Part 2

8 4 0
                                    

Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi.Beberapa kali jugak Pak Guard tanya kepada Az.
"Cik Azreen tak balik lagi ke ? da lewat malam dah ni" tnya Pak guard.
"Kejap2.." balas Az ringkas.Az langsung tidak mempedulikan pak guard dan meneruskn kerjanya.Dia langsung tidak memandang ke kiri dan ke kann...fokusnya hanya satu..pada laptop nya..kalau dah kiri dan kanan langsung tidak dipandangnya..manakan pulak dia nak memandang ke arah jam.

"FINALLY ITS DONE !!..Ya Allah setelah sekian lama siap jugak." jerit Az.Terkejut pak guard dibuatnya.Dah la kuat dia jerit.Kemudian dia mengeliat,mengeliat dan mengeliat.Setelah habis mengeliat, barulah dia lihat jam di tangannya.Kemudian dia terdiam dan termenung.

"So, betullah cakap abang..AKU KEJE TAK INGAT DUNIA !!! Macam mne boleh smpai pukul 3 nih..Ya Allah..Mesti abang risau..Astaghfirullah halazim."

***************************

"Assalammualaikum," bisiknya perlahan sambil membuka pintu. Kelihatan Iz yang sedang duduk di ruang tamu dengn reaksi muka yang cukup membuktikan bahawa dia sngat risaukan adiknya.Ternyata Iz sudah menunggu Az daripada pukul 10 malam sehinggalah pukul 3.30 pagi..

"Abang pesan apa dekat adik pagi tadi sebelum pegi kerja..?"

"Jangan keje sampai tak ingat dunia." jawab Az perlahan.

"Adik, orang lain pun kerja jugak..abang sendiri pn keje jgak. Tapi takde lah sampai balik pukul 3 , 4 pagi !! Ingat sikit , adik tu perempuan !!"tengkingan Iz mmbuatkan mata adiknya itu berkaca.

"Maaf abang" jawab Az perlahan smbil menunduk ke arah lantai.

Dengan segera,Iz menghampiri Az dan memeluknya.
"Sorry..Abang tak sengaja marah adik tadi..Abang terlalu risaukn adik..Please,jngan buat lagi.Tolong la..andaikata adik tak sempat nak siapkan kerja adik kat office,adik boleh je kan bawak balik kerja tu kan..siapkan kat rumah? Tak kesah la apa pn. Yang penting adik ade depan mata Abang."kata Iz dengan nada yang lembut.

******************************
Keesokan paginya,

"Abang !!!!"jerit Az.

"Ape kau ni dik?? Nak ape!!??"

"Knapa abang tak kejut adik..?? Tahu tak arini adik ade meeting dengan client !!" rungut Az.

"Dah siapa suruh adik tak bangun..kan dah besar, bangun la sendiri.." kata abang smbil mngeluarkan senyuman nakal.

"Eee..sampai hati..kan biasa abang yang kejutkan.."

"Haihh..sampai bila dik awak tu nak abang je yang kejut..adik tu da besar..dah boleh kahwin dah pun..belajar sikit berdikari. Bangun sendiri, masak sendiri, basuh baju sendiri..manalah tahu satu hari abang pergi mana-mana..pergi travel jauh ke apa ke..tak ke susah nanti adik nak uruskan semua tu.." panjang leteran Abang.

"Yela.."jawabnya ringkas.

Dalam keadaan kelam-kabut, Az capai kunci kereta dan terus pecut laju keretanya.Ketika sedang asik memandu, Az merasakan seperti ada sesuatu yang tertinggal tetapi tidak diketahuinya..

Ketika sedang berhenti di lampu isyarat, Az memerhati sekeliling keretanya dan tercari-cari barang penting yang dikhuatiri tertinggal di rumah.

" Barang semua ada, file, laptop..Abistu apa lagi yang tak ada?? Aduhh, apa lagi lah yang aku tertinggal ni..kang nanti dah sampai office nanti barulah ingat barang itulah inilah..aishh.." bebel Az sendirian.

Lampu isyarat pun bertukar hijau dan Az pun menyambung perjalanan.

"Kenapa aku rasa lain macam dekat kaki aku ni..?? Alah..tu nanti-nanti lah.."

RINGGGGGGGGGG

"Weh Az, kau kat mana..client dah sampai dah ni..boss pun dah membebel dah nie..dah kau pun satu, kenapa tak smpai-sampai lagi..teruk sangat ke jem nye..dah pukul 10 pun tak smpai lagi ni.." bebel Faliq.

"Assalammualaikum.." Az terus meletakkan telefon dan memecut laju keretanya.

Sampai sahaja di office, Az segera mencari tempat parking dan meletakkan keretanya di petak parking yang kosong.

Az dengan segera membuka pintu dan..

"Ya Allah, mana pergi kasut aku..!! Aku tak pakai kasut ke tadi?? Aah sudah.."


min sambung nanti yer..
sorry agak mengarut and min akan cuba untuk mmperbetulkan bahasa yg min guna..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 20, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Kembali dan PergiWhere stories live. Discover now