Hari ini genap setahun Ash pergi melanjutkan pelajarannya di Bandar Besar Kuala Lumpur.
Selama setahun ini jugalah aku tinggal bersama nendaku di sebuah kampung kecil di Kelantan ini.Esok merupakan hari yang ditunggu-tungguku dan ahli keluargaku. Hari dimana keputusan akademikku diumumkan. Hidupku selepas ini bergantung pada sehelai kertas itu sama ada aku diterima atau ditolak untuk menjadi salah seorang daripada pelajar pilihan dari negeri Kelantan ini dan seterusnya dapat ke luar negeri untuk mendapatkan ilmu yang lebih moden.
Memang padan gelaran yang ku terima disekolahku ini. Siapa ja tak kenal minah muslimah nerd? Itulah gelaran yang selalu pelajar -pelajar lontarkan padaku. Segala cacian dan kutukkan yang dilontarkan, tidakku ambil kisah dan peduli asalkan mereka tidak melibatkan keluargaku.
Keluargaku pula tinggal bersama dengan abang kembarku, Ashraaf, di Kuala Lumpur.
Ya, kami kembar berlainan jantina. Pada mulanya Ash pernah bersekolah bersamaku disini, cumanya awal tahun lepas, dia diberi satu peluang yang berharga dimana Ash dapat berpindah sekolah ke sekolah impian kami di Kuala Lumpur itu dan telah meninggalkanku berduaan dengan nenda disini.Apalah nasibku esok?
✓✓✓
#DBPK
YOU ARE READING
Dia Bukan PilihanKu
RomansaApabila bad boy bertemu muslimah girl *** "Hei, kau Ingatt kau bgus sngat ke?" "Kita sama-sama hamba Allah,wajib ke atas kita menegur satu sama lain" "Kau dengan ayat-ayat kau ni boleh pergi mampus!" ALLAHU. Bagaimana pengakhirannya?