DBPK 1

88 3 0
                                    


"Alhamdulillah , tahniah Maira! Nenda bangga ada cucu macam kamu dan abang Ash... Dua-dua pandai "

Kedengaran nenda mengucapkan syukur buat kesekian kalinya. Maira membalas dengan senyuman manis. Lekuk dalam mula timbul menghiasi wajah putihnya.

'Alhamdulillah ya Allah..Terima kasih atas rezeki yang Kau berikan ini. '  Getus Maira sambil mengelap pipinya yang dibasahi air mata dek kerana kegembiraan yang diperolehinya hari ini.

Minggu depan, Maira bakal mengikuti jejak langkah abang kembarnya, Ash ke sekolah impian mereka yakni di Kuala Lumpur.

" Hurm..dulu Ash ,sekarang Maira pulak nak pergi jauh-jauh ni..Sapelah nak teman nenda lepas ni? " keluh nenda sambil tersenyum hambar. Yelah, dulu  cucu pertamanya pergi meninggalkan dia dan tuptap sekarang ni cucu perempuan dia pula.

Menipulah kalau rasa sedih tidak bertapa dihati, lagi-lagi di hati seorang nenek.

"Alaaa nenda, Mai bukan pergi bertahun-tahun pon..Nanti cuti sekolah Mai datangla jenguk nenda.." kata Maira lebih kepada memujuk nendanya.

"Tapi siapa nak teman nenda lepasni?" Tanya nenda dengan muka sedih yang dibuat-buat.

"Siapa lagi kalau bukan si dia tu"

"Siapa ? "

" Si Belang lah ! "

Seusai itu, Maira mula berlari keluar dari bilik nendanya. Kedengaran nenda ketawa membuatkan dirinya juga ketawa.

'Sorry nenda! Si Belang lah yang akan jaga dan teman nenda lepasni ! '  Getus hati Maira bersama senyuman.

                          ***

"Ya ummi, Mai dapat tawaran tuu.. tapi kan ummi, boleh tak jangan bagitahu abang Ash dulu pasal ni? "

"Pandainya anak ummi sorang ni.. yela nanti pandai-pandai la  ummi sorokkan dari dia "

Jawapan dari ummi mampu membuatkan Maira lega. Bukan apa, dia cuma ingin membuat kejutan kepada kembarnya itu. Selepas setahun berpisah,kini mereka akan bertemu balik.

"Terima kasih ummi..sampaikan salam pada abi ya.. Jumpa kat sana nanti.. Assalamualaikum "

'Agak-agaknya bagaimana keadaan Abang Ash eh ? Still nerd macam aku lagi ke sekarang ni? '
Getus Maira perlahan.

Tak sabarnya!

✓✓✓

#DBPK

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dia Bukan PilihanKuWhere stories live. Discover now