about;l e e d a e h w i

78 3 3
                                    

Daehwi bangun seawal 3 pagi hari ini.Padahal baru sahaja pukul 2 pagi tadi dia melelapkan mata.Lebih tepatnya sekarang ini dia sedang menderita penyakit insomnia*.Daehwi sangat menderita saat ini sehingga dia merasakan menelan pil yang mengandungi dose yang tinggi dapat menenangkan nya.Tidur buat selama nya dan dia tidak perlu lagi bersusah payah menelan pil tidur untuk melelapkan mata saat ingat tidur.Malah dia hampir terlupa bagaimana mimpi muncul sewaktu tidur.

Komputer riba yang berada di sisi katil di ambil lalu dihidupkan.Sesekali matanya di alihkan melihat ke arah jam yang sepertinya jarum jam sudah rosak kerana sejak tadi  hanya di tempat yang sama.Masa seakan akan berhenti.Dia sangat membenci wanita tua itu.Dia mengurung nya di dalam bilik ini.

Bilik tidur bernuansa gelap yang dahulu nya dia merasakan ia adalah tempat menenangkan menjadi tempat paling menakutkan.Daehwi hampir mengalami masalah gangguan mental.Jika suatu hari nanti dia di pindahkan ke hospital itu.Hospital khas bagi orang yang mengalami gangguan mental,lelaki bersurai coklat itu takkan teragak agak untuk menyalahi nya.Wanita tua yang menyebabkan appa nya Lee Sangyun yang sangat mencintai Lee Hyorim berubah fikiran.Meninggalkan Hyorim dalam keadaan sakit dan mengkhawini nya,wanita tua bermata empat.

"DAEHWI YAA!!!"derapan kasut tumit tinggi nya yang berjalan menaiki tangga automatik membuat Daehwi berasa begitu takut sehingga tangan nya bergetar hebat.

Cklekk..

Pintu dibuka.Dia nampak kasut nya dari sini,dari tempat persembunyian nya.Dia berpusing pusing dalam bulatan mungkin mencari Daehwi yang sudah tiada.

"AKU TAHU KAU DI MANA"begitu juga Daehwi.Dia juga tahu dia pasti tahu yang wanita itu akan senang menjumpai tempat pesembunyian nya itu.Tapi tetap juga dia ingin bersembunyi di situ di bawah katil.Katil berdebu.Tempat paling ditakuti nya saat dia masih di Tadika.Dia kini menjadikan nya sebagai tempat persembunyian.

"KELUAR!"Dia menarik kaki anak malang itu keluar dari tempat persembunyian nya dengan kasar berjaya membuat anak bertubuh mungil itu memekik seperti haiwan yang dianiaya.Daehwi akur dan membiarkan saja kakinya ditarik  menuju ke sebuah bilik lain.

.
.
.
.
.
"Eghh"Rasa perih yang hadir saat dia meletakkan lengan nya yang baru sahaja ditoreh wanita tua bermata empat itu di bawah guyuran air membuat lelaki bersurai coklat itu mengerang tertahan.Bibir bawah Daehwi turut berdarah apabila gigi nya yang tajam menekan bibir mungil nya saat merasakan luka torehan itu semakin perih.Hal yang bodoh.Dia sengaja membiarkan air itu membawa darah nya pergi.Walaupun dia tahu kekurangan darah boleh membawa maut.

Tingg!

Daehwj menoleh ke dalam bilik melihat komputer riba nya bercahaya.Seperti dijampi dia segera menutup pili air dan berjalan menuju ke arah komputer riba yang berada di atas katil.

'HOLIDAY VILLA FOR TEEN'

.
.
.
.
.
"Kamu betul boleh jaga diri?"soal Sungyun sekali lagi menatap Daehwi dengan mata sayu nya.Sia kelihatan sangat lelah.Usia benar benar telah memakan wajah tampan nya.Dia kini kelihatan sangat lemah dengan kerutan di dahi dan leher.Jujur Daehwi rindukan nya yang dulu.Yang sentiasa tersenyum dan ketawa.

"Ye"Daehwi mengangguk ringan mengalihkan bola mata ke arah lain,lari dari tatapan sayu bapa nya.Dia tak mampu melihat bapa nya yang lesu itu lagi.Dia membuatkan hati Daehwi semakin remuk dan sakit lebih perih dari torehan tadi.

"Baiklah,nanti appa uruskan"Ujar nya perlahan lalu mengusap surai Daehwi lembut.Daehwi rindu belaian Sungyun.Sungguh.Dia menyelimuti tubuh mungil anak tunggal nya itu sebelum berjalan menutup lampu bilik dan keluar dari bilik.

.
.
.
.

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2]Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Ring; | Wannaone maknae line [On Going♡]Where stories live. Discover now