T H I R D day (night)

46 4 2
                                    

"apa yang aku terlepas?"Daehwi yang baru sahaja tiba dengan wajah separa melangkah perlahan melabuhkan punggung nya di kerusi berhadapan woojin lebih tepat nya di sebelah Jinyoung yang sedang berdiri.

"Sudah terlepas kan?jadi tidak boleh diundur Daehwi ku"Kata Woojin dalam nada mengejek sambil mentertawakan Daehwi yang masih bingung tidak memahami lawak apa yang baru dikatakan lelaki berkulit caramel di hadapanya itu.

"Daehwi ya,bagaimana sekarang?lebih nyaman?"Soal Kuanlin pada Daehwi prihatin.Terakhir kali dia melihat Daehwi,lelaki itu di dalam kondisi kurang baik layak nya seorang yang sudah hilang kewarasan tetapi sekarang dia sudah kelihatan seperti Daehwi yang biasa.

Daehwi menyunging senyum manis sementara matanya masih lagi terkatup.Surai nya yang lembut diusap perlahan Woojin.Mereka senang walaupun berada dalam keadaan merbahaya kerana mereka masih mempunyai satu sama lain untuk saling menyayangi dan melindungi.

"Mana Jihoon hyung?"Tanya Kuanlin kepada Woojin.

"Di sini!"Jihoon mampir ke dapur dengan tshirt nipis bewarna merah jambu serta seluar tidur senada dengan baju nya.Max yang siap berbaju tidur didakap erat di dadanya turut mengenakan warna merah jambu.

2 batang lilin diletakkan di atas meja makan menjadi sumber cahaya mereka.Mujur Jinyoung menjumpainya tadi semasa dia menyediakan bahan masakan.Kerana matahari mula menyinsing membuatkan seisi villa diselimuti kegelapan dan kelihatan suram juga hening.

Jihoon mengambil tempat di sisi woojin dan Daehwi dan Jinyoung di sebelah Daehwi.Makanan sudah siap dijamu 1 mangkuk bimbimbap untuk Jinyoung dan Daehwi.1 mangkuk bimbimbap untuk Kuanlin dan Woojin dan sepinggan bimbimbap untuk Jihoon.

"Apa yang kita perlu lakukan esok?"Daehwi yang pertama membuka bicara memecah kesunyian."Kita perlu bekalan air,air tidak mencukupi,makanan dan cara untuk keluar dari sini"Gumam Jihoon.

"Pasti ada jalan keluar.Mustahil tiada"Getus Woojin lalu menyuakan sepotong ayam ke dalam mulut.

"Pecahkan tingkap."Idea yang bernas terpancul keluar dari mulut seorang lelaki berwajah tirus,Bae Jinyoung."Dan membiarkan diri kita dalam bahaya pada waktu malam,pelbagai haiwan boleh masuk"Dan itu ialah ucapan logik dari lelaki berkulit caramel,Park Woojin.Dibalas anggukan dari yang lain.

"Hyung akan mencari cara untuk mendapatkan bekalan air yang lebih banyak untuk keperluan lain"Tawar Park woojin setelah berfikir panjang.

"Biar ku meletakkan lilin"Kali ini Daehwi menyerlahkan diri dengan idea untuk meletakkan lilin.Lilin ialah satu satu sumber cahaya mereka pada waktu malam.

"Aku,cari makanan?"Monolog Jihoon.Lalu kepala nya digelengkan berkali kali."Kau banyak makan Jihoonie,kau pasti kau tidak mahu bekalan makanan yang lebih?"gumam Woojin menyedarkan Jihoon yang hampir menarik diri dari tugas pencarian makanan.

"baiklah kalau begitu aku mencari makanan.Tapi bagaimana caranya?tiada jalan keluar"

"Kata siapa?kita masih bebas setidaknya kerana pintu ke balkoni tidak dikunci.Dan jangan biarkan ianya dikunci"Mereka baru tersedar kewujudan balkoni yang menghubungkan mereka dengan dunia luar.

"jadi kita akan mencari nya bersama"Jihoon pada awalnya gusar dengan pilihan yang bakal dibuat.Tetapi akhirnya dia menerimanya.

"Aku akan bantu!"Seru Kuanlin dibalas anggukan Woojin dan Jihoon.Manakala Jinyoung masih senyap di tempat nya.Tiada apa lagi yang boleh dilakukan nya selain berdiam diri.

"Aku akan melakukan apa saja"Disebaliknya Jinyoung ingin mengatakan dia ingin mencari telefon.Ya,telefon meja yang berdering menghantui nya.Dari mana datangnya bunyi itu dan apa makna yang ingin disampaikan Jini padanya.

Usai makan mereka bersama sama membersihkan sisa makanan dan pinggan mangkuk dibasuh lalu disimpan dengan berhati hati di atas kabinet.Mereka memutuskan untuk tidur bersama di ruang tamu.Berbekalkan dua batang lilin, satu diatas meja tv dan satu diletakkan di atas meja buku."Kalian boleh tidur dengan lena,biar ku berjaga"Tawar Daehwi.Penyakit insomnia nya membantu saat ini.Dia yakin dia tidak akan tertidur dan dapat mel indungi ahli yang lain sepanjang mereka lena."Dan aku akan berjaga setelah kau mengantuk,jangan lupa mengejutkan ku"Gumam Jihoon lalu menyelimuti dirinya dengan selimut.Di malam hari,suhu di villa lebih dingin daripada siang hari kerana pohon hijau mengelilingi pekarangan villa ini.

setelah memastikan semua ahli tertidur Daehwi memilih untuk mematikan api lilin yang terletak di atas meja.Lilin sangat berguna pada saat ini dan pembaziran nya akan memudaratkan mereka satu kerika nanti.

"Daehwi..."perlahan suara Jinyoung masuk ke dalam deria pendengaranya."Kenapa kau mahu berjaga?"Soal Jinyoung.

"aku menghidap insomnia hyung,tidak tidur adalah pekara normal buat ku jadi aku menawarkan diri untuk berjaga"Jinyoung mengangguk walaupun dia sedar Daehwi tidak mungkin akan melihat itu dengan kondisi mereka saat ini.

"Hyung tidak boleh tidur?"

"hyung takut untuk tidur dalam gelap"

"trauma?"

"mungkin.."gumam Jinyoung lalu berdecak sebal dia baru sahaja memberitahu kelemahan nya pada seseorang yang baru ditemuinya.

"Jangam risau hyung,hyung punya kami semua,selagi itu hyung tidak perlu takut"Daehwi bergeser perlahan mendapati Jinyoung yang berbaring berhampiran sofa.Perlahan tangan Jinyoung diambilnya dan diletakkan di atas pangkuan dengan telapak menghala ke atas.Jari runcing Daehwi membelai telapak tangan jinyoung lembut membentuk bulat."Dulu omma ku sering melakukanya jika ku merasa takut.Aku harap ianya membantu"Tiada sebarang jawapan dari Jinyoung kerana sekarang Jinyoung semakin leka dengan usapan lembut itu dan perlahan lahan matanya terkatup rapat dan nafasnya ditarik dalam memberi tanda kepada Daehwi bahawa Jinyoung sudah pun tertidur.

you really don't want touch that cute star after read it?😯drop you vote and comment and i will appriciate  it🙆

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Ring; | Wannaone maknae line [On Going♡]Where stories live. Discover now