chapter 17

921 55 3
                                    

FANG POV

Semakin lama aku menjadi fan dan aku merasakan diri aku makin lemah kerana sudah lama tidak bertempur. Macam Manalah kalau aku tukar  balik dengan fan. Mesti kalah teruk dengan abangnya yang sadis itu. aku mula mengeluh

"Hei fan!!kau termenung apa tue?" Muncullah seseorang yang sangat annoying bagi aku. Aku menjeling malas nak layan

"Sampai hati kau tak layan aku!! kawan baik kau nie!! Taknaklah kawan" Kata shuhei sambil berpeluk tubuh dan mengalihkan muka ke tepi

"Kalau kau cakap macam tue pun fan tetap tak layan!! Silap² kau dah bukan kawan fan" muncul pula lagi sorang membuatkan aku sakit hati.. Diorang kalau tak kacau aku sehari memang tak sah

"Sibuklah kau syun!! Aku bukan merajuk betul² pun cuma buat² merajuk saja! Aku tahu kau jeles sebab aku kawan dengan fan lebih lama dari kau"

"Siapa cakap!!💢" Ahirnye diorang bertengkar di depan aku. Membuatkan aku betul² tak ada mood

"DIAMLAH!!KORANG KALAU TAK BUAT AKU SAKIT HATI SEHARI MEMANG TAK BOLEH KAN?? NAK GADUH PERGI CARI TEMPAT LAIN LAH..NIE DEPAN AKU JUGA KORANG NAK!!" Aku mula menjerit sampai satu kelas pandang.. Syun dan shuhei mula senyum dengan muka tak bersalah

Aku mula bangun dan berjalan menuju ke pintu meninggal kan diorang!! lama² aku duduk situ boleh mengamuk aku. Lagi bagus aku cari kelab yang boleh buat aku menjadi kuat

Nobody pov

"Kenapa dengan fan tue?? Tiba² saja marah orang.. Dahlah bla macam tue je" Kata shuhei tak puas hati dengan sikap fang

"Salah kita juga!!kita kacau dia tadi!!" Kata syun. Menyesal pula bila gaduh dengan shuhei sedangkan dia nak cakap sesuatu dekat fan tadi

"Hmm.. Yelah aku salah!! Nanti aku pujuk dia dengan donat lobak merah" Kata shuhei bersahaja

"Donat lobak apa??" Syun mula buat muka pelik "boleh makan ke fan dengan pujukan ko tue??"

"Hah tulah kau tak tahu makanan kegemaran fan.. Ceritanya begini!!"

Imbas kembali

"Weh FAN!! tengok apa aku beli!!" Jerit shuhei yang muncul entah dari mana dengan beg plastic di tangan. Fang yang tengah membaca buat bodoh akan kehadirannya walaupun rasa nak ketuk² kepala shuhei sebab menjerit

"kau tahu tak.. Aku ada nampak satu makanan nie dan makanan tue nampak sedikit lain dari yang lain jadi aku cubalah lepas tue rasa dia sedap gila!!kau nak rasa tak aku ada beli 1 kotak" shuhei mula membuka plastic makanan tersebut. Fang masih lagi dengan muka biasa dia. Belum sempat shuhei membuka fang terbau sesuatu yang sangat dia kenal.. Fang terus merampas kotak itu dari shuhei

"DONAT LOBAK MERAH!" Fang berkata dengan teruja lagikan mata dengan bersinar sinar

"Eh??" Shuhei yang pelik macam mana fan boleh tahu inti dalamnya mula berasa hairan padahal kotaknya belum terbuka

Fang menghiraukan shuhei dan memakan Donat itu satu persatu dengan penuh nikmat. Sampai habis dilahap boleh fang. Yang fang pulangkan hanyalah kotak kosong "lain Kali beli 2 kotak!! Satu mana cukup" Kata fang sambil menjilat jari

Shuhei yang baru tersedar donatnya sudah licin di makan oleh fang mula memarahi fang. Tapi fang hanya endahkan aje.. Sepanjang bebelan shuhei fang hanya tersenyum

Imbas kembali tamat

"Dah lah tak beterima kasih dengan aku!! Malah tak endahkan aku" shuhei bersuara tidak puas hati. Masih marahkan fan tapi tak berani nak marah atau pukul fan sebab takut dibelasah . kalau fan macam dulu dah lama dia ketuk² kepala wu yi fan yang dikenalinya dahulu

Tukar??Where stories live. Discover now