24💕

16 3 0
                                    

Ryuta termenung sebentar sambil menghirup lattenya. Dia buang pandangannya kelangit. Jelas kelihatan. Langit yang gelap dihiasi dengan bintang-bintang yang bergemelapan. Sedikit sebanyak mampu membuat ryuta tersenyum sendirian.

Alangkah bagusnya kalau dia dapat berada dirumahnya. Di tokyo. Dengan suasana yang tenang, permandangan malam yang indah sambil mengirup latte seperti sekarang.

Haihhh aku homesick nampaknya... kata ryuta perlahan dengan mata terpijam. Dia terkenang kembali kenangan dizaman dia masih high school.

Hidup yang penuh keriangan, tiada masalah, hanya perlu memikirkan soal belajar. Sahabat yang selalu ada untuk meluahkan masalah. Kini, dia perlu berjauhan dari sahabatnya. Jarang berjumpa. Hidup kini penuh bebanan.

Susah betul nak hidup rupanya. Kata ryuta lagi dan segera menghabisi lattenya. Dia berjalan perlahan mendekati meja kerjanya. Dia duduk diatas kerusi. Memerhati setiap nota dan buku yang bakal dia bawa ke university.

Dia mesti terkejut kalau tahu aku lecturer baru dia. Kata ryuta sambil tersenyum jahat. Dia sudah memikirkan cara untuk menyakat syu di university nanti.

Habis la kau syu... aku nak bagi assignment banyak-banyak kat kau. Kata ryuta sambilketawa jahat.

Ting!(tanda ada mesej masuk)

Syuuuu..
Weiii nak minta tolong boleh?

Aku:
Tolong apa?

Syuuu..
Ambik aku boleh esok kat stesen keretapi?aku sampai malam.. so... aku takut sikit 🙏

Aku:
Cehhh time susah baru nak minta tolong💁

Syuuuu...
kalau tak nak tolong tak pe. Nak buat macam mana la kan orang tu tak nak tolong. 😌

Aku:
Ishh budak ni... okay esok aku ambik. Dah sampai mesej aku faham tak?

Syuuuu...
Yeayyyy... okayy boss 😜

Aku:
Gedik la kau ni. Dah la... 😒

Ryuta segera menutup telefon pintarnya dan terus berbaring diatas katilnya. Di saat dia mahu melelapkan matanya. Mesti ada saja benda dia terfikir.

Dia berpusing sebelah kanan dan cuba memejam mata tapi gagal. Ryuta mencuba lagi berpusing kesebelah kiri tetap saja tak boleh tidur. Aduhhhh nasib baik esok cuti. Tak ada la aku mengantuk esok.

Tiba-tiba ryuta terpikir. Betul ke yang pakcik tanaka cakap tadi. Kalau betul macam mana. Mesti budak tu gelakkan aku nanti. Mesti ayat dia nanti "kau suka aku. Aku dah cakap aku ni memang menarik orangnya. Tengok kau yang hati keras muka macam tak ada perasaan pun suka kat aku"kata ryuta sambil membuat mimik muka dan terbayang wajah syu mengetawakannya.

Serammm.... gila la kalau aku suka dia. Macam mana kalau aku cakap macam tu dia pukul aku?kata ryuta sambil membayangi tumbukan syu tempoh hari. Dimana dia melepaskan tumbukkannya kepada patung di arcade tempoh hari.

Errrr ngeri gila. Menyesal aku bawa dia pergi situ lepaskan stress. Kata ryuta sambil ketawa.

Haihhh syuu ni lawak la. Kata ryuta dengan mata yang sudah lali. Dan terus tertidur.

SAYA SUKA AWAK!(SSA)☆√ Where stories live. Discover now