001

22 0 0
                                    

Kelibat seorang jejaka dari jauh sedang berjalan ke hulu dan ke hilir sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Oh, itu Kim Nam Joon. Siapa yang tak kenal dia ni? Lelaki genius yang memiliki IQ sebanyak 148. Adakah itu tidak cukup mengagumkan anda? Kebolehannya untuk rapping adalah setaraf dengan rapper sedunia, Jay-Z. Nam Joon juga seorang lelaki yang budiman dan memperoleh wajah yang cukup manis untuk dipandang. Seringkali lesung pipitnya muncul apabila dia tersenyum gembira. Boleh cairlah kalau melihatnya tertawa. Bukan itu sahaja, sifat kecuaiannya itu kadangkala juga dibenci orang. Betul kata mereka, tidak semua manusia adalah sempurna, luar dan dalam. Malah, dia juga mempunyai seorang teman wanita.


Nam Joon seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan architecture. Bapanya sudah seratus kali berpesan agar menjadi seorang arkitek yang bekerjaya. Tetapi malang, jiwanya bukan dalam jurusan itu. Dia lebih gemar dengan kesenian muzik dan kesusasteraan. Buku-bukunya itu penuh dengan lirik dan nota-nota muzik. Walaupun begitu, demi menjaga hati kedua-dua orang tuanya, dia terpaksa akur dengan arahan mereka. Manakala, teman wanitanya pula, juga seorang pelajar biasa yang mengambil jurusan kedoktoran. Memang itu cita-citanya untuk menjadi seorang doktor yang dapat menyelamatkan berjuta-juta nyawa setiap insan di dunia. Nam Joon berasa sangat bangga melihat keazaman teman wanitanya itu. Dia juga kadangkala berasa cemburu dek kerana gadisnya itu dapat melakukan apa yang dia impikan. Bukan sepertinya. Hanya akur akan perintah kedua ibu bapanya sahaja tanpa menyoal lebih.


Sebelum duduk di atas sebuah bangku, jejaka itu lekas mengeluarkan telefon bimbitnya daripada poket seluar lalu menaip,


"Awak buat apa? Dan di mana?" - Boyfriend Kim Joonnie


Selepas beberapa minit, telefonnya mula bergegar, "Kita dalam kelas. Awak nak apa?"


"Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuu, bila kelas habis? (≧∇≦*)"


"Lambat lagi, tengah ada presentation ni ha. Dah lah, awak takyah la ganggu kita. Pergi la study. Jangan kacau!! (ノ°ο°)ノ"


Nam Joon tertawa kecil melihat skrin telefonnya. Sumpah, dia merasakan teman wanitanya itu terlalu adorable sehinggakan dia mahu saja gigit-gigit kedua pipi gebunya. Usai melihat skrin telefon, Nam Joon meletakkannya di atas bangku sebelum dia mendongak ke langit biru.


'Hari ni aku tak de kelas. Kerja pun dah siap hm..'


Setelah mengenang kehidupannya yang tak serupa langsung kehidupan, dia membuat keputusan untuk mengganggu gadisnya. Sudah diberi amaran keras pun masih ingin juga menganggunya. Apa punya boyfriend dia ni? Dia kembali mengangkat telefon bimbitnya, "Kelas habis bila? Biar kita tunggu awak sampai habis kelas. Lagipun kita dekat depan fakulti awak ni. ^♡ "


Tidak sampai beberapa saat terus telefonnya bergegar, "Awak ni gila ke?! Kan sejuk dekat luar tu! Dah jangan buang masa, balik dorm baca buku! ()ノ彡┻━┻"


Selepas membaca pesanan yang diberi oleh teman wanitanya, hati Nam Joon berubah terharu. Kalau diikutkan, dia ingin sahaja menitiskan air matanya dek kerana kata-kata yang touching itu. Tetapi bila difikirkan balik, disebabkan dia seorang lelaki yang gagah perkasa - hm gagah ke? - terus batal niatnya tadi. Dia kemudian terus bangkit daripada bangku buruk yang diduduknya tadi dan mengorak langkah ke sebuah kedai serbaneka. Pintu kaca kedai itu dibuka perlahan dan kakinya melangkah masuk longlai.

Kita Rindu AwakWhere stories live. Discover now