Intro

612 67 11
                                    

Novel bergenre komedi romantik yang mencuit hati kini kembali. Bersediakah anda untuk melayan telatah Encik Bos yang annoying tahap mintak penampar dan Cik Setiausaha yang acah brutal tetapi mudah jatuh cinta pada lelaki kacak?

KIM TAEHYUNG,

Sebaris nama yang tidak asing di halwa telinga penduduk Korea Selatan. Dia si jejaka muda yang mempunyai segala-galanya. Satu-satunya pewaris harta Kim's Holding. Dianugerahkan oleh tuhan paras rupa yang indah seperti sebuah lukisan. Membuatkan dirinya menjadi rebutan para gadis. Namun keperibadiannya tidak seindah wajahnya. Anugerah yang dimilikinya digunakan untuk mempermainkan hati kaum perempuan. Kekayaan serta pangkat menjadikan dia seorang manusia yang angkuh dan bongkak.

MIN APRIL,

Dipilih menjadi setiausaha lelaki egois itu. Pada awalnya kehadirannya tidak diterima oleh Kim Taehyung. Penampilan dan peribadi Min April yang sedikit brutal langsung tidak kena dengan citarasa lelaki itu. Dia dibuli oleh majikan sendiri dengan tugas yang tidak masuk akal. Tetapi lama-kelamaan kewujudannya dapat diterima oleh Kim Taehyung. Meskipun gadis itu kuat membangkang dan bermulut pedas segala arahannya dituruti dengan baik.

Pemergian gadis itu membuatkan hidup Encik Bos Kepala Batu jadi tidak tentu arah. Hari-harinya membosankan, jiwanya kekosongan. Benarkah dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu? Dapatkah dia merebut semula hati Min April yang terluka kerananya?

◆ ◆ ◆ ◆ ◆

A boss will never give up on somethings that's belong to him, especially his babygirl.

◆ ◆ ◆ ◆ ◆

Dibintangi oleh ;

V BTS as KIM TAEHYUNGYOU / READERS as MIN APRIL

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

V BTS as KIM TAEHYUNG
YOU / READERS as MIN APRIL

-seoklero's work | 2019

Ditulis semula. Mungkin ada sedikit pengubahsuaian jalan cerita. Watak-wataknya sama seperti yang asal.

♟Fanfic ini diterbitkan berdasarkan imaginasi dan kerahan idea daripada otak penulis maka sebarang persamaan adalah tidak disengajakan.

♟Gambaran watak dalam fiksyen peminat ini cuma direka dan tidak menggambarkan sifat sebenar pelakon di dunia sebenar.

♟Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, ianya cuma hasil idea kreatif si penulis untuk mengempakkan jalan penceritaan.

♟Sebarang plagiat tidak dibenarkan dan hukumnya adalah HARAM.


- Note from Bie -

Important! ; Update agak lambat, harap korang bersabar lah ye.

HIS SECRETARY •| KTHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang