♪Really, really, really!♪
Pagi-pagi lagi sudah kedengaran lagu yang dipasang kuat dari bilik Hae Na. Lagu yang bertajuk "Really, Really" dari kumpulan Winner itu menjadi pilihan pada pagi ini. Sebelum pergi kesekolah baru, itulah rutin hariannya semasa di Amerika.
Dengan langkah yang malas kemalasan itu, dia menuju kebilik air dan bersiap-siap untuk kesekolah.
"Huh"
Keluhan yang keluar dari mulutnya mengambarkan perasaan malas kesekolahnya. Dia lantas pergi kesekolah baru sebelum ibunya Puan Kim memulakan bicara pagi yang dia malas mahu dengar.
Sekolah barunya tidak begitu jauh dari rumahnya. Hae Na bernyanyi-nyanyi kerana bosan seorang.
Pintu pagar sekolah sudah dipenuhi dengan ramai pelajar yang baru sampai. Hae Na berjalan pantas, tiba-tiba..
"Hei!!"
Suara nyaring yang kuat itu mengejutkan semua. Hae Na kelihatan basah lecun akibat terkena percikan lopak air yang dilanggar sebuah motor berkuasa tinggi. Rupanya, sebab itu dia menjerit kuat.
Perasaan marah yang berbuak-buak cuba mendekati pemandu itu. "Hei! Awak buta ke?" Marah Hae Na. Pemandu itu hanya tercegat seperti tiada perasaan langsung. "Tak guna punya lelaki!" Kata Hae Na lagi lalu menolak kuat pemuda itu lalu tersungkur kelantai. Dengan selamba, Hae Na memberitahu bahawa lain kali pemuda itu seharusnya meminta maaf jika sudah buat salah.
Semua pelajar hanya memerhati. Ada yang kelihatan marah, ada yang kelihatan simpati. Tapi, bagi Hae Na apa yang dia peduli tentang semua itu?
Selamba Hae Na berjalan tanpa meminta maaf atau apa-apa. Bukan salahnya, salah lelaki itu siapa suruh bersikap biadap dngannya. Hae Na ketawa puas hati.
Kring!!
Loceng pada pagi itu tepat berbunyi pada jam 7:30 pagi. Sebelum memasuki kelas, memang rutin setiap hari pasti ada pelajar perempuan yang berkerumun di tepi tanggan menanti seseorang.
Tap, tap,tap bunyi tapak kaki semakin kuat kedengaran. Muncul seorang jejaka tampan dan berbadan idaman semua lelaki.
"Woo Bin!"
Jeritan keterujaan para pelajar perempuan telah memecahkan kesunyian pada pagi itu.
Han Woo Bin, seorang jejaka tampan yang terhangat dan popular di sekolah menengah tinggi Seoul. Dia hebat bersukan dan selalu menyertai pertandingan menari mahupun sukan. Tidak hairanlah kalau semua pelajar perempuan meminatinya sehingga sebuah kelab penyokong Han Woo Bin ditubuhkan.
19-3 merupakan kelas baru Hae Na. Selepas mendaftar dan melapor diri, dia mengikut guru kelas barunya ke kelas.
"Er..er..Encik Kim, saya boleh menyelesakan diri disini ke?" Kata Hae Na gagap.
"Mestilah boleh. Jangan terlalu risau" Jawapan yang diberi berbalas senyuman yang menampakkan lesung pipit itu telah melegakan segala kerisauan Hae Na.
Suasana didalam kelas yang tadi bising bertukar senyap dalam sekelip mata. "Baiklah, saya mahu memperkenalkan seorang pelajar baru yang akan menyertai kamu semua. Silakan masuk" Encik Kim mempersilakan Hae Na dengan sopan.
Semua mata hanya tertumpu pada Hae Na. "Wah!" Satu demi satu suara muncul selepas melihat kemunculan Hae Na.
Semestinya wajah yang cantik dipuji. Ada jug yang iri hati. "Annyeong hasseyo! Nama saya Hae Na Park. Dulu saya bersekolah di Amerika dan sekarang berpndah ke sini." Ringkas sahaja perkenalan dirinya.
Selepas memperkenalkan dirinya, Hae Na berjalan mencari tempatnya. Satu meja kosong disebelah tingkap dipilihnya. Seorang pelajar lelaki yang hanya meletakkan kepala daripada tadi berada disebelahnya.
Hae Na cuba mengintai tetapi gagal.
25 minit kemudian
Pelajar lelaki disbelah Hae Na mula mengeliat merenggangkan otot-ototnya. Hae Na malas mahu menoleh.
"Pappp!" Bunyi sesuatu jatuh kuat kedengaran. Hae Na memandang kelantai. Habis buku-bukunya jatuh akibat renggangan pelajar lelaki itu yang terlalu keterlaluan."Hei!" Kata Hae Na tegas. Dia memandang lelaki itu. "Ka..kamu?" Satu soalan serentak mula keluar.
Sebelum memanjangkan cerita, Hae Na mengelamun sendiri sehingga tidak sedar bukunya terjatuh disebbkannya. Mengimbas kembali kedunia imaginasinya.
"Abang! Adik tak mahu"
"Bolehlah... Tolong abang. Dulu adik aktif dalam sukan Teakwondo ini. Kenapa tak mahu sekarang?"
"Bukannya adik tak mahu selamanya. Abang paksa adik sertai Teakwondo ini diaebabkan adk pernah wakili negeri di Amerika dulu? Atau, abang mahu adik berlawan?"Bertubi-tubi soalan diacukan tanpa henti. Abangnya, Hae Chul mula pening. "Tolonglah abang sekali ini"
Perbualan malam tadi masih terngiang-ngiang di fikirannya. Sambil menenung pokok kaktus yang berada ditepi tingkap.
Haish! Berbalik kepada realiti, Hae Na tekejut melihat lelaki disebelahnya rupanya lelaki biadap yang tidak mengaku kesalahannya pagi tadi.
'Tak guna'Bisik Hae Na geram lalu menunduk mengutip buku-bukunya yang jatuh itu.
Tidak sangka pula, lelaki biadap yang tidak mengaku kesalahan itu merupakan pelajar lelaki kegemaran sekolah. Semua guru juga tidak terlepas. Namanya Han Woo Bin.
'Tak guna??' Woo Bin berbisik sendiri, dia terdengar ngomelan Hae Na. Terkejut dibuatnya.
Loceng kedua berbunyi menunjukkan waktu rehat sudah tiba....
"Cuba kau lihat pelajar baru itu" Ujar seorang pelajar memaksa rakannya memandang Hae Na. "Kenapa?", "Kau tak rasa ke, yang mukanya terlalu familiar ?" Ujar lelaki itu lagi.
Sementara mereka berdua sedang berfikir, berbalik pada situasi. Hae Na berjalan keseorangan. Maklumlah, dia pelajar baharu. Masih belum mempunyai rakan baik lagi.
Kelihatan di kantin agak sesak dengan pelajar yang beratur mahu mengambil makanan. Tiba-tiba Hae Na rasa tidak lapar pula. Dia merancang mahu duduk ditepi padang sehingga habis waktu rehat.
Hmm...hmmm..hmm
Hae Na bersenandung. Dia melihat-lihat sekeliling. Dengan gelagat para pelajar. Tiba-tiba, aatu bayangan gelap seseorang muncul dihadapannya. Peelahan-lahan Hae Na memandang.
"Awak?!" Suara nyaring terkejut dikeluarkan. "Ini tempat saya" Ujar lelaki itu. "Woo Bin, sudahlah itu. Mari pergi ketempat lain." Kawan baik Woo Bin, Ji Hoon menenangkannya.
Muka Hae Na berubah. "Apa? Tempat awak? Saya tak ada nampak pula nama awak disini" Katanya mengusik. Woo Bin geram.
"Ini tempat kebiasaan saya. Saya selalu duduk disini. Pergilah!" Kata Woo Bin kasar menghalau.
Kring...
"Huh? Loceng dah berbunyilah. Baiklah, sekarang ini tempat awak" Kata Hae Na lalu tersenyum sinis.
Makin bertambah geram dibuatnya.
Dengan berhati-hati, seseorang sedang memerhati dari jauh. Siapakah gerangan itu?
Masa untuk pulang sudah tiba...
"Itu...itu" Satu suara muncul. "Yalah. Itulah perempuan yang marah Woo Bin kesayangan kita!" Seorang lagi menyampuk. Nampaknya semua peminat Woo Bin sudah menunggunya.
Jalan Hae Na mula dihalang. Dia tidak berkata apa-apa kerana dia tahu itu semua pelajar dari kelab peminat Woo Bin.
Lihat cara mereka pun sudah tahu. "Hei perempuan tak guna!" Marah seorang pelajar perempuan yang berada dalam kelab itu.
'Perempuan tak guna?' Bisik hati kecil Hae Na. Apakah mereka masih belum tahu siapa sebenarnya Hae Na?
YOU ARE READING
I Hate You, I Love You..
Teen FictionSeorang gadis cantik yang berusia 19 tahun dan mempunyai darah kacukan Korea dan Amerika telah berpindah ke Korea. Warna anak matanya telah menjadi tarikan utama di sekolah menengah tinggi di Seoul. Minatnya dalam menari dan sukan Teakwondo tidak bo...