Fang yang duduk di dorm mula berasa bosan.. Class mula pukul 8 pagi jadi jauh beza dengan sekolah di pulau rintis
"Baru pukul 7:01.."ngomel fang apabila melihat jam di tangannya. Fang mengeluh kebosanan akhirnya fang pun membuat keputusan untuk berjalan jalan di kawasan sekolah dan dorm lagipun jarak sekolah dengan dorm dekat saje
Fang pantas mengambil jacket dan terus keluar dari biliknya. Fang berjalan jalan di kawasan sekolah.. Fang melihat signboard semuanya tertulis dalam bahasa jepun. Fang berasa beruntung dia Belajar bahasa jepun hari tue. Kalau tak sesatlah dia kat situ..
"Nasib baiklah aku buat keputusan untuk berjalan jalan tadi.. Kalau tak.. Tak tahu lah aku semua tempat nie. Hmm.. Rasanya kelas aku kelas apa!! 1-2 1-1 atau 1-3.. Aku boleh fikir nie aje sebab kalau 1-5 dan 1-4 mungkin kelas akhir jadi mustahillah fan masuk kelas terakhir dia kan pandai" fikir fang sambil berjalan menuju ke bilik. Yalah kan dah nak dekat pukul 8 mesti ramai yang dah pergi "baik aku call leo.. Kalau tak malulah aku kalau masuk kelas salah"
Fang terus mendail nom leo.. Sambil menunggu panggilan tersebut fang mengoyang goyang kan kakinya "moshi moshi.. Leo-shimasu"
"Hey leo nie aku fan.. Aku nak tanya nie.."
"Oh tuan muda fan.. Tuan nak tanya apa" leo tahu tuan mudanya tak suka kalau dia cakap bahasa jepun sangat dengan nya semenjak balik dari Malaysia. "aku nak tahu kelas aku kelas apa?? Dan waktu apa nanti" soal fang tegas
"Oh tuan muda kelas 1-5 dan nanti subject math.. Kalau tuan muda nak tahu lebih lanjut tuan muda boleh tanya shuhei dia pun satu kelas dengan tuan muda" jawab Leo tenang
"Emm.. Yelah.. Aku nak pergi kelas nie call kau lain Kali" tanpa sempat Leo berkata ya fang dah putuskan talian.. Leo yang kat sana hanya mengeluh dengan sikap dingin tuan mudanya
Tanpa membuang masa fang mengambil beg sekolah fan yang tersedia oleh leo dan terus menuju ke sekolah.. Fang melihat ramai yang menuju ke sekolah dengan kawan² kecuali dirinya yang berjalan berseorangan. Tiba² aje fang teringat akan boboiboy dan kawan²nya. sedang fang berangan seseorang menepuk blakang fang membuat fang sedikit terkejut
"Yo fan... Berseorang nampak"(Kata seseorang dalam bahasa jepun yang fang faham) fang hanya pandang orang itu dengan pandangan kosong
"Kenapa tak ada orang nak berkawan dengan kau ke??" Kata orang itu lagi dengan nada memerli.Fang hanya buat bodoh saje dan teruskan perjalananya ke kelas tanpa pedulikan budak tue.. Fang yang tak endahkannya mula membuat kan dia naik angin.. Tapi dia tak kejar fang malah tersenyum sinis
"Siap lah kau fan.. Lepas rehat nie aku akan blasah kau" katanya lalu beredar dari situ
Fang yang baru masuk kelas terus satu kelas diam dan memandang. Fang di situ mula blur.. *aku masuk kelas salah ke??" Kata hati fang
Tiba² saje ada orang memeluk leher fang.. Fang yang di situ agak terkejut tapi bila pandang siapa orang itu fang terus memasamkan muka "ckh kau rupanya.."
"Kau tak rindu aku ke fan.. " shuhei tersenyum manis kat fang "langsung tak" balas fang dan menepis tangan shuhei..
Fang mula memandang kelas yang tadi diam akan kedatanganya mula bising balik. Fang mencari cari mana tempat duduknya. Shuhei yang melihat fang macam mencari tempat duduknya mula mengeluh "tempat duduk kau kat sinilah fan.. Kat sebelah aku nie" Kata shuhei sambil menepuk nepuk kerusi di sebelahnya "lain Kali tanyalah jangan nak ego sangat.. Kau tak ingat ke apa nasib kau waktu Kau sesat Kat rumah kau sendiri sebab tak tanya orang" Kata shuhei sedikit perli
Fang yang dengar kata² shuhei mula mengetuk kepalanya dan mula duduk di tempatnya macam tak ada apa yang berlaku.. Shuhei mula merintih kesakitan "SAKITLAH" jerit shuhei dengan air mata sedikit terkeluar
YOU ARE READING
Tukar??
Randomhi aku buat cerita ni pun sebab bosan jadi cerita ni bukan best sangat pun..harap korang sudi baca? fang berjalan jalan di kawasan hutan kerana dia sangat sakit hati dengan abg dia ya itu kaizo a.k.a kapten pemberontak lagenda di seluruh galaxy.. f...