegur Ainon.Asyikein dan Ain dibelakangnya.Aura segera menyeka air matanya.Dia memalingkan badannya menghadap kawan-kawannya sambil tersenyum manis "dah jom masuk kelas" ujar Aura sambil mengangkat beg "eh jap la kita tunggu Hairy dulu" kata Mateen.Hazziq dan Zuhair baru tiba "t..takpelah korang tunggu lah dia.Aku masuk kelas dulu" Aura melangkah pergi meninggalkan mereka berenam yang terpingga-pingga "kenapa Aura?"  tanya Hazziq pelik "ntah" jawap Ain

Rasa sedih menemani setiap langkah Aura.Jangan menangis selagi boleh! Yaa itu prinsip dia bila bersama lelaki.Ala salah aku eh? Aura tertanya-tanya dari tadi apa punca yang menyebabkan Hairy menyampah dengan dirinya,dia menggeleng kepalanya.Malaslah nak pikir

Di kelas

"ok saya nak 1 group dua orang untuk kerja yang saya bagi tu" kata cikgu Laila "Zuhair dengan Asyikein,Ain dengan Hazziq,Mateen dengan Ainon dan Aura dengan Hairy. Ok?" kata cikgu Laila (sebelum dan selepas nama diorang ada nama budak lain lagi ok. Tapi Author sertakan nama main character je) Tiba-tiba Hairy mengangkat tangan "cikgu saya nak dengan Emerlyn" kata Hairy tenang.Semua terkejut mendengar pernyataan Hairy.Seisi kelas sudah memandang Hairy pelik.Emerlyn sudah tersenyum gembira "tapi.." kata cikgu Laila "takpe cikgu saya boleh dengan orang lain" kata Aura sambil tersenyum.Cikgu Laila mengangguk sambil tersenyum "Aura.Kau dengan aku eh?" kata Amanda sambil tersenyum.Aura mengangguk lalu tersenyum

Group APYH (kecuali Hairy) dan partnernya sudah memandang sesama sendiri.

i love you Ketua Pengawas [C]Where stories live. Discover now