BAB 1

10.4K 353 63
                                    

Dia mengeliat kecil sambil menggosok matanya. Tiba-tiba terasa dirinya bagai puteri tidur yang jelita baru bangun dari lena yang panjang. Sempat dia menjeling jam yang berada di meja kecil disebelah katilnya.

Puteri tidur? Kalau jelita tak apa juga. Ni dengan tahi mata dan air liur basi. Putera mana yang akan tertarik nanti.

Melihat waktu sudah menunjukkan 6:15 pagi, dia bangkit menuju ke bilik air. Usai bersiap, uniform sekolah disarungkan lalu solat subuh ditunaikan.

Setelah semuanya siap, beg berwarna biru gelap dicapai lalu di ke tingkat bawah untuk bersarapan.

Ikutkan hati nak beg warna hitam tapi dah dapat hadiah dari abangnya takkan mahu menolak. Apa pun hitam tetap menawan.

 
Nama  budak tak cukup kalsium ni, Tengku Amira Northem Bt. Tengku Manaf Northem. Tapi orang panggil budak tak cukup oksigen tu, Shaf.

Pada tahun ini Shaf  belajar di tingkatan 3 di DIAMOND HIGH SCHOOL atau DHS. Tu nama sekolah daddy dia.

Untunglah. Anak orang kaya. Sekolah pun bapak dia punya. Nasib Malaysia ni bukan bapak dia yang punya.

Dan harini Shaf akan daftar masuk sekolah tu.

Kenapa baru nak daftar?

Sebab dua tahun lepas budak Shaf  duduk kat UK. Dua tahun dia tinggal dekat sana dan tahun ni baru dia balik sebab nak ambil PT3. Nan jauh di UK sana, dia tinggal dengan datuk dan nenek.
 

💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠💠

DI BAWAH

"Morning, Adik..."-sapa mummy dan daddynya serentak

 Mesti korang pelik kan kenapa mummy dan daddy panggil dia adik.
Sebenarnya dia tu anak bongsu sebongsu-bongsunya daripada enam orang adik-beradik. Sebabtulah mummy dan daddy dia panggil dia adik dan bukannya Mira, Shaf, Amyra or whatsoever.

"Morning... mummy, daddy"

Sapanya kembali lalu duduk di meja makan. Shaf mengambil pinggan dan menyendukkan sesenduk nasi goreng ke dalam pinggannya.

Tak boleh makan banyak-banyak nanti dia buat tahi mata dalam kelas.

Sedang Shaf menyendukkan nasi goreng ke dalam pinggannya, mummy kesayangannya menyoal. Terus terhenti pergerakan Shaf.

"Adik... harini Adik daftar masuk sekolah baru kan?"

"Tak adalah baru... Adik dah pernah masuk masa adik form 1 kan? Mummy lupa ke?  Yeah... even tak sampai sebulan adik masuk DHS but I'm still in, right? Why?"

"Adik dah sedia ke?"

Berkerut dahi Shaf mendengar soalan mummynya, Datin Sharifah

"Kenapa mummy tanya macam tu?"

Soalan daripada Datin Sharifah dijawab dengan  soalan olehnya.

"Nothing... cuma sekolah baru Adik tukan sekolah daddy... mummy takut Adik tak selesa je..."

"As I said just now, adik not newbie there. In fact, I'm there since I was little girl."

Shaf tahu bukan tu sebenarnya yang mummynya nak cakap.There have something that make her worried about her. I know.

Sebenarnya sebelum ini Shaf masuk sekolah biasa sahaja bukannya sekolah daddy dia or any private school for rich people. Masa dekat sekolah rendah pun dia masuk sekolah biasa. So, ramai yang tak kenal dia tu siapa.Tapi, kalini daddy dia suruh dia masuk sekolah tu. So, dia ikut je lah. Anak solehahlah katakan. Lagipun dia dah besar. daddy dia tak perlu nak sorok dia  dari musuhnya lagi.

DIAMOND HIGH SCHOOL [C]Where stories live. Discover now