Prolog

510 2 0
                                    

Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Tak semestinya orang yang kita sayang akan sayang kita. Tak semestinya rindu yang kita pendam untuk dia, dia akan rasa yang sama. Aku sayang kau. Tapi tergamak kau buat aku macam simpanan. Siapa aku untuk kau sebenarnya? Siapa? Jawab? Ouh, aku lupa. Kau perlukan aku bila kau susah dan bila nafsu kau sedang membuak-buak.

Itu apa yang terdetik dalam hati aku. Aku tak mampu nak bercakap pada Syeikh tentang apa yang aku rasa. Aku sayang sangat kat dia sampai aku korbankan semua benda untuk dia. Aku silapkah? Kadang-kadang aku rasa aku siksa diri sendiri. Tapi aku tak nak dia pergi dari aku. Itu sahaja. 

"Aku whatsapp tak balas, DM instagram tak seen padahal dia online je. Hmph, aku overthink kot. ye lah cuti sem kan. Biarlah die spend time kat sana, nanti dia balik sini aku nak dia spend time dengan aku. hahahaha" monolog Ayshri sambil lap air matanya yang mengalir.

Tiba-tiba terdetik dalam hatinya, untuk scroll semula chat-chat lamanya bersama Syeikh. Ayshri mula scrool semula semua teks itu dan perbualan mereka bermula pada 8 September 2018, 11:50 AM.

Aku Pilih KauWhere stories live. Discover now