perjumpaan

49 1 0
                                    

Sudah seminggu aku terperap di dalam bilik.Aku bosan sebenarnya,Tak pernah terlintas dalam akal fikiran untuk keluar dari bilik.Demam aku pun masih belum kebah lagi.Bila difikirkan balik aku banyak kali menangis sebab dia.

''isya ada kawan kamu nak jumpa dekat luar"mummy aku masuk ke dalam bilik aku.

''okay"aku bangun dan menyiapkan diri ku beserta niqab di muka.

Alangkah terkejutnya aku melihat orang upahan aku berpakaian tshirt.

''pandai kau menyamar ea"

''well,Orang upahan isya qaisara kan?,Boss makin kurus lah"

''takde selera nak makan,ada apa?"

''Ni maklumat pasal laki tu"stone menghulurkan sampul surat kepada ku.

''owh bagus,Seminggu je kau ambil masa,nanti kita date aku bayar gaji kau"

''baik boss,saya balik dulu"Stone masuk ke dalam kereta nya.Aku segera masuk ke dalam rumah.

''surat cinta ke isya?"mummy ku menegur aku.

''taklah,Dia bayar hutang"aku segera menaiki tangga untuk memerap diriku di dalam bilik.

Aku baring di atas tilam serta mengeluarkan segala maklumat tentang lelaki yang meminang aku baru-baru ini.

Tengku irsyad fayyad.Tinggi 170.Berat 65.Umur 24 tahun,seorang peguam dalam bidang jenayah.Mempunyai 3 adik beradik perempuan dan hanya dia satu-satunya anak lelaki tengku farish.Pengalaman bercinta tiada.

Aku menatap dengan teliti gambar  keluarnya besarnya.Jelas kelihatan adik nya semua niqabis.Aku terfikir mungkin aku patut bagi peluang dekat dia.Sedang aku terfikir mummy aku masuk ke dalam bilik aku.

Aku segera meletakkan maklumat tersebut di bawah bantal.

''isya qaisara,Dah sihat ke?"mummy aku duduk bersebelahan aku.

Aku hanya mengangguk.

''boleh tak malam ni isya ikut mummy dengan daddy jumpa family fayyad?"

Aku terfikir.Sampai bila aku nak tutup hati aku,Aku manusia,aku pun ada hak untuk rasa bahagia.Tapi aku tak nak.Aku takut benda yang terjadi waktu aku umur 17 tahun berulang semula.

''isya?boleh tak?"mummy aku berlembut dengan aku.Sedia maklum aku tak suka terima orang baru dalam hidup aku.

''okay,isya ikut."

''serius ni,mummy tak paksa isya tau"Mummy memegang tangan aku.

''Ye,tapi isya pakai jubah tau"

''takpe sayang,kamu nak ikut pun mummy dah happy sangat dah,lepas mahgrib kita pergi ye"mummy aku keluar dari bilik aku.

Aku terlupa aku belum menanggalkan niqab aku.Aku segera menanggalkan tudung dan niqab.Aku masuk ke bilik mandi dah membersihkan diri.Selesai mandi aku membaca novel karya dari farahfakhira iaitu ''aku mahu hidayah''.Tepat pukul 7:15 aku mengambil al-quran dan membaca dengan khusyuk dan tenang.Begitu lah rutin harian aku apabila menunggu azan mahgrib.Azan pun berkumandang.Aku segera menunaikan solat.

Aku hanya memakai jubah hitam,tudung bawal berwarna dark blue,tidak lupa juga purdah di muka.Handsock dan stokin lengkap di pergelangan tangan dan kaki ku.Mood aku nak berpurdah kalau tak aku pakai niqab je.

''isyaaaaaa"Daddy aku memangil aku.

Sebelum keluar dari bilik tidur.Aku memastikan bilik aku dalam keadaan yang bersih dan kemas.Aku mengunci pintu bilik dan segera turun ke bawah.

''okay jom"

mummy aku menarik tangan aku.

Aku hanya melayari internet di dalam kereta.Segala butir bicara yang keluar dari mulut mummy dan daddy ku aku abaikan.
Dalam 30 minit kereta aku berhenti di salah satu hotel 5 bintang yang amat terkenal.

Di pintu utama hotel tersebut,Pandangan mata ku tertacap pada sebuah keluarga.Ye! itulah keluarga fayyad.Diaorang sambut aku?Allahu.Semoga Allah mudahkan segalanya.

Aku mengatur langkah kaki mengikuti mummy dan daddyku di hadapan.Aku menyalami Ummi fayyad.Adik-adik nya yang lengkap perpakaian syarie turut menyalami aku.

''Saya yahaira yang ni adik saya yahaina"

''kembar"kataku.

"haah akak,kami kembar,yang ni pulak kakngah kami nama di yaira,tu pulak abang izzrul,suami kakngah"Yahaina yang kelihatan sedikit kebudak budakkan menjawab pertanyaan ku.

Aku hanya memerhati kakngah yang dimaksudkan oleh yahaina itu.Walaupun muka yaira tertutup disebalik niqab yang di pakai.Aku dapat rasakan dia tidak menyukai perjumpaan ini.

''Awak,tetamu datang ni,bangun lah salam diaorang"abang izzrul yang dimaksudkan oleh yahaina tadi menegur perbuatan isterinya yang buat tidak endah dengan kedatangan kami.

''maafkan saya,isteri saya ni takde mood harini"Aku tahu abang izzrul mengucapkan maaf kerana malu dengan sifat isterinya.

''hmm Datuk datin duduk lah dulu,isya meh duduk sini.Sekejap lagi fayyad datanglah"

Aku aku hanya menuruti sahaja.

''Assalamualaikum semua,maaf saya lambat"Seorang lelaki yang memakai mask memberi salam.

''waalaikumussalam eh kamu ni kenapa fayyad bermask bagai"berkerut dahi ummi fayyad melihat penampilan fayyad harini.

''jerawat tubuh lah ummi"Fayyad tergelak.Dia duduk berhadapan aku.

Ah sudah!Macam mana aku nak makan karang.Takpe isya,Buat lek buat peace je.Tapi kenapa dia pakai mask? padahal aku dah tahu muka dia macam mana.

''memandangkan semua dah ada dekat sini,walid nak umumkan sesuatu,kami dah tetapkan majlis pertunangan fayyad dengan isya,jadi kamu akan ditunangkan bulan depan"

''what!Ummi tak bincang apa-apa pun dengan fayyad"Fayyad bangun membuatkan semua mata teralih ke arahnya.

Aku?Sakit hati sebenarnya,menyesal sebab ikut mummy dan daddy,aku ingat perjumpaan biasa.Tapi aku sedar aku seorang niqabis jadi biarlah aku pendam,bila sampai rumah nanti tahulah apa aku nak luah.

''Eh kau ni fayyad,Dah tu kau nak tangguh sampai bila?"Kak yaira mengeluarkan suaranya.

''Bukan fayyad minta tangguh"

''dahtu?"abang izzrul.

''kenapa tak minggu depan terus akad nikah,kan senang halal terus"Fayyad memandang aku.
Melihat pandangan matanya aku tahu bibirnya sedang mengukir satu senyuman manis.Aku melarikan pandangan mataku.

Tergelak ahli keluarganya beserta daddy dan mummyku apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut fayyad.

''saya tak kisah,tapi isya?"semua mata memandang ku.

Eh daddy aku ni,macam tak sabar je nak lepaskan aku.Aku nak jawab apa pun aku tak tahu.Dahlah tak puas hati.''hermmm,boleh tak bagi isya masa,sebab result SPM pun tak keluar lagi"

''Okay"jawab fayyad sepatah.

''jomlah makan"abang izzrul menadah tangan menjadi ketua bacaan doa makan kami.

AWAK 100°/. MILIK SAYA!Where stories live. Discover now