Hari² si B tidur tempat sa dan keluarga sa kasi benar juga dgn alasan itu arahan si Odu. Sepanjang 7 hari tu sa nda sudah mengalami gangguan sbb tu Rogon dlm diri sa masih tidur. Cuma itulah setiap malam sa nda dpt tidur lena sbb setiap kali sa tidur sa akn mimpi macam² pasal si A. Masa tu sa suda tau si A punca semuanya ni.
Tapi sa sma si B nda tau apa perjanjian antara si A dengan tu Rogon. Hanya si Odu yg tau blg si B tp perjanjian tu pantang disebut sbb tu Rogon dlm dri sa akan bangun nanti.
Dalam masa seminggu tu sa dan si B tidak berhubung sama si Odu. Kami berabis cari si Odu di mana² tp kami nda jumpa. Kami pigi tanya semua org yang dia kenal tp langsung tiada siapa yg tau di mana keberadaan dia. Sampai kami mau buat laporan polis tentang kehilangan misteri si Odu tp si B larang sa sebab si Odu kunun pernah pesan walau apapun yang terjadi sama dia, jangan buat apa².
"Ok.. Kalau dalam masa terdekat ni si Odu masi tiada, kita terpaksa buat laporan polis. Sa risau pasal si Odu." Sa bilang sama si B.
"Ko tenang saja Gaman.. Sa rasa si Odu tu okay. Lagipun si Odu bukan calang² orang dia."
Masa ni sa rasa okay sudah dan semua org percaya suda walaupun sa dgn si B sebenarnya risau yg tu rogon dalam diri sa tu bila² masa akan bangun dan menuntut balik janji diorang.
Suatu hari tu betul² terjadi. Masa tu si B balik kg dia sebab mama dia sakit. Sebabkan lama nda makan daging, suatu hari keluarga sa bawa kami pigi restoran steambot. Kamu taulah kan restoran stembot ni byk yg mentah² dan fresh. Masa tu ngam² ada daging mentah yg sudah kna potong².
Nda tau mcm mna, sa boleh rasa tu rogon dalam diri sa terbangun dan kelaparan. Sa sedar tp da nda boleh bercakap. Sampai sa makan banyak² dan sa minta tapau secara sembunyi² dari pengetahuan keluarga sa.
Sampai di rumah tu sa makan berabis tu daging tanpa kana masak. Tiada yg tau. Masa sa under control tu sa sempat bagitau si B melalui sms yg sa cakap tu rogon sudah terbangun dan sa rasa kuasa diorang lagi kuat dari sebelumnya.
Betullah malam tu sa keluar jalan kaki pigi kuburan si A. Sampai sana sa terus kembali menari² macam memuja sesuatu. Sa sedar tp sa nda boleh buat apa².
"Kami akan menuntut janji. Gamaan adalah milik kami. Dia akan bersatu dengan kami atau nyawa dia menjadi taruhan kami!" Bilang tu rogon sambil menari-nari pakai badan sa yg kena control suda tu.
"Hoi buat apa ko malam² sini! Balik.." Bilang tu angkol penjaga kuburan. Sa berdepan sama dia dan tu rogon tersenyum sinis.
"Jangan ganggu atau nyawa ko melayang!" Bilang sa cakap tiba². Tu angkol macam perasaan yg diri sa bukan sa sudah. Sa mau bagitau tu angkol supaya lari tp sa nda boleh bercakap.
"Nda bagus malam² datang sini. Banyak tempat lain ko boleh pigi. Tapi bukan sini." Bilang lagi tu angkol.
"Aku cakap jangan sibuk!" Sa terus tendang perut si Angkol penjaga kubur. Dia terbaring di atas tanah dan sa ketawa berabis.
"Jangan kasi apa² dia." Sa bilang sama tu Rogon terus dia ketawa. Badan sa bergerak atas badan si Angkol dan sa mula cekik leher si Angkol.
"Bersatu dgn kami atau kami bunuh dia!" Bilang tu rogon. KIRANYA mcm sa bercakap sma diri sa sendiri saja. Tangan sa makin kuat mencekik si Angkol.
"Jangan apa² kan dia! Jangan!" Sa teriak. Masa tu merah suda muka tu angkol.
"Bersatu atau dia mati!" Sekali lagi tu Rogon cakap benda yg sama.
"Ya.. Asalkan ko lepaskan dia dulu." Sa bilang. Terus autimatik tangan sa terlepas dari leher si angkol penjaga kubur.
"Kau sudah janji dan apa yg kau janji tidak boleh ditarik balik!" Bilang tu Rogon. Tiba² badan sa menggeletar dan sa rasa badan sa jatuh atas tanah.

ANDA SEDANG MEMBACA
R.O.G.O.N
HorrorROGON Rogon adalah sejenis syaitan atau iblis di dalam bahasa Kadazan Dusun. Di dalam kisah ini, Kematian tunangnya iaitu si A, membongkar segala perbuatannya selama dia masih hidup. Perbuatan syirik itu akhirnya mengganggu kembali kehidupan tunang...