Bab 18

378 34 3
                                    

Sinb melihat Umji dan Yerin sekilas sebelum melangkah keluar dari kelas.Dia bukanlah seperti Umji dan Yerin yang sangat minat dalam bidang pelajaran,dia lebih selesa berada di tingkat nombor 3, zon yang nyaman buatnya.

Umji, si gadis di posisi yang pertama dalam pelajaran diikuti dengan Yerin, si gadis di posisi yang kedua dan Sinb, si gadis di posisi yang ketiga

Walaupun posisi mereka dalam pelajaran berdekatan, tiada perasaan benci pun yang berada di dalam hati mereka.Mereka bertanding secara sihat.

Sekarang niat Sinb hanya satu iaitu.....PONTENG

Sinb tidak perlu risau ketinggalan pelajaran di kelas, dia hanya perlu meniru nota Umji atau Yerin sahaja. Bagi Sinb,itulah kelebihan mempunyai kakak dan adik yang pandai.

"Hoi budak baru.Kau nak kemana??"suara seorang lelaki mengejutkan Sinb.Sinb menoleh ke belakang.

Terlihatlah seorang lelaki yang berpakaian uniform sekolah.

"Siapa pula lelaki ne?"Sinb memandang lelaki itu dari atas sehingga ke bawah.Otaknya ligat mengingati wajah teman sekelasnya yang ia lihat sebentar tadi tetapi gagal.
Lelaki ini tidak muncul dalam fikirannya.

"Eeee peduli apa...bikin sakit otak aku jer"sinb meneruskan langkahnya.Tujuannya hanya satu iaitu MENARA PARIS...tipu jelah, dia nak pergi rooftop sebenarnya.

Sinb melangkah dan berhenti ketika perasan seseorang sedang mengikutinya.Ia menoleh ke belakang.

Sepi...di kawasan itu, tiada seorang pun yang Sinb lihat.

Sinb mempercepatkan langkahnya dan perasan orang yang sedang mengikutinya juga mempercepatkan langkahnya

Sinb tersenyum sinis.Nampaknya orang itu memang mengikutinya.

Sinb sudah sering melalui situasi tersebut.Menjadi gadis yang sentiasa berada di posisi pertama dalam bertarung amat berbahaya.Dia sering diancam dan disakiti, tetapi ia tidak kisah dan tidak takut kerana Umji dan Yerin sering menemaninya.

Sinb, si gadis di posisi pertama dalam bertarung, diikuti dengan Umji, si gadis di posisi kedua dan Yerin, si gadis di posisi ketiga.

Sinb membelok dan bersembunyi di sebalik dinding-dinding tersebut, ingin melihat orang yang mengikutinya.

Setelah beberapa minit, Sinb melihat seorang lelaki yang berjalan secara senyap-senyap dan melihat-lihat di sekeliling seperti mencari seseorang.Sinb tersenyum sinis, ia pasti lelaki itu adalah orang yang telah mengikutinya.

Dengan kecepatan yang luar biasa, Sinb menghempas lelaki itu di dinding.Hempasan Sinb membuatkan lelaki tersebut menjerit kesakitan.

Dengan pantas Sinb menutup mulut lelaki tersebut agar jeritannya tidak didengari.

"Kalah perempuan"bisik hati Sinb

Ketika melihat lelaki tersebut sudah mulai tenang,Sinb melepaskan tangannya dari bibir lelaki tersebut tetapi ia masih menarik kolar lelaki tersebut agar lelaki tersebut tidak terlepas darinya.

Sinb hairan ketika melihat wajah lelaki tersebut yang memerah.

"Apa yang lelaki ini sedang fikirkan??"soal Sinb dalam hatinya.

Lelaki tersebut yang perasan Sinb melihatnya berdehem.

"Muka...muka awak terlalu dekat"kata lelaki tersebut sambil tergagap-gagap.

Benar...Muka sinb dan lelaki tersebut amat dekat...Mereka bahkan bisa merasakan hembusan nafas mereka masing-masing.

Sinb melihat muka lelaki tersebut yang kembali memerah.Sinb tersenyum jahat ketika sebuah idea masuk di dalam otaknya.

[OG] BAD,GOOD GIRL¿?Where stories live. Discover now