Luka semalam sudah kering. Hae Na hanya menampal pelekat luka bagi menutup bekas lukanya."Adik, nak abang hantar kesekolah ke?"
"Hmmm. Tak mahulah, adik nak pergi sendiri. Boleh adik pinjam papan selaju abang tak?"
"Hmm, yalah. Sebelum ini bukannya adik pernah minta izin abang kan?"***************
Baju yang sudah siap digosok dicapai oleh Woo Bin. Dia segera memperkemaskan diri lalu menyumbat unifrom Teakwondo nya kedalam beg galasnya.
Pantas mencapai topi keledar lalu beredar. Langkah tiba-tiba terhenti selepas satu suara memanggilnya. "Woo Bin. Mari sini sebentar." Tuan Han memanggil anak lelakinya.
"Ada apa?"
"Ayah mahu tanya kamu ni. Studio tarian kamu tu, kenapa dibiarkan kosong?"
"Woo Bin sibuklah kebelakangan ini. Tak sempat nak fikir tentang studio tu"
"Kamu ni. Apa kata begini, kamu buatlah ujibakat untuk mencari penari-penari baru. Ayah dengar tak lama lagi akan diadakan battle of dance? Entahlah"Woo Bin hanya berdiam diri dan mengiakan sahaja. Dia berlalu pergi selepas berkata bahawa dia akan memikirkan tentangnya.
Nampaknya semakin serabutlah kepala otak Woo Bin memikirkan banyak perkara.
Lebuh raya yang lenggang itu dipecahkan dengan bunyi enjin motor Woo Bin. Kebiasaannya para pekerja akan menaiki monorel atau kereta api bawah tanah bagi menjimatkan masa dan mngurangkan asap berbahaya dijalanan.
Lebih cepat Woo Bin pergi kesekolah dengan melalui jalan yang kurang kenderaan, walaupun dia sesudah lambat 5 minit.
Apalah agaknya yang sedang difikirannya? Mesti pecah kepala.
******************
"Perhatian kepada semua pelajar. Sila berkumpul didalam kumpulan sukan dan permainan kamu. Perhatian juga kepada semua guru kelab permainan, sila mengambil kedatangan ahli-ahli kumpulan sukan dan permainan anda semua. Sekian Terima Kasih"
Ding~dong~ding
Notis pemberitahuan melalui pembesar suara oleh pengetua sekolah telah berkumandang....
Para pelajar bergegas mencari nama tempat untuk berkumpul bagi setiap kumpulan sukan dan permainan yang ditampal dipapan kenyataan utama.
"Hyun Ji!" Panggil Hae Na. Hyun Ji atau nama penuhnya Kim Hyun Ji adalah kawan karib Hae Na. Mereka bertemu apabila Hae Na menyelamatkan Hyun Ji daripada sekumpulan pembuli.
Orangnya pon cantik dan tidak mempunyai rakan semenjak dia berpindah 3 bulan yang lalu. Haish, lama sangat tu.
"Mari kita lihat senarai nama dipapan kenyataan" Hae Na mengajaknya.
"Ya, mari"Tidak dapat disembunyikan lagi, Hae Na memang mahu menyertai kelab Teakwondo. Lalu matanya hanya menumpukan pada ruangan yang tertulis ' Ahli Kelab Teakwondo '
~~~~~~~~~~~~~~~~
Senarai Nama Ahli Kelab Teakwondo;
~
25. Hae Na Park. 19-3
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mata Hae Na terbutang luas. Senyuman mula terukir. Apa lagi? Kalau tiada orang disitu, diaitu juga dia mahu menari pelbagai jenis lagu.
"Yeay! Aku dapat kelab Teakwondo" Soraknya. Hyun Ji juga melihat namanya. "Bagus juga tu. Saya juga kelab Teakwondo". "Baiklah. Kalau begitu, mari kita peegi ke studio Teakwondo!" Sorak Hae Na keriangan tambah keterujaan.
*********************
Sebelum loceng dan pengumuman dari ketua berkumandang, Encik Kim, Woo Bin, Lee Hyuk dan beberapa orang guru berkumpul di studio Teakwondo lebih awal daripada yang lain.
Bukan apa, mahu berbincang tentang pengganti Se Ran lah.
"Selamat pagi" Ucap Encik Kim
Masing-masing membalas ucapannya
"Ada apa-apa perkembangan ke?" Tanya Encik Kim mahu tahu dengan segera.Woo Bin dan Lee Hyuk berpandangan sesama mereka. "Sebenarnya kami berdua ada pilihan sendiri." Kata Lee Hyuk. Woo Bin hanya mengganguk.
"Siapa dia?" Tanya Encik Kim
"Huh? Oh, saya dengar dia seorang atlet negara seelum dia berpindah ke sini." Lee Hyuk berkata.'Huh? Macam kenal' Bisik Woo Bin seperti mengenali pembayang gadis yang dikatakan oleh Lee Hyuk.
"Kamu, Woo Bin" Soalan yang ditujukan oleh Encik Kim beralih kepada Woo Bin pula.
"Hmm.. Gadis itu satu kelas dengan saya. Saya pernah lihat dia berlawan menggunakan kaedah Teakwondo."Perasaan yang dirasai oleh Woo Bin tadi kini beralih kepada Lee Hyuk. 'Seperti aku kenal' Bisik Lee Hyuk. Walaupun mereka seperti mengenali gadis itu, tetapi mereka langsung tidak bersuara bertanya.
Sedang mereka semua berbual-bual berbincang tentang pengganti Se Ran, ahli-ahli kelab Teakwondo mula dipenuhi dalam satu ruang studio Teakwondo.
Hae Na dan Hyun Ji berjalan pantas sambil-sambil itu, mereka melihat sekeliling. "Aduh!" Hae Na mengerang kesakitan. "Hei!" Jerit Hae Na.
Dia bangun lalu memandang orang yang melanggarnya. "Kau?!?!?". Rupanya Woo Bin yang melanggarnya. "Haish, tak habis-habis langgar aku. Kau kenapa ha?" Marah Hae Na.
Mata Woo Bin terbeliak. "Huh? Kau yang tak nampak aku. Mata tu berlinggas pandang tempat lain sambil berjalan. Lain kali mata pandang hadapan" Nasihat Woo Bin sambil dua jarinya ditunjukkan lalu ditunding kearah mata Hae Na.
Hae Na menepis. Tidak sempat dia membalas balik, Woo Bin berlalu pergi. "Tak guna!" Jerit Hae Na. Tetapi Woo Bin langsung tidak menoleh. Seperti sudah biasa. Bukan seperti sudah biasa memang dah biasa. Yalah, manakannya mereka asyik bergaduh apabila berjumpa. Macam anjing dan kucing.
"Sudah-sudahlah tu." Kata Hyun Ji menenagkan rakannya.
"Apa? Geram betullah. Tak apa, aku balas balik nanti"Mulut Hae Na tidak habis berceloteh. Mengalahkan bontot ayam.
*******************
Distudio Teakwondo..
"Selamat pagi semua. Saya Encik Kim selaku guru pengiring dan pengajar kamu" Ucapan pertama dibuat oleh Encik Kim.
Seterusnya seperti biasa, ucapan yang kedua adalah ucapan daripada Pengerusi kelab. Tetapi, entah kenapa Pengerusi hari ini dia ada hal.
"Baiklah sebelum kita mulakan latihan, saya mahu kamu semua bekumpul didalam kumpulan mengikut warna tali pinggang" Kata Encik Kim memberi arahan.
Tanpa melenggahkan masa, mereka semua begerak beli kumpul dalam kumpulan. Sangat hebat. Pemegang tali pinggang hitam hanya 8 orang sahaja?!
Hae Na memanggil Encik Kim. "Err... Pemegang tali pinggang hitam hanya 8 orang sahaja ke?". "Tidaklah, sebenarnya ada sepuluh orang. Tetapi seorangdaripada dua orang yang tiada tu berpindah dan seorang lagi ada hal katanya."
Hae Na masih tidak tahu dimana tahapnya. Lalu dia bertanya cikgu. "Baiklah cikgu." Ucap Hae Na. Dia bergegas menuju kekumpulannya. Tahap Hae Na berada di tali pinggang hitam semasa di Amerika, siap jadi Atlet Negara sana lagi. Jadi tidak hairanlah jika dia aotomatik masuk tahap tali pinggang hitam.
"Minta perhatian!" Jerit seseorang meminta perhatian daripada ahli-ahli kelab Teakwondo. Semua menoleh kearahnya. "I...it...itu.. Woo Bin?" Hae Na berkata perlahan. 'Apa yang dia buat disini?'
Woo Bin memulakan ucapannya yang tadi tidak sempat. Dalam ucapannya, di memberitahu bahawa bulan hadapan akan diadakan Pertandingan Taekwondo peringkat Sekolah Menengah Tinggi. Selaim itu, dia juga ada memberitahu bahawa dia, Lee Hyuk dan Encik Kim sedang mencari seseorang mengganti Se Ran untuk berlawan dalam pertandingan campuran nanti.
Mereka semua kelihatan teruja dan rasa ingin menyertainya.
YOU ARE READING
I Hate You, I Love You..
Teen FictionSeorang gadis cantik yang berusia 19 tahun dan mempunyai darah kacukan Korea dan Amerika telah berpindah ke Korea. Warna anak matanya telah menjadi tarikan utama di sekolah menengah tinggi di Seoul. Minatnya dalam menari dan sukan Teakwondo tidak bo...