"Freya." ucapku pendek kepada si gadis bertelinga arnab di hadapanku. Dia tersenyum comel. Setelah itu namaku ditulis ke dalam buku besar di hadapannya.
"500 sterling," ucapnya. Aku membulatkan mata besar, terperanjat dengan nilai yang baru disebutkannya sebentar tadi.
"500?"
"Ya, yuran pengajian sekali dengan sewa bilik dan makanan."
Aku mengangguk-angguk faham. Dompet duit aku keluarkan dari beg sandang. Dengan tangan terketar-ketar, aku mengeluarkan sejumlah wang bernilai 500 sterling itu.
Bagi aku, jumlah itu bukan sedikit. Itu dah sama macam belanja tahunan kami sekeluarga, sedangkan di sini, 500 tu cuma untuk bayar duit pengajian, sewa bilik dan makanan sepanjang tempoh 6 bulan untuk aku sorang. Gila ke?
"Ni kuncinya. Bilik awak di... Blok D, 205."
Selepas mengucap terima kasih, aku terus mencapai kunci bilik dan mengangkat dua bagasi besar menuju ke bangunan 6 tingkat.
Setelah sampai di bilik dan memastikan bilik itu betul-betul bilik aku, aku terus memasukkan kunci yang diberi si gadis bertelinga arnab tadi ke tombol pintu. Pintu itu aku buka. Masih tiada sesiapa lagi di dalam bilik itu. Di situ hanya ada dua katil. Aku terus cop katil sebelah kanan dan meletak bagasi di tepi katil sebelum mencampak badan ke katil.
Terkedip-kedip aku memandang kipas yang berpusing di siling. Rasa penat masih terasa. Lebih-lebih lagi bila segala kudrat aku keluarkan untuk mengangkat dua bagasi besar itu. Boleh buasir. Desis hatiku.
Tapi nak tak nak, terpaksa jugalah aku bawa segala jenis harta-karun aku ke sini setelah aku dihalau ibu keluar dari rumah. Mula-mula aku ingatkan ibu bergurau saja. Tapi apabila ibu mencampak dua bagasi berisi baju dan barang-barang aku, dan menyuruh Allen menculik aku atau dengan erti kata lain membawa aku keluar dari rumah, baru aku percaya yang ibu memang nekad.
"Kau nak jadi apa ni?" kata ibu tiba-tiba ketika aku sedang berbaring di kerusi malas sambil membelai-belai lembut Meg, kucing kesayanganku.
"Jadi apa? Jadi anak ibulah," jawabku selamba.
Tuk! Satu ketukan mengena kepalaku.
"Sakitlah, ibu!"
"Aku tak ada anak pemalas macam ni tahu!"
"Kalau macam tu, nak jadi anak ayahlah."
Tukk!
"Pandai je kau menjawab, kan?"
"Sakitlah ibu! Ayahhhhh...." aku menjerit memanggil nama ayah.
"Haaa. Nak mengadulah tu. Ayah kau tak ada. Dia kat ladang!"
Aku menunjukkan muka cemberut. Inilah nasib aku setiap hari. Setiap hari didera oleh ibu sendiri bila ayah tak ada.
Ayah pun, asal pagi je hilang. Asal hilang je pagi. Ayah tak tahu yang anaknya didera itu ini di rumah. Disuruh kemas rumahlah, basuh baju, siapkan makanan. Kalau tak buat. Memang kepala aku akan jadi mangsa ibu. Habis diluku oleh ibu setiap hari. Sedih.
"Cubalah kau contohi sikit anak jiran sebelah rumah tu. Anak dia yang sebaya kau tu sekarang dah kerja dah. Jauh dia pergi kerja sampai ke wilayah lain. Kau, duduk rumah goyang kaki je yang kau tahu."
"Tu rezeki dia, bu. Rezeki Freya lain."
"Anak Pak cik Phole tu, sekarang sambung belajar. Ambik ijazah sihir. Kau tak nak sambung belajar macam dia?"
"Kalau Freya nak sambung belajar pun, nak sambung apa? Ijazah surirumah tangga ke?"
Tukk!
"Kahwin jelah yang kau tahu."
"Ibu!"
Aku memegang kepalaku yang terasa sakit. Masuk ni dah tiga kali kepala aku kena luku. Lama-lama boleh kena amnesia.
"Ibu tak kira. Kau kena pergi sambung belajar jugak. Ibu dengar esok dia balik universiti dia. Walau apapun, kau kena ikut dia pergi mendaftar kat sana."
"Ibuuu..."
"Kalau kau tak nak ikut, ibu sendiri yang akan suruh si budak Allen tu culik kau, bawak kau pergi sana."
"Ha?"
Aku terkejut campur keliru. Tak pernah aku dengar dalam sejarah tamadun alam ghaib mahupun tamadun manusia bahawa seorang ibu menyuruh orang lain menculik anaknya sendiri.
Ibu meninggalkan aku dalam keadaan aku masih terpinga-pinga. Lama jugak aku tercengang. Ahh, ibu bergurau je tu. Aku cuba menyedapkan hati. Setelah itu aku sambung menggomol Meg yang sudah tertidur lena di pangkuanku.
Keesokan harinya, aku bersiar-siar di Marrie's Castle, suatu tempat di dunia manusia. Semasa di Marrie's Castle, aku sempat membuat muka comel ketika seorang manusia yang melawat di situ berselfie. Dia tak perasan ketika dia berselfie di tangga, aku sempat berdiri di tepi pintu. Jadi di gambar, mereka akan jumpa sosok aku di hujung gambar. Fuh, mesti lepas ni aku famous. Mesti muka aku akan tersebar di Facebook atau Instagram. Hebat gila aku!
Apabila aku balik, ada dua buah bagasi besar di depan pintu. Ketika aku masuk rumah, Allen sedang berbual dengan ibu sambil minum air.
"Ibu, kenapa ada beg kat luar tu? Ibu nak pergi mana?" soalku dengan nada polos.
"Ha, dah balik pun. Tu bukan untuk ibu. Tu untuk kau. Ibu dah siap packingkan barang kau. Pergi ikut si Allen sana," kata ibu tatkala melihat aku masuk ke rumah. Aku terpinga-pinga mendengar kata-kata ibu.
"Kenapa pulak nak ikut Allen? Freya tak nak! Freya nak duduk sini!"
"Selagi kau duduk je kat rumah ni, belajar tak nak, kerja tak nak, selagi tu kau takkan jadi makhluk yang berguna. Tahu kau cuma sakat manusia kat tepi jalan je. Ibu tak kira, kau kena ikut Allen. Allen, bawak je dia ni," arah ibu. Allen terus mengangkut bagasiku.
"Allen, apa kau ni? Ayahhhh!!!" aku terus merampas kembali bagasiku dari tangan Allen dan meletak semula ke rumah.
"Ayah, ayah. Ayah kau tak de. Ibu pun dah cakap dekat ayah kau, ayah kau setuju."
"Tak, ibu tipu!"
"Allen, bawak dia ni keluar," arah ibu lagi. Allen terus mengheret aku keluar dari rumah. Setelah itu, ibu terus mencampak bagasiku ke luar rumah.
"Lepaslah aku, Allen. Lepas! Aku tumbuk kau nanti sia-sia je kau hidup!" marahku lagi apabila Allen kuat memegang tanganku.
"Dah, Allen. Bawak dia pergi. Selagi Freya tak habis belajar, jangan bagi dia balik sini. Duit belanja ibu dah beri pada Allen, nanti Allen bagi kat kau. Dah, pergi dari sini!" kata ibu lagi sebelum menutup pintu.
Aku terus menggigit tangan Allen dan berlari je pintu.
"Ibu, maafkan Freya, ibu. Freya janji tak malas-malas dah. Freya janji Freya tolong ibu. Bukaklah pintu ibu..." aku merayu-rayu di depan pintu. Habis menjejeh-jejeh air mata bercampur hingus tapi ibu hanya berdiam saja. Ibu tetap tak nak bukak pintu.
"Ibu... Bukaklah pintu, ibu. Freya tak nak pergi. Freya tak suka sihir. Ibuuuu....."
Setelah lama aku menangis di depan pintu, tapi tak diendahkan ibu, dengan berat kaki aku mengikut Allen.
Dan sekarang, aku sudah berada di Univerisiti Blackmoth, sebuah universiti pengajian sihir yang paling terkemuka di antara bandar-bandar di wilayah Balsam.
Sorry, gais. A quite hambar, eh? Ini baru permulaan. Leklu, gais. Lepas ni akan more exciting and more action😄😄
YOU ARE READING
FREYA-THE LEGEND OF BLACKMOTH
FantasyAku Freya. Menjadi pelajar di University BlackMoth bukanlah suatu hal yang aku impikan. Walaupun aku golongan mage, tapi aku bukanlah jenis yang sukakan sihir. Tapi bila ibu dah sampai tahap menghalau aku dari rumah dan paksa aku masuk universiti,be...