Langit yang mendung dipagi hari menandakan bumi akan ditangisi hujan . Naurah yang kalut sedang mempersiapkan diri bergegas untuk pergi ke sekolah . Seperti hari selalu juga Naurah memang spesis manusia yang suka datang lambat . Bila lambat barulah nak kalut apa semua .
Naurah dengan segeranya mengambil sekeping biskut yang sudah disapu kaya dan terus memakai kasut dan tidak lupa juga dia menyalam Puan Ani , Nek Laila dan Tok Hamid .Selepas dia menyalam , dia terus mengayuh basikalnya dengan selaju lajunya . Kalah kelajuan kereta sport !
"Habis ! Habis ! janganlah kena tulis nama untuk ke-10 kalinya lagi ." Sempat aku menilik jam murahku yang berada di tangan sebelah kanan untuk kali keduanya . "Jam 6:50 !" aku mengayuh dengan laju lagi untuk mengejar masa yang bila-bila masa sahaja akan menginjak ke jarum 7 . Hujan renyai turun secara tiba-tiba dan itu membuatkan aku mengayuh semakin laju .
"Yezza akhirnya aku sampai !" aku dengan segeranya meletakkan basikal di tempat yang disediakan khas untuk basikal .
Naurah terus berlari tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling yang pelik dengan perangainya . Naurah sempat mendengar beberapa kata-kata yang memanaskan hatinya itu .
"Apahal si jerawat batu tu kalut sangat eh "
"Minta perhatian lebih je minah jerawat tu"
"Hodoh gila muka dia berlari HAHAHAHAHAHA(ketawa mengejek)"
Dan seangkatannya lagi !
Ingat semua lawa lawa ke heh takat guna mekap mahal mahal tu mana ada faedah ! pergi sekolah belajar bukan nak bermekap barutu nak minta perhatian depan lelaki ! Ingat lelaki suka ke ? dapat dosa free jeee ! haila tengok author yang melebih humpppppp .
Naurah membuka langkah untuk mendaki tangga untuk sampai ke kelasnya yang berada di tingkat paling atas .
Pengetua ni kedekut lah sediakanlah lift kah takpun tangga bergerak . Ok sikit ini tangga biasa ja , cikgu pun boleh semput tau kalau hari hari mendaki tangga !
"Huh" semput aku dikerjakan oleh tangga ni .
Baru sahaja aku masuk ke kelas aku melihat tempat duduk syifa kosong ! "weh tempat duduk syifa kosong doh ! dia pergi mana siak ! takkan dia tak hadir kotttt ! tanpa syifa aku tak boleh belajar lah aduhmak !" monologku sendiri dengan kegusaran yang melanda di hati .
Aku terpaksa juga untuk mendudukkan diriku yang tengah serabut memikirkan syifa sama ada dia sakit atau tak sakit .
Cikgu Kamila tiba-tiba masuk dan membawa salah seorang lelaki yang pada pandanganku sungguh kacak macam taehyung tapi bila Cikgu Kamila menyuruh lelaki itu memperkenalkan dirinya barulah aku terasa menyampah nak mampos . Poyo nak matek doh !
"Hi my name is Atta Nufael Bin Atta Falique . You all just call me Nufael . Nice to meet all of you guys !
Acah speaking doh budak baru ni .Malas nak layan lebih baik aku fikir pasal hal si gemok ni sama ada minah tu tak hadir atau dia lambat datang sekolah lagi ke dia sengaja nak melewat-lewatkan datang lambat supaya nama dia ditulis dalam buku rekod dan dia pun boleh mengusha pengawas fav dia tu . Gedik betui minah syifa tu !
"Hai"
Siapalah yang ganggu aku tengah berangan ni !
Apabila aku palingkan mukaku menghadap sebelah aku terus berdiri dan duduk semula . Terkejut woi tiba-tiba muka syifa berubah kepada muka lelaki yang "eh kejap ni bukan budak baru tadi tu ke ?" Aku melihat semula ke sebelah dan ternyata memang budak baru tu tadi lah ! kenapa dia rampas tempat duduk minah syifa tu . Eyy tidak boleh jadi ni mesti aku report juga dengan si syifa .
"Kenapa kau pandang aku macam gitu ek" aku melihat semula mukanya dengan penuh menyampah ! Dey budak baru tu buat cara budak baru lah deyyyyyy !
"Kenapa salah ke kalau aku nak tengok muka kau yang terlebih poyo tu" aku hanya membalas kata-kata budak baru tadi didalam hati . Naya je kalau cakap depan dia !
"Hm banyak juga eh jerawat kau ni" dia menegur mukaku tanpa bertapis . Choi mulut hang ni kalau aku cili baru hang tau !
"Kenapa aku rasa macam kita pernah jumpa ek" dia melihatku dengan senyuman paling sinis .
"Hah" aku kehairanan bila masa aku jumpa mamat ni ek ?
"Entah cuba kau fikir betul-betul" dia masih tersenyum sinis dan mengenyitkan matanya kearah ku .
Omagad !
Matamu melemahkan ku !
Gila ! Ini semua gila !
Perkara kelmarin tiba-tiba menerjah ke dalam otakku . Dan apabila otak berfungsi untuk mengingatkan semula tentang kejadian yang berlaku kelmarin aku secara statiknya menggerakkan kerusiku perlahan-lahan menjauhkan diri dari mamat tadi .
Takkan lah dia !
Manusia berdosa yang melanggar basikal ku dengan lopak air !
Lelaki yang aku tercakap hensem padahal tak pun !
Tak mungkin mamat henol tu !
Tak !
Tak !
***
Hai jangan lupa vote dan kalau boleh komen lah . Aku pun mahu tahu macam mana jalan cerita yang dikarang oleh diri sendiri .
Nanti aku update lagi untuk bab yang seterusnya ok .Yang benar;
Pipicomel ❤
YOU ARE READING
ATTA NAURAH
Teen FictionTak kenal maka tak cinta . Bila dah kenal macam celaka hummmp ! nopal anak si bahenol pun tidak bercinta . Eh apa kena mengena . Ini semua poyo ! Dijemput baca berjemaah story yang aku buat ni ek ❤