Kayh guys first of all ,this chapter is a lil bit slow bcs i have to write the real situation when the game started untill the end of the game. So be patient guys!! And keep on reading.
Aku dan wakil sekolah yang lain mula melangkah masuk ke dalam dewan. Perasaan nervous mula menghantui diri lepas tengok keadaan dewan. Apa yang aku dengar hanya la bunyi bola ping pong dan beberapa orang guru berborak.
Mata aku mula meliar untuk melihat table tennis yang kosong untuk practise dan selesakan diri dengan keadaan sekeliling sebelum perlawanan or usually called 'warm-up' takut otot terkejut masa perlawanan bermula.
Dalam pada melihat table tennis yang kosong,mata aku terhenti dekat sorang mamat ni. Sorang. Sambil pegang kayu ping pong.
Aku pun terus mengajak rakan yang lain untuk pergi ke table tersebut.
"Weyh ko tanya la Aini, aku malu la" Aida menolak aku masuk ke gelanggang. Rakan yang lain menganguk setuju dan menolak aku.
Dengan keadaan terpaksa aku pun melangkah ke budak lelaki tersebut .
"Mmm wey,sorry kacau but boleh tak kitaorang nak guna table ni or kita share, ko guna sebelah kitaorang guna sebelah".
Dia buat eye-contact dengan aku. Apa yang aku boleh nampak budak lelaki ni ada rupa, tinggi lampai, pakai cermin mata (macam aku) and nampak smart.
"Mm-mmm boleh boleh, eh tak pe la ko guna je la. Aku dah practise dah tadi".
"Serious la? Ouh thanks" happy gila muka aku bila dapat table.
So,kitaorang pun start practise bergilir-gilir sampai pengerusi majlis panggil semua pemain untuk keluar dari gelanggang.
Pertandingan bermula dengan perlawanan antara 'Bukan Kaum Cina kategori lelaki' peringkat pertama.
Aku pun berlegar-legar dengan rakan junior aku, Hana melihat perlawanan yang agak sengit antara melayu dengan melayu dan india.(sebab ni bukan cina punya competition meh)
Setelah 2 jam berlalu,tibalah masanya untuk perlawanan 'bukan kaum cina' bagi kategori perempuan.
Perlawanan pertama bagi sekolah aku ialah perlawanan antara Aida rakan karib aku dengan pelajar india dari sekolah di sekitar shah alam.
Aku ditugaskan untuk menjadi pengadil sementara bagi mengadili perlawanan kawan aku.
Sangat sengit . Tapi malangnya kami kalah pada set ketiga.
"Perlawanan seterusnya yang akan berlangsung di meja 6 antara Nur Aini bersama dengan Nur Fatini ". Bergema nama aku dipanggil pengacara majlis.
Dengan menggenggam rapat kayu ping pong di tangan aku, aku berjalan meluru ke meja yang disebut.
Terkejut. Meja itu adalah meja yang aku practise tadi. Yup tak silap lagi. Dari kanan gelanggang aku dapat melihat lelaki yang memberikan meja tadi kepada aku. Dia senyum kepada aku. Tapi malangnya aku tiada mood untuk senyum time tu. All i think is i am nervous right there.
Perlawanan bermula.
Aku mula membuat servis dari belah kanan. Expectation aku ialah dia tak dapat balas bola yang aku bagi. But she is really good at it. Tak semua pemain yang aku pernah main dapat tangkap bola yang aku bagi.
Selepas 10 minit bermain. Aku kalah dengan mata 9-11. It was a really good game but im just to nervous.
Take five.
Aku berjalan mundar-mandir ke arah Aida yang menjadi pengadil aku di sebelah kanan meja.
"Huh, nervous la weyh" aku merungut sambil menghayunkan kayu ping pong.
"Relax, aku tahu ko boleh buat. Jangan nebes sis. I know you can do it!"aku tergelak kecil mendengar kata-kata semangat yang Aida cakap.
Sambil aku menenangkan diri, tiba-tiba kayu ping pong yang aku pegang tadi ditarik oleh someone. Shook! Yang tarik kayu ping pong aku tu ialah budak lelaki yang bagi meja kepada aku tadi.
"Weyh,dengar sini aku cakap. Dia tak ada la bagus sangat but ko kena pegang kayu ping pong ko ni betul-betul and one more thing kena jaga angle tangan kau. Got it? Tak pe try lagi. Aku tahu ko boleh buat. Relax okay?"
Sepanjang dia bercakap,aku fikiran aku masih memproses tentang apa yang berlaku di depan mata aku sekarang ni.
Angguk. Tu saja yang aku boleh buat.
Pihak lawan sudah berada di dalam gelanggang. Aku mula pergi ke tempat aku berdiri sambil merenggangkan kaki dan tangan aku.
Game started. Setelah 5 minit bermain, mata sekarang menunjukkan 10 -10. Seri. Tambahan dua mata. Selepas 2 minit bermain, kemenangan berpihak kepada aku,12-11.
Yeayy!!!! First winning! Aku terus pergi ke tepi gelanggang untuk jumpa dengan aida.
"Yeayy kan boleh tu!" Aku hanya gelak kecil.
"Great job! Kan aku kata angle kena jaga. Tengok? Kan boleh menang tu" lelaki yang mengajar aku tadi berkata kepada aku.
"Hahaha hmm tu la betul la. Thanks for your tips!"
"Keep it up!"aku hanya senyum kepada dia.
Perlawanan set ketiga. Servis dimulakan dari pihak lawan. Kami bermain dalam kadar yang agak perlahan pada mulanya, but bila point ke 14 seri sama satu lain. Kelajuan bola semakin meningkat dan mata terakhir diberikan kepada aku.
Yess!! 2 set aku dah sapu. Selepas itu set keempat aku kalah and also for the fifth set.
Well,kebiasaannya dalam perlawanan macam ni aku tak main 5 set. But this year tiba-tiba dapat main 5 set, so aku terkejut and of coures penat gila!
Lepas bersalaman dengan pihak lawan dan kedua-dua pengadil, aku datang kepada lelaki yang tadi tiba-tiba mengajar aku tu untuk cakap terima kasih.
"By the way, thanks sebab tolong ajar aku"
"Well, your welcome. Tak pe boleh try lagi nanti." Dia senyum
"InsyaAllah" aku berkata perlahan
'Well, this is my last year so kemungkinan dah tak dapat main lagi dan jumpa kau lagi. Kau tak pernah sedar kehadiran aku selama ni. Aku dah empat tahun wakil sekolah untuk perlawanan ping pong mssd dan dah tiga tahun aku tengok kau main. Dari kau pendek lagi aku dah tengok ko main sampai sekarang dah tinggi macam pokok kelapa. But kau still tak cam aku. Maybe tuhan dah tetapkan kau untuk kenal aku tahun ni. I hope i can see you again.' Dalam hati aku berkata.
Aku beransur pergi meninggalkan gelanggang tersebut dan duduk dia kerusi sambil termenung,mengimbas kembali perlawanan aku tadi.
'Kalau la aku tak lost control tadi,mesti aku dah menang' aku mengeluh.
"Aini, dah la tu termenung. Kamu ah buat yang terbaik. Main 5 set ni pun cikgu dah bangga dengan kamu" cikgu sabrina cuba untuk memujuk hati aku untuk kembali semangat. Aku di tepi hanya tersenyum lemah.
"Jom! Cikgu belanja makan. Kamu semua mesti lapar kan. Maklumlah sebelum lawan tadi semua muka pucat tak nak makan" cikgu menaikkan suasana.
'Betul cakap cikgu. Aku dah main lima set pun satu pencapaian. Aku patut bangga dengan diri aku.'
Aku terus bangun dan menarik tangan rakan aku yang lain.
"Let's go!"
Sebelum aku melangkah keluar dari dewan. Aku sempat berhenti ke satu board yang penuh ditampal kertas semua nama pemain dan meja perlawanan.
Aku meneliti satu per satu nama setiap pemain lelaki. Mata aku tiba -tiba terhenti pada satu nama ni.Fath khan, yes got his name.
Sebelum aku keluar dewan aku sempat melihat budak lelaki tadi tu bermain dan sempat menjerit 'good luck' kepada dia.
Cikgu pun memandu keluar dari kawasan sekolah tersebut dan bawa kami semua pergi makan.
Sooo this is where they found each other. Hope you enjoy it and keep on reading the next chapter. But the question is, will they talk again and see each other again? See the answer in the next chapter!!
#smashhatiaku
#tabletennis
#cutegirl😂