Part 1

79 24 12
                                    

11.3.2017
Hari ni merupakan hari peperiksaan percubaan bagi ujian mendengar untuk pelajar tingkatan 3 . Dan macam biasa , aku rilek je . Ye la , bukan exam bertulis pun , buat apa nk kalut kalut kann . Cehh . (Malas tu cakap je la )

" weh nadh , orang dh bawak turun kerusi dah woi . Yang kau duk tercegat macam tiang api tnb ni dh kenapa ? " naz menyenggol bahu aku .

"Laa ye ke wehh ? Hahah . Oke ii . Aku turun ler ni " aku berlari lari anak menuju ke arah mejaku .

"Weh meja pun angkut sekali ke ? " soalku lagi .

"Haah . Tu whiteboard dengan almari kat belakang tu pun bawak sekali . Tu lah kau , cikgu bercakap kau sibuk bermain kat belakang . " balas shahmi . Ehh tiber je . Aku tanya kau kee ?mentang mentang la ketua kelas , pegidaaa .

"Tanya je kot " dengan mulut yang masih mengomel , aku membawa turun juga kerusi aku ke dewan ibnu sina .

Dewan ibnu sina [8.45]
Setelah bersusah payah mengangkut kerusi ke bawah , aku terus beratur untuk masuk ke dewan . Guess what ? Sesak gile kot . Kau bayangkan la , satu sesi 3 kelas . Sekelas 30 orang . Bila habis , sesi kedua berjalan . Juga 3 kelas . Kapasiti pelajar tetap padat . Tapi mujur gak kelas aku sesi ketiga , jadi 2 kelas je yang bergabung . Biase la , budak kelas belakang ( sedih siot didiskriminasi )

Lepas hampir 15 minit tunggu turn masuk , finally , aku berjaya memasuki dewan . Oyeah , duduk tepi kipas .

"Haa nadh , kamu dah istimewa dah dapat duduk tepi kipas tu , kalau markah rendah jugak , cikgu denda kamu " ujar cikgu sally ( nama sebenar dia cikgu salmah siot ) sambil menghulurkan kertas soalan .

"Hahaha . Tak cikgu . Pasti tinggi punye " selorohku . Cikgu hanya ketawa memandangku .

"Tak payah caye dia ni cikgu . Sembang je lebih ni . " seseorang tiba tiba menyampuk . Ehh , minah mana pulak ni kuajar sangat ni . Eh eh . La biskut marry rupenya . Aku menjeling maryam yang duduk di meja belakangku .

"At least tinggi dari kau eh " aku menghalakan jari telunjuk kepadanya . Dia hanya menjelirkan lidah . Ehh minah ni . Aku karate jugak kan . Cikgu sally hanya menggeleng dan melangkah pergi . Aku kembali menghadap hadapan .

"Okey semua pelajar . Sila bersedia . Ujian mendengar akan dimulakan . " semua pelajar duduk dalam keadaan bersedia dengan kertas dan pen . Ujian dimulakan dengan arahan dari guru bertugas . Audio dipasang dengan kuat dan jelas agar pelajar dapat menjawab peperiksaan dengan baik .

45 minit berlalu , akhirnya ujian mendengar tamat dengan jayanya .
"Para pelajar diminta menghantar kertas ujian ke hadapan ." Aku berpusing menghadap maryam. Eh eh , jap . Siapa eh pengawas disiplin tepi biskut mary tu eh ? Kalau tak silap aku nama dia ... haa ! Amir hakeem !

"Weh mery , sini jap . " aku menggamitnya mendekatiku .

"Pehal wehh ??" Dia menjongketkan kening . Aku mendekatkan bibirku ke telinganya untuk membisikkan sesuatu .

"Hensem pulak aku tengok si amir hakeem harini hahah " ujarku .

"Cehh . Tu ke kau nak cakap ? Ingatkan gosip ape tadi ." Ujar mary . Mary tiba tiba berpaling ke sebelah kirinya . Weh , jangan jangan dia ....

"Wei mir , ni ade orang minat kau ni . Nadh cakap kau hensem doh harini ." Wth . Pelajar ii disekeliling memandang aku dengan wajah kaget . Aku tersentak . Bangang punya sahabat . Aku beritahu kau . Bukan suruh bagitahu dia . Taguna punya kawan. Aku menundukkan kepala ke meja dan menutup mukaku dengan buku nota. Dem biskut mary !

Cinta Kami SwagWhere stories live. Discover now