Bunyi ketawa yang riang itu bergema kuat.Dewan itu juga semakin dipenuhi dengan para pelajar. Hae Na pantas berlari mengambil tempat.
Acara senaman pada pagi itu berjalan dengan sangat lancar.
"Wah! Hebatnya Woo Bin tadi. Dia hanya buat senaman ringkas je, tapi tak tahu kenapa saya rasa itu sangat hebat dan mengagumkan?" Seorang gadis menggedik.
"Yalah, Sang Eun. Ha, bila awak nak jadi kekasihnya? Kamu berdua sangat serasi" Tambah lagi seorang. Mulalah perangai diva dan perasan cantik dan hebatnya dikeluarkan.
Bukannya tidak tahu Kim Sang Eun, sangat terkenal dengan perangainya itu. Harap muka saja cantik, tapi perangai, kalah beruk. Tergedik sana tergedik sini. Lagi-lagi bila sebut saja tentang Woo Bin, mulalah dia mahu memarahi sesiapa yang menyebut nama Woo Bin. Seperti Woo Bin miliknya seorang.
********************
~La, la, la~
Sambil bersenandung, Lee Hyuk mengemas barang-barang PA sistem yang digunakan untuk acara senaman pagi tadi.
"Huh?" Suara terkejut kedengaran. Dia mencabut pen drive yang masih dilekatkan ditempatnya. Dia teringat pen drive itu milik seorang gadis yang buatnya tergelak besar pagi tadi.
Lee Hyuk tersenyum dengan tiba-tiba. Dia pantas berkemas dan mahu memulangkan pen drive itukepada tuannya.
*****************
Waktu rehat adalah waktu yang paling sibuk sekali. Selepas memberi tunduk hormat, Woo Bin adalah orang pertama yang bangun lalu keluar kelas melalui pintu belakang. Tidak sempat rakan baiknya mengikutinya.
Dae Hwi terkejar kejar.
"Huh! Baru aku teringat. Apa kau nak buat dengan studio kau tu? Dah lama sangat menyepi. Bila nak ambil pelatih baru?"
Woo Bin hanya mengganguk diam. Dia ada memikirkannya juga. Tetapi kebelakangan ini dia selalu sibuk dengan persiapan Pertandingan Taekwondo peringkat Sekolah Menengah Tinggi.
Banyak betul yang dia fikirkan. "Huh. Betul. Tapi sekarang aku sangat sibuk" Nada yang tadinya teruja bertukar muram dipenghujung ayat. "Apanya? Apa yang buat kau sibuk sangat?" Bertubi-tubi soalan diacukan.
Woo Bin hanya memandang lalu menceritakan sebab dia sangat sibuk kebelakangan ini.
"Owh! Kalau begitu, apa susah? Kau buatlah ujibakat. Bagi peserta-peserta ujibakat itu berlawan dengan kau ke Lee Hyuk" Dae Hwi memberi cadangan.
Cadangan untuk mengadakam ujibakat itu sangat bernas,tetapi lawannya itu..
Bilalah agaknya baru dapat penggati Kim Se Ran?
****************
Seperti biasa, baru tiga hari bersekolah, masih belum ada sesiapa lagi yang mahu berkawan rapat dengan Hae Na lagi.
Waktu rehat sudah habis 5 minit yang lepas. Suasana didalam kelas juga agak riuh kerana cikgu masih belum masuk.
Hae Na melangkah masuk kekelas lalu menuju ketempat duduknya tanpa menoleh kekiri kanan.
Mukanya diletakkan diatas meja dengan gaya mahu tidur. Tidak lama kemudian, suasana menjadi semakin bising daripada sebelum ini.
Malasnya Hae Na mahu menggangkat kepalanya. Tetapi disebabkan kebisingan yang luar biasa itu dia menggangkat kepalanya lalu menjerit kecil. "Hei! Apa yang bising-bising ini?"
YOU ARE READING
I Hate You, I Love You..
Teen FictionSeorang gadis cantik yang berusia 19 tahun dan mempunyai darah kacukan Korea dan Amerika telah berpindah ke Korea. Warna anak matanya telah menjadi tarikan utama di sekolah menengah tinggi di Seoul. Minatnya dalam menari dan sukan Teakwondo tidak bo...