BAB 11 : kisah Silam

325 9 0
                                    

"Argh!!!!!! Umi umi umi!!!!" Jerit maira apabila dikejar walid dan abangnya.

"Baik baik sayang. Nanti jatuh!" Laung safira pada anaknya yang berlari ditepi kolam itu.

"Warghh!!" Jerit aemil sambil mengejar anak perempuannya.

Maira berlari lalu memeluk uminya yang berada di pondok. Menyorok daripada walid dan abangnya.

"Mana nak lari hah?!!!" Kata aeril lalu cuba mengejar adiknya.

"Arh!!!!!! Geli geli !!!!! Hahahaha geli!!!" Jerit maira yang sedang dgeletek walidnya.

"Hahaha dah kene tangkap" kata aemil sambil menggeletek anaknya.

"Hai, happy nampak?" Sapa satu suara tiba tiba.

Semua memandang seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripada mereka. Anwar berdiri bercekak pinggang.

"Ou. Az. Bila sampai? Ada apa?" Tanya aemil pada adiknya.

"Nak jumpa kau. Ada hal sikit" kata anwar.

Aemil berjalan ke arah adiknya. Lalu mereka berdua masuk ke dalam rumah.

   3 minggu selepas itu.. malam itu.

"Aik, bukan patutnya umi dengan walid ada dinner dengan klien ke kat luar?" Tanya aeril pada maira. Haha pandainya tanya soalan pada budak 5 tahun.

Aeril menepuk dahi apabila terperasan kebodohannya bertanya soalan pada adiknya yang berumur 5 tahun itu.

"Bang !!! Bang !!! Bang!!!"

Bunyi beberapa das tembakkan kuat didengari sepasang beradik yang berada di tingkat 2 banglo 3 tingkat itu.

Aeril terus memeluk adiknya. Dia memandang ke arah pintu. Takut ada yang menjengah.

Hampir 20 minit. Aeril memberanikan diri membawa adiknya keluar.

Dia menuruni tangga perlahan.
Apabila sampai di ruang tamu. Aeril cuba mencari ibu bapanya.

"Bang!!"

Bunyi tembakkan di ruang tamu memecahkan kesunyian. Mata aeril terbuntang memandang sekujur tubuh tak berdaya umi dan walidnya di atas lantai dengan darah membasahi.

Kelihatan seorang lelaki bertopeng memegang pistol bewarna silver mengacukan ke arah walidnya

"Bang!"

"Apa awak buat tu??" Suara kecil maira kedengaran.

Si pembunuh memandang sepasang beradik itu. Wajah aeril pucat.

Langkah kaki menuju ke 2 orang budak itu. Tangan menyimpan kembali pistol ke dalam sarungnya. Tangan kanan membelai umbun si kecil maira yang berumur 5 tahun. Kemudian berlalu pergi.

Maira hanya memandang. Kemudian pandangan dihalakan ke arah abangnya yang hampir menangis.

"Abang, kenapa menangis?" Tanya maira

"Maira, abang jaga maira ok?" Kata airel yang mula menangis

Maira memandang arah walid dan uminya. Pelik melihat cecair merah membasahi lantai .

"Abang, kenapa umi dengan walid tidur kat situ?" Tanya maira

"Umi dan walid penat , tu yang tidur kat situ" kata airel. Dia membawa adiknya ke arah umi dan walidnya

"Umi bangun. Nape tidur kat sini" tanya maira yang masih blur

Tiada respon

"Umi... bangunlah" panggil maira. Namun bila melihatkan tiada respon. Dia menangis.

My Sweet MafiaWhere stories live. Discover now