"Hahh turun pun pengantin baru ni, fikir tak turun-turun lagi", tegur abang long. Masing-masing memandang dengan sengihan.
"Meh-meh duduk tepi abang ni, kita makan sama-sama sebab esok lusa belum tentu dapat duduk macam ni lagi", usik Arif bersahaja.
Arfa yang tidak menolak, terus duduk di kerusi bersebelahan abangnya. Puan Aina dan Afiz hanya melemparkan senyum manis buat mereka.
"Hariz mana? Tak turun sekali?", tanya abang ngah.
Belum sempat Arfa membuka mulut memberi jawapan, si suami terlebih dahulu datang menghampiri mereka.
"Tidur lena malam tadi", usik Arif.
"Long, kenapa tanya macam tu?" tegur Puan Aina. Arif hanya tersengih. Bila ibu merenung tajam.
"Riz duduk makan sarapan," pelawa Ariz yang dari tadi hanya memerhatikan. Hariz senyum.
"Ha makan Hariz buat macam rumah sendiri", kata Arif sama bersuara.
"Ye ye.. jemput makan sekali semua", pelawa Hariz berbahasa. Sopan dia mengambil pinggan yang dihulurkan ibu mertuanya. Nak harap Arfa entah makan je dia hadap dulu.
"Selalu sarapan ibu yang buat.. kalau ikutkan bini kau ni memang kebulurlah kita orang ni", sindir abang ngah senada.
"Angahh ni kan.. ", geram Arfa.
"Betul la tu", sokong abang long sama ikut menyakat. Hariz hanya tersenyum memandang gelagat mereka tak menyampuk.
Serentak matanya matanya bertembung dengan mata si isteri. Tapi tidak pula diiringi senyuman manis. Begitu jugak Arfa.
"Hariz minum apa kalau sarapan ni?" tanya Puan Aina sambil memegang jag air.
"Haa saya minum.. "
"Takpe biar Esha buatkan", celah Arfa lalu bingkas bangun membuat air lain sebab Hariz tak minun kopi cuma milo saja jadi kebiasaannya.
"Riz, makanlah kenyang, ibu nak ke belakang jap kemas apa yang patut", beritahu ibu diikuti abang ngah ikut sama bangun.
"Err aku pun nak tolong ibulah kejap. Kau makanlah dengan Esha," sengih Arif sendiri ikut sama bangun dan berlalu.
"Nah, sweet and warm like usual", kata Arfa menghulurkan segelas cawan depan Hariz.
"Apa ni?"
"Airlah"
"Tau air.. tapi apa?"
"Oh tanyalah air apa? Ni lemon panas"
"Macam pelik je lemon panas ni? Warna macam coklet. Air apa ni? Entah-entah dia saja nak kenakan kau. Dahinya berlapis dengan matanya yang mengecil memandang wajah isterinya.
"Awak.. air tangan ister ni mujarab tau. Muka suami pun boleh berseri-seri bila minum. Takdelah monyok je cepat tua"
Terburai ketawa Hariz tiba-tiba. Apa bagi berseri-seri? Mana dia ni dengar?
"Fakta mana kau dengar ni ha? Macam merepek je. Yang aku tahu bila minum air tangan isteri ni boleh pikat suami. Atau kau nak saja kenakan aku sebab tadi pagi", bidasnya.
Arfa diam, tapi dalam hati dia mengomel panjang. Pandai-pandai je dia nak tuduh. Dia kembali senyum walaupun hanya berpura-pura. Marah ni.
Hariz membalas senyum sinis isterinya. Air digelas dipandang. Elok saja air tu didalam mulutnya..
Purhh..
Hariz terbatuk-batuk. Sisa makanan dalam mulutnya terperecik dan terkena tepat muka Arfa. Tangannya lembut menyentuh muka isterinya.
Arfa berdiri menepuk belakang badan Hariz. Dia cuba membantu tapi Hariz menepis laju dan berlari ke sink. Muka suaminya kelihatan merah.
"Minum tak baca bismillah ni lah jadinya", sindir Arfa.
Hendak dia berpaling dan ingin membalas balik kata Arfa, terus hatinya tercuit rasa lucu. Wajah bengis Hariz berubah tiba-tiba. Wajah si isteri dipandang. Kemudian dia ketawa terbahak-bahak.
"Apa awak ni?"
Pertanyaan yang menambah lucu dalam hati. Baru saja dia kembali memandang Arfa, rasa lucu mencuit lagi.
"Apa hal ni? Hesy.. malaslah nak layan awak ni", rengus Arfa perlahan.
Geram apabila pertanyaanya tidak dijawap. Macam dirinya menjadi bahan ketawanya.
"Heh kejap. Alolo.. merajuk pulak pompuan ni. " Pantas tangan Arfa ditarik. Pinggang isterinya dipaut. Dia membasahkan tangannya lalu disapu ke muka isterinya. Arfa terkejut.
"Minuman tu pertama kali aku pernah rasa. Dari mana belajar?", tekannya dengan suara keras.
"Apa tu kan air milo?"
"Cuba rasa", suruhnya. Dia berlalu ke meja semula. Minuman milo di minum sedikit.
Bercantum keningnya menahan seribu rasa. Masin, pekat manis habis semua terasa. Nasib baik tak terasa pahit. Tersalah letaklah ni tadi.
"Sedapkan air tu? Sukalah dah dapat kenakan aku balik?", perli Hariz.
"Mana ada. Orang tak sengajalah, kalau saya nak buat jahat dah lama saya letak julap dalam air ni", jeling Arfa mula berjauh hati.
Hariz senyum dan memaut kembali pinggang isterinya. Kali ni lebih rapat hingga Arfa rasa sesak nafas. Helaan nafas jugak terasa hangat di tepi telinganya.
"Tak payah buat mukalah. Buruk muka tu. Oleh kerana minuman awak buat tu muka aku berseri-seri, apa kata kau minum jugak. Takdelah muka tu masam", ujar Hariz sambil berbisik.
Sinis ayat lelaki itu. Tangan yang memaut pinggang si isteri meliar perlahan ke bahu. Nakal reaksinya berbuat demikian ditambah lagi dengan nafas yang dihembus perlahan. Arfa memejam mata dan menahan rasa. Wajahnya dikawal sehabis mungkin.
Hariz senyun melihat reaksi isterinya. Mahu saja dia mencium pipi isterinya sekarang ini.
####
900W. Sikit. v_v Btw Happy New Year. 😊
Still waiting 35 votes. 😩
Tq sebab masih tunggu ceta ni😢💕
YOU ARE READING
© Arfa Eshal II (lifeversion)
Literatura Kobieca[Status: Completed] 📌Baca dari buku Arfa Eshal dulu baru yang ni. Cerita aku tak merepek tapi aku nak bagi kepuasan reader aku! Ini versi lain, sebab ada yg nak Arfa dengan Hariz. Tapi kalau nak dengan Amir kat buku satu lagi. Arfa Eshal akan...