Di aspuri
"Raniaaaaa bangunlah! Kau ni tido je tahu, mana tak gemuk!?! ".
Isya dah mula membebel. Mana tidak nya tadi si Rania ni berjanji nak bangun selepas aku habis mandi, ini sampai ke sudah dibuai mimpi. Dengan berpetanya bantal tidur dia. Aishh.
Nur Rania Qalesya. Berumur 17 tahun. Pelajar sains tulen. Ooo yes tahun ni Rania akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. Ommaaa ottoke?!?
"Niaaa, cepatla bangun. Dah pukul 6.00 pagi ni. Kau dah la pengawas, dimerit berganda kena nanti. BANGUN! CEPAT!!!!". Isya sedaya upaya melatih vokal suaranya sehingga pecah anak tekak jugakla untuk mengejutkan Rania agar bangun dari mimpi yang indah sambil dirinya bersiap untuk ke sekolah.
Bukan apa, si Rania ni selalu sangat stay up malam² untuk menyiapkan kerja rumah yang tertunggak berkurun lama itu.Waktu prep malam tidak mahu dibuatnya. Dia bantai berdengkur. Itu pun nasib sebab guru warden jarang buat rondaan.Selepas itu, bangun pagi merungut rungut sebab lambat dan akhirnya semua benda tidak kena aka "badmood" switch turn on.Isya dah masak sangat dengan perangai si Rania ni. Almaklumlah dari tingkatan satu berkepit macam belangkas.
"Hah? Pukul 6 dah? Kenapa kau tak kejut aku? Aku dah la tak iron baju lagi". Rania tersedar lalu melihat jam locengnya sudah pukul 6. Melihat sekeliling rakan-rakan serta adik dormnya ada yang sedang bersiap, ada yang sedang tegangkan katil membuatkan dia cemas. "Ya ampun, Isyaaaa aku kan boleh solat! Ish kau ni kan kenapa tak kejut". Rania menggelupur bangun tegangkan katil serta betulkan selimutnya.Mukanya seakan akan mahu menangis. Crybaby ciet. Dia berlari anak mengambil baldi dan kelengkapan toiletries ke shower.
"Eleh, aku dah kejut dia yang taknak bangun. Selepas tu nak salahkan aku. Aduh² anak Encik Adam ni". Isya membebel sambil membetulkan awning tudungnya. "Hmmm, takpelah Nia meh la aku buat kebajikan tolong ironkan baju untuk kau". Lantas Isya mengambil sepasang baju sekolah berwarna biru milik Rania ke bilik iron untuk diseterikakan.
Lima minit berlalu. "Okey, siap!". Baju yang telah disangkut pada hanger itu dijinjing bawa masuk ke dorm lalu Isya meletakkanya ke dalam locker Rania. Beberapa minit kemudian, Rania masuk dorm dengan gelabahnya campak barangnya sana sini. "Tula kau, kan dah gelabah. Tu hah, baju kau tu aku tolong ironkan. Pastu cepat solat. Nanti aku tunggu kau kat dewan makan. Hah cepat exco asrama dah buat countdown tu". Sebelum pergi Isya sempat mengingatkannya, "jangan lupa tutup pintu dorm and kipas lampu nanti".
"Baik boss btw thanks ye isya". Rania pakai sepantas yang boleh. Aduh tak solat subuh lagi ni. Dengan itu, Rania mengambil peluang solat dalam dorm. "Takpe, sekali sekala ni pun dah last year kan.Dua rakaat jer". Detik hati Rania. Selesai solat, Rania mengambil beg sekolahnya lalu berlari menuju ke dewan makan.Selamat namanya tidak diambil oleh exco asrama. Kalau kena lebih tiga kali, alamatnya kena marah kaw kaw la dia dengan sang guru disiplin. Bak kata cikgu disiplinnya, "pengawas jika buat masalah tidak layak sama sekali jadi pengawas, pakai sahaja baju putih! ". Kata² cikgu disiplin iaitu Cikgu Afra terngiang ngiang di dalam kepalanya. Yela, siapa je yang tak malu hari ni pakai baju biru, tup tup besok berpakaian warna putih. Nampak sangat ada buat masalah.
Di dewan makan. "Nia, ni mihun kau. aku tolong ambilkan". Jerit Isya yang telah duduk makan di meja hujung sana. Mujur Rania ditakdirkan mempunyai rakan sebaik ni. Kalau tidak, beratur panjang la jawabnya itupun akhirnya kalau dapat.
Selepas mencekik. Rania dan Isya bergerak ke dewan sekolah kerana hari ini merupakan hari Isnin. Mereka berdua merupakan pengawas in charge pada minggu tersebut untuk men'setupkan' pembesar suara dan kelengkaoan yang lain. Perhimpunan akan bermula pukul 7.30 pagi. Kehadiran Rayyan Mikael selaku Ketua Pengawas sedikit sebanyak memudahkan kerja mereka berdua.Eh makin mudah ke susah ni.
YOU ARE READING
FAKE FAKE FAKE
RomanceRemaja dan Cinta memang tidak dapat dipisahkan. Noktah.Kehidupan ini penuh plastik.