Amaie mei

142 11 0
                                    

Cerpen

Writer : fuukye

"Amaie mei!"

Langkahku terhenti saat namaku dipanggil lalu aku menoleh ke arah dari mana suara itu datang.Seorang jejaka bermata sepet seperti Jungkok, penyanyi kumpulan BTS, tinggi lampai dengan ketinggian yang kurasa mungkin mencapai 5'9". Rambutnya yang dipotong spikey style ala-ala rambut Zyan Malik menambahkan ketampanannya. Pfttt!! Gila ke apa aku ni?! Ishhhh, bisikku dalam hati.

Aku meramas kedua belah pipi yang terasa hangat sementara kepalaku tertunduk malu. Tidak berani mataku merenung kelibat jejaka itu yang kini sedang berjalan di tepi koridor menuju ke arahku. Aku berusaha menahan perasaan gemuruh tatkala dia sudah begitu hampir pada kedudukanku.

"Oh, hi Young Jun..", aku menyapa dengan nada perlahan, entah didengar atau tidak oleh jejaka itu.

Young Jun yang sudah berada di depan mata menghampiri aku dengan lebih dekat dan bibirnya mengorak senyuman manis sementara jari jemarinya membetulkan gaya rambutnya.

"Kau mau apa?", tanyaku mengigit bibir bawah. Aku menelan air liur sambil memegang erat beg sandang yang berat di bahuku.

"Amaie", dia tersenyum menyebut namaku. Hormon adrenalin yang mengalir pantas di dalam urat saraf membuatkan degupan jantungku semakin pantas.

"Apa dia?!", kataku dengan geram.

"Oppsss, marah ya?", terbeliak sedikit matanya kerana terperanjat dengan nada suarku yang agak tinggi.

"Yaaaalaaa.. balik balik kau sebut Amaie Amaie lepas tu senyum-senyum lagi. Kau mau apa sebenarnya?", bentakku bertambah geram sambil menjeling padanya namun Tuhan sahaja yang tahu betapa menggeletarnya kedua-dua belah kakiku.

Ya. Aku gementar kerana aku ada crush dengan lelaki ini.

"Uhmm.. maaf kalau itu membuatkan kau tidak selesa. Sebenarnya.. aku... uhmm... nak ajak kau ke suatu majlis keramaian minggu depan. Itupun kalau kau sudi", katanya sambil tersenyum lagi. Aku mendongak merenung wajahnya.

"Keramaian apa? Aku tak biasalah pergi keramaian atau pesta-pesta ni lagipun, bukankah kau sudah berpunya? Kenapa tak ajak saja girlfriend kau pergi? Kenapa ajak aku pula?", soalku tidak berpuas hati. Dasar playboy! Kau ingat kau handsome, kau boleh pikat semua gadis di college ni? Bisik hati kecilku lagi.

"Berpunya? What do you mean by that, Amaie? Seingat aku, aku ni single lagi", katanya sambil mencebik bibir.

"Ya lah tu single. Jadi gadis yang selalu berkepit dengan kau tu siapa? Aunty kau ke? Yang rambut dia perang perang macam besi karat tu bukan girlfriend kau ke?", tanyaku lagi dengan nada cemburu.

"Hahahahaah!", tiba-tiba Young Jun ketawa terbahak-bahak sambil menutup mukanya dengan tapak tangan.

"Apa kau merepek ni Mei?", sambil memegang perut, dia tertawa lagi. Sakit hatiku dipermain-mainkannya

"Elehhhhhh.. pura-pura lagi kau!", kataku seraya memijak kasutnya dengan sekuat hati. Kalau diikutkan mahu sahaja aku hentakkan beg sandang yang berat ini di kepalanya.

"Aduiii! Sakit laaaaa!", Young Jun mengerang kesakitan sambil terjengkit-jengkit memegang hujung kasutnya yang dipijak.

"Padan muka kau!", herdikku lalu meninggalkan dia di situ tanpa memperdulikan keadaannya yang masih menahan sakit.

"Amaie! Tunggu!", Young Jun terkinja-kinja mengejarku di belakang namun aku tidak mengendahkannya dan terus saja berjalan laju menuju ke kelas.

PAP!

Disentapnya beg sandang yang sarat dengan buku di atas bahuku lantas keseimbangan badanku hilang dan dengan begku sekali aku jatuh ke atas lantai. Semua isi begku berterabur.

Amaie mei  (COMPLETED)Where stories live. Discover now