Hey guys! So if you read this book (obviously) i just want to let you know that this story base on the truth story. But i've changed the character before the rumour spread . Enjoyy
"Aduh, nervous nya nak tournament hari ni" dalam hati terganggu perasaan yang bercampur aduk.
Hari ini aku akan mewakili sekolah ke pertandingan Table Tennis yang biasanya dipanggil 'ping pong'. Aku akan lawan di sekolah SMJK Kwang Hua.Tepat pukul 6.50 pagi aku sampai sekolah dengan siap berpakaian sukan (full set orang kata) . Hari ni aku akan lawan dengan sekolah KISAS. Waktu dan meja permainan telah diberitahu oleh guru aku, Cikgu Sabrina sehari sebelum tournament bermula.
"Okay,semua dah ready? Kalau dah jom kita pergi" Cikgu mengambil barang sambil mengeluarkan kunci dari begnya. "Sebelum tu, bagi saya I/C untuk daftar nanti"
Hana, junior aku yang baru lagi wakil sekolah pada tahun ini menyerahkan I/C,begitu juga rakan sebaya aku Radiah yang juga baru mewakili sekolah aku pada tahun ini.
"Alamak!! Cikgu, saya lupa nak bawa la" aku baru saja teringat yang aku tidak minta i/c dari ibu aku pagi tadi.
"Aduhh!!saya pun tak bawa la cikgu..serious lupa" Aida,kawan karib aku yang juga wakil sekolah untuk hari ini.Dengan perasaan gelisah, cikgu terus menelefon pihak penganjur untuk meminta kelonggaran kepada kami berdua.
"Nervous sangat la ni sampai lupa nak bawak i/c, dah la penting sebab kalau tak bawak,peserta akan dikira 'batal'. Harap-harap la boleh lawan even tak ada i/c" aku berdoa dalam hati.
"Alhamdulillah! Pihak penganjur bagi kelonggaran bagi peserta yang tak bawak i/c hari ni". Aku rasa lega selepas mendengar kata-kata cikgu.
Sebaik saja menyelesaikan masalah aku dan Aida. Kami semua masuk ke dalam kereta untuk ke sekolah tersebut.
Senyap. Sepanjang perjalanan kami ke sekolah Kwang Hua, kami jarang berborak kerana persaan nervous yang mendadak dalam hati ni.
Tepat pukul 8.00 pagi kami tiba di sekolah tersebut. Mula jantung aku berdengup dengan kencang, perasaan nervous mula menyelubungi aku.
Tingkat 5. Yess kenapa la tak tingkat 10 je dewan nya boleh la kaki patah dulu sebelum lawan ping pong. Aku menyumpah seranah sambil kaki berjalan naik anak tangga satu persatu.
"Bapak la, mengah doh aku" aku dan wakil yang lain merungut.
Selepas 10 minit menaiki tangga, akhirnya sampai juga ke dewan perlawanan.
"Yess!! Akhirnya sampai juga aku kat sini"
"Baru sampai tingkat 5, belum menang lagi". Cikgu memerli aku dengan yang lain.