Sebenarnya sis tak ada idea nk tulis... kalau ada pun sat ja dlm otak lepas tu hilang... sedih bakhang.... btw sementara still ingat baik tulis... lupa nak cakap kalau ada nama atau tempat tak sama dengan chapter sebelum ni harap diabaikan... aku pelupa orangnya... kadang2 boleh lupa apa yang aku nak tulis atau apa yang aku tulis dulu
Btw enjoy....
💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Syu termenung mengenangkan peristiwa tadi.... ni first time ryu nampak baik. Tak macam selalu. Selalunya dia akan marah cakap aku cuai la padan muka la . Tapi kenapa hari ni dia baik semacam . Ni mesti ada benda dia nak bodek ni. Bukan boleh percaya ryu tu.
Aku mengusap dada aku dengan lembut.. jangan la aku ni terperdaya dengan manusia bertopengkan syaiton . Sambil menggeleng kepala.Dari jauh ryu hanya memandang syu dengan kebingungan. Entah apa yang difikirkan gadis itu. Tangan dia sakit lagi ke... eleh luka sikiy je. tak kan tu pun nak sedih2.
Ryu berjalan menghampiri syu . Tubuh ryu yang sudah berdiri dihadapan kaunter menghadap syu langsung tak mematikan lamunan syu. Ryu mengetuk kaunter dengan perlahan sebagai tanda memanggil syu.
Oit.. kau dah kenapa . Sakit sangat ke tangan tu sampai menggelamun jauh. Kata ryu. Syu hanya menjeling kearah ryu. Tak!tak sakit.balas ringkas syu.
Oohhh ye ke ingat nak mati dah tadi. Siap pegang dada. Ingat sakit jantung. Kot-kot la sesak nafas.balas ryu. Saja mahu mengusik syu.
Sekali lagi syu menjeling kearah ryu dengan pandangan tajam. Hmmm kau ni tak habis-habis nak cari pasal. Puas dah ke hidup. Aku ni tak sakit jantung tapi aku tenangkan diri. Ye la kan orang tu tiba-tiba je baik. Mimpi pa tah malam tadi. Balas syu.sambil mata dipusingkan(tiber😂😂😂)Ye la kan orang yang tiba-tiba baik tu tah apa la dia mimpi sampai nak tolong budak tak mature macam kau. Tapi tu la kesian dia tu dah la buat baik kena kata. Lepas tu budak tk mature tu tak reti nak ucap thanks. Kata ryu dengan nada menyindir. Sambil memandang muka syu yang semakin memerah akibat malu.
Okay!okay! Aku mintak maaf sebab tak hargai pertolongan budak acah tua macam kau. And thanks sebab tolong budak tak mature ni. Kata syu dan berlalu pergi dari kaunter.
Ryu hanya memandang syu dengan senyuman sinis. Tak la budak aku maafkan orang macam kau. Kau kan tak mature lagi!jerit kecil ryu.ryu ketawa melihat perangai syu tak ubah macam nobita dalam doraemon. Kesian selalu dapat nasib malang . Dah la pagi tadi nak terjauh dalam lopak pastu tangan luka pulak. Hmmm kesian.
🎉🎉🎉🎉
Jam ditangan syu sudah menunjukkan pukul12 tengahari. Yes!rehat. Kata syu dalam hati. Syu cepat2 menanggalkan apron dan terus menuju ke ruang rehat yang disediakan boss tanaka yang khas buat pekerja kedainya. Sebaik saja syu melabuhkan punggung diatas sofa yang lembut. Syu disapa oleh naomi yang berambut tocang dua. Naomi merupakan pekerja part-time dicafe itu. Boleh dikatakan dia la kawan gosip syu dikedai tu.
Syu... buat apa tu.. jom makan jom.kata naomi selepas melabuhkan punggung disebelah syu. Hmmm makan.. naomi makan la dulu.. syu nak rehat jap.kata syu yang sudah menyandarkan kepalanya kesofa dan memejamkan matanya untuk seketika.
Okay! Tapi kan syu nak dengar gossip hot tak?kata naomi sambil membuka bungkusan bekal makanannya. Gossip apa?tanya syu dengan mata masih dipejam. Tau tak ryu tu dulu banyak skandal.kata naomi. Skandal?skandal apa?soal syu. Skandal pasal dia tu kaki perempuan. Dengar cerita la kan semua perempuan yang pernah couple dia atau ada hubungan dia semuanya anak-anak orang kaya.kata naomi sambil makanan dimasukkan kedalam mulutnya.
YOU ARE READING
SAYA SUKA AWAK!(SSA)☆√
RomansAtau nama lain bagi book ni ialah.... tersesat dihati awak Berlatarkan negara jepun Cinta dari zaman sekolah sering kali dipanggil cinta monyet dan tak akan berkekalan. Tapi tidak bagi syu. Dia sentiasa mendoakan hubungannya bersama imran kekal sel...