PROLOG

0 1 0
                                    

Hai! My name is Anis Nur Haliza. I am 17 years old. I lived in Gombak, Kuala Lumpur. I also lived in a small room which citizens here call it 'rumah flat'. It's have been a long time since I was 13 years old. But... Believe it or not, I hate living in here!

"Anis! Sini tolong mak, angkat semua sayur-sayur ni!"

Nilah yang aku benci. "Ye, mak." terpaksa okey. Aku menutup telefon dan keluar dari bilik. Percaya atau tak, bilik ni dua minggu sekali je aku kemas atau mungkin tak langsung.

Malas punya pasal kan.

"Oh, lupa pulak dah!" aku kembali ke bilik. Niqab hitam kesayanganku aku ambil dah pakai.

Mak memandangku sekilas. Dia dah tahu sebab apa niqab itu dipasang pada hidung dan mulut.

Menutup identiti sebenar.

Iyelah... Orang di sekolah mengenalinya sebagai seorang yang ceria dan berani. Kadang-kadang dia juga suka menunjuk-nunjuk di atas kepandaiannya. Namun... Dengan status duduk di rumah flat mampu menggoyahkan segalanya.

Daripada seribu peminat nanti tinggal satu. Tak ke haru!

Sebab itu dia memakai niqab. Tak mahu orang kenal dia sebagai anak penjual sayur sedangkan di sekolah dialah ranking nombor 2 pelajar paling popular di sekolah. Malu I! Jatuh saham tau!

"Kenapa banyak sangat ni?" rengekku. Dua bekas sayur kangkung dan kailan. Dahlah naik motor je bawak gi pasar.

"Customer makin ramai lah datang kedai tu. Untung dekat Cik Puan. Untung dekat mak juga! Jangan merungut boleh?"

Aku merungut je nak bebel. Huh! Cik Puan, dialah the big bossnya. Dia ada banyak cawangan jual sayur di mana-mana pasar. Termasuk di luar KL. Mak adalah salah seorang pekerjanya. Ada kebun besar sendiri woi! Mau tak kaya! Kata orang, sikit je lagi tu nak dapat gelaran Datin sebab suaminya selalu mengambil bahagian dalam bidang politik.

Entah apa kerja bidang politik tu, aku tak tahu. Tapi yang aku tahu dan pasti, Cik Puan tu kaya orangnya. Tapi... malangnya, dia takde anak lelaki. Sayang betul... Semua perempuan. 3 orang lagi!

Semua muka sopan-sopan je. Menyampah sis!

"Apasal la Cik Puan tu tak hantar dekat Abang Budin dengan Abang Samad terus? Nak jugak hantar ke sini?"

"Dia takde masa nak cek semua sayur-sayur ni elok ke tidak. Jadinya, mak la kena buat. Alah... Kak Norin tu pun sama je kena cek."

Kak Norin, rakan sekerja yang menolong mak menjual sayur juga. Mak, tukang tulis rekod duit yang masuk. Kak Norin tolong jual. Aku... Heh! Tukang kemas-kemas sekeliling tempat jual tu. Malang kan?

Nak tau berapa upah aku dapat setiap minggu? Tak sampai RM10! Kaya tapi kedekut Cik Puan tu.

Mak menunggang motor membawa kami ke pasar sambil aku membawa dua bekas besar gadabak sayur hijau bersih. Huiihh... Berhabuk la jalan raya ni! Sesak-sesak nak buat apa, baik jalan kaki je gi kerja kan?

Aik, cakap orang. Tengok diri sendiri tu dulu, Nis! Dia pun pemalas huh!

"Okey dah sampai." ucap mak.

Sambil aku membawa... "Oh, shoot!"

"Apasal dengan kau ni, Nis?" terjah mak.

Mana aku tak terkejut, Lisa merangkap kawan baik aku dengan mama dia ada.

Dekat.

Pasar! OMG!!

Tapi aku cuba tenangkan fikiran aku, ingat... Niqab kan ada. Sambil-sambil tu aku menyorokkan diri dari mak. Huhuhu...

Anis & DimensiWhere stories live. Discover now