"Nombor 53."
"Dia sebut nombor 53, ke?"
"Nombor 53."
"Betullah tu. Pergilah naik."
"Nombor 53!" Kedengaran pengacara menguatkan suaranya.
"Sa... Saya!" Jerit Gladyst sambil mengangkat tangan. Gladyst terus berlari naik ke pentas. Aku tertawa kecil melihat dia tergopoh-gapah.
Selepas Allen dan Gladyst meninggalkan pentas dan turun ke bawah, Putera Zean pula mengambil tempat. Terdengar sorakan dari seluruh makhluk. Lebih-lebih lagi dari pelajar semester pertama.
"Wahhh, nampaknya semua tak sabar," kata pengacara itu.
"Ya!" Jerit mereka kuat. Aku sempat menggosok telingaku kerana berdesing akibat jeritan mereka yang kuat.
"Okay, jom kita tengok nombor siapa yang bertuah hari ini. Nombor 89!"
Aku memandang-mandang ke arah mereka sambil menggosok telinga, merasa pelik apabila tiada sorakan yang keluar dari mulut mereka selepas pengacara mengumumkan nombor tersebut. Aku toleh ke pentas, tiada siapa yang berlari ke atas pentas.
"Nombor 89! Sila naik ke atas pentas!"
Aku melihat-lihat mereka lagi. Masing-masing berwajah muram, tak kurang yang mengeluh. Aku terus menjeling ke nombor yang tertulis pada kadku. Mataku membulat.
"Nampaknya ada yang malu nak jadik mentee kepada putera kita. Baiklah, saya panggil sekali lagi. Nom.."
"Sa...sa... saya! Saya!" Jeritku lalu berdiri ke atas pentas.
"Hai! Saya Freya. Sila beri tunjuk ajar!" Ucapku lalu membongkokkan badan. Setelah itu aku menghulur tangan Putera Zean. Senyuman aku lebarkan lagi. Dia melihat tanganku sekilas lalu berpusing tubuh menghadap ke hadapan. Tangannya masih statik di dalam kocek seluar.
"Errr... baiklah. Mentor dan mentee, sila ambil tempat kalian," ucap pengacara yang turut merasakan kecanggungan kami.
Putera Zean terus turun dari pentas dengan tangan yang masih di dalam kocek. Aku terkebil-kebil saat ditinggalkan keseorangan di situ. Terus aku mengerling ke arah pengacara dengan mata terkebil-kebil.
"Errr... pergilah ikut mentor kau tu," ucapnya. Aku terus berlari menuruni tangga dan mengikutnya yang sudah meninggalkan aku jauh.
Putera Zean sudah duduk di salah satu kerusi. Sebuah alat berbentuk empat segi bersaiz tapak tangan dikeluarkan dari kocek dan tangannya terus memicit sesuatu di bahagian tepi alat itu. Terus alat itu bernyala cahaya putih. Satu tali berwarna putih diletakkan pada kedua telinganya dan tangannya disentuh-sentuh pada skrin di alat itu. Setelah itu, alat tersebut kembali dimasukkan ke dalam kocek dan tangannya terus diam di dalam kocek. Dia melorotkan tubuhnya lalu matanya terus terpejam.
Aku yang tak faham dengan apa yang dilakukannya rasa ragu-ragu untuk duduk di sebelahnya atau pergi. Tapi apabila senior lain turut mempersilakan aku duduk, aku pun mengambil tempat di sebelah Putera Zean.
"Err... hai. Saya Freya," ucapku lagi pada Putera Zean. Tapi dia masih memejamkan mata.
"Hai. Saya Freya!" Aku cuba menguatkan suara. Mungkin dia ada masalah pendengaran. Sebab tu aku kuatkan suara aku.
"Dia tengah dengar musik tu. Dia tak dengar pun suara kau," ucap senior tadi yang sudah duduk di sebelahku. Di sebelahnya adalah junior yang sudah dipanggil sekejap tadi.
"Musik?"
"Tu, dia pakai earphone."
"Ha? Ear... ear apa?"
YOU ARE READING
FREYA-THE LEGEND OF BLACKMOTH
FantasyAku Freya. Menjadi pelajar di University BlackMoth bukanlah suatu hal yang aku impikan. Walaupun aku golongan mage, tapi aku bukanlah jenis yang sukakan sihir. Tapi bila ibu dah sampai tahap menghalau aku dari rumah dan paksa aku masuk universiti,be...