Yerin hanya melihat-lihat tempat duduk sekelilingnya.Ia berasa bosan, bosan kerana tiada yang menarik sedang berlaku di situ.
Yerin berniat untuk menyapa lelaki yang berada di sebelahnya itu tetapi gagal ketika teman semejanya yang digelar Taehyung itu bangun dari tempat duduknya.
Yerin hanya melihat gerak geri Taehyung yang sedang merangkul seorang lelaki.
Yerin tahu lelaki yang dirangkulnya itu bukanlah sahabatnya tetapi lelaki itu adalah mangsa PEMBULIAN.Melihat dari wajah lelaki itu, Yerin pasti apa yang dilihatnya sekarang adalah kes pembulian.
Yerin tersenyum sinis ketika melihat Taehyung memukul lelaki tersebut.Andaiannya benar.
Yerin bangun dari tempat duduknya, berniat ingin menolong lelaki tersebut tetapi ia membatalkan niatnya ketika teringat tujuan mereka berada di sekolah yang baginya jijik ini.
Yerin melihat-lihat lagi di sekelilingnya, tatapannya tertuju di tempat duduk Umji.
Yerin penasaran hubungan Umji dan lelaki yang berada di sebelahnya itu.
Melihat Umji yang sedang memegang tangan lelaki itu membuatkan Yerin semakin penasaran.
Apa hubungan Umji dengan lelaki itu sehingga Umji memegang tangan lelaki itu erat?? Bukankah umji itu adalah tipe gadis yang tidak banyak bicara, tidak berminat dengan lelaki lain??
Atau jangan-jangan Umji sudah jatuh hati dengan lelaki yang kulitnya seperti hantu itu?? Ahh tidak mungkin, Umji itu sudah berpunya, jika pacar umji tahu yang Umji sedang memegang tangan lelaki lain, berkemungkinan tangan lelaki itu sudah patah.
Yerin melihat ke hadapan, melihat papan tulis yang masih bersih seperti langsung tidak pernah disentuh.Apa guru disini cuma dibayar untuk bercakap tanpa menulis di papan putih??
Yerin bosan,ia ingin mengajak seseorang bercerita tetapi dengan siapa??
Ingin mengajak Sinb bercerita, Sinb sudah hilang bersama dengan teman semejanya.Ingin mengajak orang lain bercerita, dia tidak kenal seorang pun di sini.Ingin mengajak Umji bercerita, Umji terlampau jauh dari mejanya.
Yerin melihat-lihat di sekeliling, matanya bersinar ketika melihat seseorang yang ia kenal.
'SOWON UNNIE!!'hati yerin menjerit.
Yerin berdiri namun duduk kembali ketika melihat Sowon sedang bercerita dengan dua orang gadis,gadis yang berbicara sinis dengan mereka ketika mereka masuk.
Kenapa gadis sebaik Sowon itu berkawan dengan dua orang gadis yang mulut tidak tahu dijaga.
Yerin sedih, Dia rindu sekolah lamanya, rindu teman-temannya, rindu guru-guru yang mengajanya dan yang paling penting, dia rindu teman lelakinya.
Yerin menundukkan wajahnya ingin melelapkan matanya berharap bahawa ia akan berjumpa dengan pacarnya di mimpinya namun harapannya hancur ketika suara seorang lelaki mengganggunya.
"HOI BIASISWA STUDENT!!"jerit seorang lelaki yang secara serta merta membuatkan Yerin membuka matanya.
Yerin mendongak ingin melihat lelaki yang mengganggu tidurnya.Yerin melihat wajah Taehyung yang juga sedang merenungnya
"Handsome"bisik hati Yerin ketika melihat wajah Taehyung lebih dekat tetapi jika dibandingkan dengan pacarnya, Yerin merasakan pacarnya lagi handsome.
Yerin dan Taehyung bertatapan lama.Yerin kurang berasa selesa dengan tatapan Taehyung
Tatapan yang diberikan Taehyung bukanlah tatapan yang menghangatkan tetapi tatapan yang sinis.
"Yerin"kata Yerin memperkenalkan dirinya ketika melihat Taehyung seperti tidak berencana untuk berkata apa-apa.

YOU ARE READING
[OG] BAD,GOOD GIRL¿?
FanfictionApa aku bisa menyakitkan orang yang kusayang? ~Umji Aku tidak sanggup teruskan semua ini~Yerin Misi ini akan ku siapkan tanpa menyakiti orang yang kusayang~Sinb