Kiara duduk di hujung katil sambil muka dibasahi air mata. Dia masih tidak percaya bahawa seseorang yang dia sangat sayang telah meninggalkannya buat selama-lamanya. Air mata yang dikesat berpuluh kali tidak memberi sebarang respon. Pipinya masih basah dek air mata yang mencurah keluar tidak henti.
Secara tiba-tiba pintu diketuk memecahkan suasana sunyi sepi malam.... Kiara tidak memberi apa-apa respon pada ketukan yang diberi oleh Puan Roziana.
" Ara... jom turun makan sayang .... seharian Ara tak makan.... nanti sakit macam mana? " ajak Puan Roziana dengan nada yang rendah dan manja.
" Mama makan la dulu ya... Ara takde selera nak makan... " balas Kiara sambil melemparkan senyuman kelat.
Puan Roziana hanya senyum sebaris sambil menahan air mata dari jatuh ke pipi... terasa melihat anak perempuan kesayangannya yang dulunya seorang yang ceria kininya seorang yang sentiasa terwujud perasaan sedih yang tiada siapa dapat rasa.
Puan Roziana berjalan ke meja makan di mana suamidengan muka yang sayu...
" Ara mana mama? " soal Kasyaf dengan muka yang berkerut.
" Ara tak nak makan... tak de selera nak makan katanya... " balas Puan Roziana. " Syaf pergilah pujuk Ara turun makan... mama risau dia dah seharian tak makan... " tambah Puan Roziana bercampur perasaan risau.
Kasyaf tidak membantah. Dia bangun dan meluru ke bilik adiknya di tingkat atas banglo mewah itu.
Setiba di hadapan pintu bilik adiknya , Kasyaf terus ketuk pintu bilik itu perlahan-lahan...
" Ara? " sapa Kasyaf dengan lembut... Kiara menoleh dan seperti biasa... hanya senyuman kelat yang mampu diberikan. Kasyaf duduk di sebelah Kiara dan menggosok telapak tangan adiknya yang lembut. Terasa simpati atas pemergian bakal suami adiknya.... hanya sebulan sebelum perkahwinan mereka, Dugan yang sangat berat telah menimpa adik kesayangannya itu.
" Abang susah hatilah tengok Ara macam ni... Dah seharian Ara tak makan... tak keluar bilik... jom turun bawah makan ye... kalau tak nak makan nasi pun, Ara jamah la roti ke... " pujuk Kasyaf... sudah habis ayat dalam otaknya. Tetapi tetap ditolak mentah mentah oleh adiknya. Macam lah dia tidak kenal perangai keras kepala Kiara tu." Kenapa semua ni terjadi Kat Ara abang? Apa yang Ara dah buat? Kenapa arwah Aiden mesti pergi dulu??? " bersepah soalan yang keluar dari mulut Kiara. Tersentak Kasyaf mendengar soalan-soalan yang keluar dari mulut adiknya.
" Kenapa Ara cakap macam ni? Ni semua takdir... kita kena terima takdir yang allah bagi... semua yang jadi ni mesti ada hikmahnya... Ara tak boleh sedih macam ni... kalau Ara sayangkan arwah Aiden... Ara tak boleh macam ni.... mesti dia sedih tengok Ara sedih... Kita yang masih ada ni kena teruskan hidup.... kita sedekahkan Al-Fatihah kat arwah." kata Kasyaf panjang lebar.
Kiara hanya mengangguk...
" Ara nak solat Isyak sekejap... " kata Kiara. Kasyaf hanya mengangguk dan beredar dari bilik adiknya.
YOU ARE READING
IKUT
HorrorMengapa Kiara mendapat mimpi yang sangat sangat pelik pasal arwah Aiden???? Apa message yang arwah Aiden nak sampai kan?? Isha terlibat ke dalam semua ni??? Kalau nak tau rahsia apa yang belum terbongkar, baca PHOBIA.