part 3

52 22 0
                                    

Harini mood aku badly swing bila dapat tahu cikgu maslaini letak nama aku dalam pasukan sorak sekolah . Dem .

"Weh lek ah . Bukan susah pun weh . Kau pegang je sepanduk tu ." ujar farey .

"Sepanduk tengkorak hang  . Mana aku la reti nak sorak sorak orang . Kalau sorak orang masa jatuh tu aku reti la . Ni ---" aku mengeluh keras . Why me cikgu ? Whyyy ?

"Dah nak buat macam mana . Cikgu maslaini suruh kau masuk sebab kau kan ahli kelab sorak" ujar farey .

Okay , ceritanya masa perjumpaan kelab haritu , aku tak datang sekolah . So , bila aku datang keesokannya , ajk sukan cakap semua kelab dah penuh . Kecuali , kelab sorak . Aku pun masuk je lahh . Tak sangka la pulak boleh dugaan sebesar ni .Ya Allah , Menyesalnya aku tak datang perjumpaan haritu . 

Aku menongkat dagu ke atas meja memikirkan nasib aku yang malang . Ceitt . Farey hanya memandang aku sambil menahan ketawa . Oh , bahagia kau eh tengok aku menderita macam ni .

Tiba ii seseorang mengetuk pintu kelas . Seisi kelas memandang ke pintu kelas . Seorang guru yang memakai nametag 'hani' berdiri di luar kelas . ( cikgu praktikal kot . Sbb aku tak pernah nampak dia kat sekolah sebelum ni ) .

"Assalamualaikum pelajar kelas 3 Al Ghazali . Saya wakil dari Cikgu Afrina , iaitu guru ajk sukan ingin memaklumkan bahawa harini ade latihan sukan . Mesyuarat baru putuskan sebentar tadi . So , harini kamu kena balik lambat . Siapa yang tak hadir atau ponteng akan diambil tindakan tatatertib . Kehadiran adalah diwajibkan. Sekian  ." Ujarnya lalu beredar .

Semua pelajar mengeluh keras . Kelas menjadi hingar bingar . Aku mengeluh lagi . Ni yang aku paling benci . Latihan sukan !

"Weh nadh . Kau rumah apa ehh ? "Ujar syakirin .

"Rumah Pancaindera . " ujar aku acuh tak acuh . Yalah , nama pun mood tengah swing .memang  takde maknanye laa aku nak cakap selembut gula gula kapas dalam plastik pink kat xiri tu .
 
"Eh same la kita . Nanti tunggu syak dulu eh . Kita pergi sama sama . " ujar syak . Aku mengangguk perlahan .

"Eh syak tak boleh laa . Petang ni nadh ade perjumpaan pasukan sorak . Awak pergi dengan suzila je la eh? Dia panca jugak tu " ujar farey .

"What ?!! Seriouslah farey . " ujarku lalu menggoncang tangan farey berkali kali .

"Deyy . Ape ni . Sakit tangan aku la . Betulla . Board kat depan tu ade tulis . Kau tak percaya pergi ar tengok sendiri " ujar farey lalu menggosok gosok tangannya .

"Eh tak bolehlahh . Aku dah janji dah dengan syak nak pergi sama sama . Kau je la ganti tempat aku . "Ujarku mencari alasan .

"Ehh takpe nadh . Saya pergi dengan suzila pun tkpe . Saya tak tahu la pulak awak ade perjumpaan " ujar syakirin . Aku terpaksa mengalah . Farey pula sudah senyum kemenangan . Cehh , tagunaa punya kawan .

Di Bilik Pancaragam Sekolah [3.00 p.m]

"Okay guys beratur dalam barisan . Saya nak form 4 dan form 5 yang duduk di barisan hadapan . Form lain beratur di belakang ya . " ujar cikgu Maslaini , guru pengurus pasukan sorak sekolah .

"Okay jadi pasukan sorak kita ada 32 orang ahli tahun ni . So , penyertaan terbanyak daripada tahun tahun lepas . Tahniah guys . " semua pelajar menepuk tangan . Kecuali aku . Bosan seyh cikgu ni . Cakap bnde sama je . Sape tah nak dengar . Astaghfirullahal Adzim . Berdosa gila aku . Mengata orang lagi . Maafkan saya cikgu . Huhu .

"Okay so saya dah pilih 6 orang untuk menjadi penyorak semasa kejohanan balapan dan padang yang akan diadakan pada minggu depan . Jadi nama yang saya panggil sila ke depan . Fara , sara ijla , intan , nana , ayuni dan shirah . Semua yang saya pilih dari tingkatan 4 dan 5 . Dari tingkatan 3 , saya pilih syasya dan nadh . " lemah lutut aku . Ni yang moment yang paling aku benci dalam hidup aku . Aku terus berjalan ke hadapan .

"Okay guys . Tulis nama dan ic korang kat borang ni ,"ujar cikgu maslaini apabila semua peserta yang terpilih sudah berkumpul di hadapan .

Sedang aku menunggu giliran untuk menulis nama , seorang pelajar datang menghampiri cikgu maslaini yang berdiri di sebelahku .

"cikgu dah takde kosong ke ? Saya nak masuklaa " ujar pelajar itu . Comel la kakak senior ni . Kecik je hahah . Eh kalau tak silap aku dia ni form 5 .

" dah penuh ni  . Macam mana eh. Cikgu ingatkan awak taknak masuk . Ni pun cikgu pilih random je . " cikgu maslaini mengetuk ngetuk dagunya . Eh , peluang keemasan ni !

" cikgu . Cikgu bagi aje la kakak ni jadi ahli sorak . Saya okay je . Lagipun kak ni kan dah form 5 cikgu . Saya boleh aje masuk tahun depan . " ujarku .

"Baiknya awak nadh. But , takpe ke ni ?sure ni ? "Ujar cikgu maslaini lagi . 

"Ye cikgu " ujarku . Padahal dalam hati rasa macam nak melompat katak je .

"Erm kalau macam tu , awk jadi photographer la nadh . Boleh ? " soal cikgu maslaini lagi .

"Haah photographer . Saya ambik dua orang . Sorang , anak saudara saya . Sekarang , saya minta awak tolong saya, boleh ? Ni untuk majalah sekolah ni " ujarnya lagi .

Untuk tidak menghampakannya , aku mengangguk . Harap harap tak rosaklah kamera tu nanti . Amiiin .






Cinta Kami SwagWhere stories live. Discover now