POV Freya
Hawa dingin lembut memukul-mukul ke tubuh. Aku menggosok-gosok lengan yang mula berasa sejuk. Menyesal pulak tak sarungkan cardigan tadi. Tak tahu pulak Balsam akan sesejuk ni pada waktu malam bila berada di luar. Yang si senior aku ni pulak lagi tadi tak muncul-muncul.
Perjumpaan mentor mentee untuk grup 89 iaitu grup aku dan Putera Zean adalah di tepi kolam air terjun berdekatan dengan kolej kediaman pelajar lelaki dan perempuan. Aku pun tak faham kenapa tempat perjumpaan kami di sini. Dan sudah lebih sejam aku menunggu Putera Zean. Tapi sampai sekarang batang hidung dia pun tak timbul-timbul. Jangan-jangan dia memang tak datang langsung.
Aku ingat dapat jadi mentee pada seorang putera akan jadi satu kelebihan berbanding orang lain. Mana tahu, aku akan belajar lebih. Belajar di universiti ni memang bukan kehendak aku, tapi aku kan tak de pilihan lain. Nak tak nak, aku kenalah belajar bersungguh-sungguh. Lagi-lagi aku kena belajar lebih sebab aku kenalah bersaing dengan orang lain yang dah sedia ada punya asas tentang ilmu sihir. Sedangkan aku... emm zero.
"Eh, Freya kan," tegur sesemakhluk dari belakang. Aku terus menoleh.
"Senior Marc!" Aku terus bangun dan menunduk hormat. Sengihan dibibir aku tayang. Ethan yang berada di sebelahnya mengangguk padaku. Aku kembali menyapanya dengan sengihan.
"Sorang je ke?"
"Emm Putera Zean tak sampai lagi," jawabku.
"Emmm..." Marc menggaru sisi kepalanya. Dia mengambil tempat disisiku. "Kau... okay ke sorang ni?"
"Emm okay. Kenapa?"
"Apa kata hari ni kau join kami. Sebab aku rasa Zean tak datang hari ni."
"Tak datang?"
"Dia ada hal."
"Mana awak tahu?"
Senior Marc hanya tertawa.
"Senior Marc ni kawan baik Senior Zean. Mestilah Senior Marc tahu apa Senior Zean tengah buat," celah Ethan pula.
"Ouhhh, iyeke? Sorry."
"Sokay. So.... mind to join us?"
"Why not?"
............
"Okay. Benda pertama yang korang kena tahu adalah apa yang korang minat. Sebab setiap apa yang kita buat, pertama sekali adalah minat. Kalau korang minat, susah macam mana sekali pun korang akan tetap buat sebaik habis," Senior Marc memulakan perbicaraan sambil duduk di tebing pancuran air terjun. Aku dan Ethan sudah bersila di lantai sambil mendengar setiap kata-katanya.
"Macam aku, aku minat sihir yang berkaitan dengan air. Contoh macam ni...." tangannya terus digerakkan ke arah pancuran air terjun. Air terjun itu terhenti dan tiba-tiba air tersebut menjulang ke atas.
"Waaaaaaa....." aku menepuk-nepuk tangan teruja.
"Dan macam ni..." air tersebut membentuk satu bulatan dan apabila Senior Marc menurunkan tangannya, air tersebut kembali turun dan mengalir seperti biasa.
"Wahhh, hebatnya!"
"Ni cuma salah satu contoh sihir berkaitan dengan unsur air. Tapi ilmu sihir ni pelbagai dan boleh divariasikan. Contohnya kalau kau expert dalam unsur air dan api, kau boleh buat macam ni pulak," Senior Marc kembali menggerakkan tangannya. Air tersebut kembali menjadi bulatan terapung di udara. Tiba-tiba muncul api pada air itu.
"Arghh!!!" Aku yang terkejut terus menunduk dan menekup kepala dengan kedua tangan. Tiba-tiba terasa wajahku terkena air. Aku terus mengangkat wajah. Senior Ethan sedang menggerakkan jarinya ke wajahku sambil tersengih. Pancutan kecil air yang keluar dari tangannya masih keluar dan dipancut ke arah wajahku. Aku terus mengelak.
"Kau takut ke?" Soalnya sambil tersengih. Ethan sudah bantai ketawa. Aku mengesat muka yang sedikit basah. Sempat aku melihat ke arah udara, tiada lagi bulatan api bercampur air.
"Terkejutlah..."
"Hahahahaahahah!" Kecik besar kecik besar je aku tengok Senior Marc.
Emmm selamat hensem.
"Tapi sebenarnya bidang sihir ni luas. Sihir bukan setakat ada pada empat unsur iaitu unsur tanah, air, api dan udara. Yang ni lebih kepada penjaga unsur. Tapi sihir jugak boleh korang gunakan untuk membuat posyen. Sihir jugak boleh korang gunakan untuk menyembuhkan sakit dan luka. Dan yang paling hebat, sihir untuk berlawan atau memburu," hurai Senior Marc lagi. Aku yang teruja mendengarnya mengangguk-angguk beberapa kali.
"Jadi, sihir jenis apa yang kalian suka? Ethan? Freya?"
"Emmm aku minat buat posyen kot. Sebab pak cik saudara aku pun mahir buat posyen. Aku suka sangat tengok dia hasilkan macam-macam jenis posyen. Dia ada toko kedai di Wallachia," balas Ethan.
"Emmm, bagus. Lagipun tak ramai yang ceburkan diri dalam bidang ni. Kalau kau bersungguh-sungguh, banyak untung yang kau boleh dapat hasil dari buat posyen. Kau pulak, Freya?"
"Emmm... saya sebenarnya tak ada apa-apa pengetahuan pasal sihir. Ibu ayah pun petani je," balasku lalu mengemam bibir. Malu.
"Tak apa. Kau boleh mula pelan-pelan. Kalau kau still tak tahu jugak bidang apa kau nak masuk, kau try ikut bidang senior kau. Then belajar satu-satu dari mula. Kalau bidang kau dan bidang senior kau sama, senang kau nak timba ilmu dari dia," balas Senior Marc. Pandangannya beralih pada Ethan. "Tapi aku tak cakap semua junior kena sama bidang dengan senior, walaupun tak sama, kau masih boleh tambah nilai pada bidang kau tu sebab aku akan tunjuk ajar sikit-sikit. Bila dua bidang jadik satu ataupun ada variasi dalam bidang kau tu, itu akan jadi kelebihan pada kau."
Ethan tersengih dan menganggukkan kepala. "Terima kasih, Senior."
"Emm, Putera Marc lebih kepada bidang apa?" Soalku.
"Dia lebih kepada memburu. Dan dia pun kuat dalam unsur api. Tapi aku nak cakap awal-awal, sihir memburu bukan calang-calang. Dan bukan senang untuk kau belajar. Risikonya pun tinggi. Kau kena betul-betul berani dan hati kering untuk belajar sihir tu. Lagi satu, badan kau tak boleh lembik," balas Senior Ethan.
"Ouhhh, macam susah je?" Aku menggaru pipi dan berfikir seketika. Aku rasa semua ciri-ciri tu aku tak ada. Aku ni takdelah berani mana. Kalau pi dunia manusia then jadik hantu sakat diorang beranilah. Hati kering jauh sekali. Dah nama pun anak tunggal, memang aku manja dengan ayahlah. Lagi satu tu, tak boleh lembik? Emmm memang kirim salamlah awal-awal. Macam mana aku nak belajar sihir memburu?
"Kalau macam tu, kau belajar sihir api dulu. Kau jangan risau, kalau Zean tak ada, aku boleh tolong ajarkan," ujarnya lagi sambil tersenyum.
Aku menelan air liur. Tiba-tiba jantung aku berdegup kencang. Lagi-lagi bila tengok Senior Marc tersengih macam tu.
Eh, jantung. Jangan lari kuat sangat boleh tak?!
"Emm boleh-boleh. Terima kasih tau, Senior Marc," ucapku malu-malu.
"Sama-sama. Kalau tak silap aku, orientasi korang akan berlangsung selama dua minggu. Nanti kat kelas, kau akan diberi pendedahan dalam semua bidang-bidang sihir. Selepas dua minggu, korang akan dibahagikan kepada bidang-bidang yang akan korang ambil. Selama dua minggu nilah, korang kena fikir masak-masak apa bidang sihir yang korang akan belajar nanti, dan apa yang korang akan jadik lepas keluar dari sini. Satu benda korang kena tahu, korang tak boleh ubah bidang selepas tu. Kalau korang tukar jugak, korang kena start semula dari tahun pertama. Emm perit tau," hurai Senior Zean lagi. Aku mengangguk-angguk faham.
Okay, ni adalah langkah pertama untuk aku dan aku kena buktikan pada ibu dan ayah yang aku pun boleh banggakan mereka.
YOU ARE READING
FREYA-THE LEGEND OF BLACKMOTH
FantasyAku Freya. Menjadi pelajar di University BlackMoth bukanlah suatu hal yang aku impikan. Walaupun aku golongan mage, tapi aku bukanlah jenis yang sukakan sihir. Tapi bila ibu dah sampai tahap menghalau aku dari rumah dan paksa aku masuk universiti,be...