🎭 Bab 3 🎭

10 0 0
                                    

"Raniaaaa! Diri luar kelas sekarang". Arah Cikgu Afra. "Amboi² saya tadi nampak syok sahaja awak beli air dekat kantin. Loceng dah berbunyi tu. Lenggang kangkung ye awak berjalan. Itu ke 'urusan' yang mustahak sangat tu? ".Tanya Cikgu Afra kepada Rania. Rania terkesima.

Semua pelajar kelas 5 Anggerik hanya mendiamkan diri sahaja. Jika menyampuk mahu satu kelas didenda berdiri di luar.

"Saya minta maaf cikgu. Saya janji tidak buat lagi". Rania segera memohon maaf dan berjalan ke luar kelas. Sebelum itu dia sempat memberikan air jagung senyap senyap kepada Danial yang duduk di tepi pintu hadapan untuk dipaskan kepada Rayyan.

Cikgu Afra menyambung sesi pembelajarannya  selama 45 minit. Manakala Rania pula tercongok di luar kelas sehingga waktu kelas habis. Hampir patah kakinya disuruh berdiri sepanjang Cikgu Afra mengajar tambahan dia berpuasa pada hari itu."Hmm sabar jela.Melawan nanti berdosa,tidak berkat ilmu pula." getus hati Rania yang hanya pasrah didenda berdiri di luar. Rania tidak mampu membuat apa2 memandangkan tahun ini Rania akan menduduki SPM.

"Terima kasih cikgu! ". Ucap satu kelas 5 Anggerik sebelum cikgu Afra beredar dari kelas. Rania berjalan masuk ke kelas dengan longlai. Mulutnya makin pucat. Mikael rakan kelasnya yang duduk di hadapan Rania menegur. "Niaa, muka kau pucat ni. Kau sihat ke tak ni?". Mikael mula menunjukkan kerisauannya sebagai rakan akrab Rania.

Muhammad Aryan Mikael. Sudah dua tahun menjadi classmate Rania. Orangnya sangat baik tapi nakalnya sukar dibendung. Ala gentleman macam itu la. Caring.

Rania hanya menundukkan mukanya ke meja dan hanya mengangguk sebagai tanda ok. "LOL. Engkau ni baru diri sikit dah sakit bagai. Mustahillah. Opss lupa kaukan gemok. Btw thanks air ni. Sedappp". Rayyan mencelah.

Sabar Rania ini ujian.Rania terus memejamkan mata untuk berehat seketika.Malas mahu bertengkar. Syukur selepas ni subjek bahasa melayu cikgu pula tidak hadir dan selepas kelas ini balikk. Yahoo.

Kelas 5 Anggerik tidak seriuh kelas yang lain kerana kelas cemerlang bukan. Ada yang belajar, ada yang berbincang, ada yang menyiapkan kerja sekolah dan ada juga yang tidur. Hello its me duh.

KRINGGGG. Sesi persekolahan tamat untuk hari ini. Khamis. Kokurikulum tidak ada. Semua bergegas untuk pulang. Tetapi Rania masih tidur di tempat duduknya."Niaa bangun dah balik. Balik asrama cepat. Nanti dewan makan tutup". Mikael caring sudah muncul.

"Kau balik dulu lah". Jawab Rania. Mikael hanya berlalu pergi.

"Eh gemok.Asal tak bangun lagi. Melampaulah penat kau ni". Rayyan berjalan masuk ke kelas sempat juga dia menepuk meja Rania dengar kuat agar Rania bangun. Rupanya Rayyan baru balik dari menghantar buku latihan di bilik guru.

Rania mula mengamuk. Makin pendam makin sakit. Kena denda dekat luar kelas. Kena marah depan rakan sekelas. Siapa sahaja tidak malu? Angkat tangan cepat. Hah. Lagi satu panggil orang gemuk. Mulut tidak ada insurans apa.

Rania menoleh ke arah Rayyan."Rayyan, aku dah lama sabar dengan kau ni. Dah lama je aku pendam sakit hati aku ni. Aku kena denda sebab engkau pun aku masih boleh bersabar. Kau tahu tidak aku penat sangat hari ini. Kau buat aku macam kuli tahu tak! Kau fikir kau siapa hah?!?". Rania meluahkan segala yang terbuku selama ini. Hamoir sahaja dia mahu menangis kerana penat kehausan plus marah teramat.

"Eh chilla gemok. Ok la aku jujur. Kadang kadang kita suka someone tanpa sebab kan. So kalau benci pon sama la.aku benci kau pun tanpa sebab. Sumpah. Aku bukan dengki dengan kepandaian kau semua. Cuma aku rimas tengok muka kau." Rayyan menghamburkan kata kata yang pedih kepada Rania sambil memasukkan bukunya ke dalam beg sekolah.

"Hah kalau macam itu. Settle lah semua. Nanti kau jangan tegur aku sampai bila bila at the same time kau tak boleh tengok muka aku kan. So mata kau sucilah". Balas Rania sambil mengemas alat tulisnya.Rania makin penat melayan karenah mamat poyo ini.

Tu aku cakap don't judge a book by it's cover. Bajet jet alim Rayyan ini di hadapan cikgu.

"Hahaha fyi dekat muka kau ni telah tertulis jadi balaci aku. Relax la lagi dua bulan sahaja kau menghadap muka aku ini. Nanti kau bla dah tak jumpa aku yang kacak ni". Rayyan membalas seperti tidak mahu kalah.

Tak gentleman langsung!

Bingit telinga Rania dengarnya. BALACI??? balaci taik kucing dia. Rania mengemas barangnya cepat-cepat agar dapat keluar dari kelas itu dengan segera. Menyampah tengok muka Rayyan lama lama.

"Hah lagi satu. Pesanan aku nanti balik beli skincare yang suitable dengan kulit kau. Mana ada perempuan ada broken face macam kau ni. Kalau kulit putih sekalipun tetapi jerawat hidup sana sini.Tidak guna juga. Ingat, semua lelaki suka perempuan yang cantik je. Flawless gitu. Ada kau nampak yang perempuan famous semua ada jerawat?". Rayyan membalas lagi dengan sedas ayat yang sangat menyakitkan hati.

Rania tergamam. Bukan apa. Semua perempuan akan terasa kalau seorang lelaki tegur tentang muka ataupun badan. Body shaming? Selepas itu, siap menghina lagi. Luluh hati Rania mendengar kata kata Rayyan.

"Aku bukan datang sekolah untuk nak famous!". Kata Rania dengan tegas sambil berjalan ke luar kelas dengan menolak pintu dengan kasar.

Rania berjalan turun tangga dengan hati yang geram. Setiap langkahnya dihentak dengan kuat.Rayyan yang berjalan di belakangnya dibiarkan sahaja.Lantah ah kalau roboh biar mamat puaka ini mati.

"Nia, lama nya kau duduk dalam kelas tu. Tadi aku nampak kau diri kat luar kelas, kenapa? Kau kan puasa tak penat ke?". Tanya Isya secara tiba-tiba. Rupa rupanya Isya telah menunggu Rania di tepi tangga untuk pulang ke asrama bersama-sama.

"Lah...Kenapa kau tak balik dulu. Aku kan puasa, nanti dm(dewan makan) tutup kau yang kebulur".kata Rania. Rania kesian melihat Isya yang sudah lama menunggu.Tapi ini semua salah mamat puaka ini.Zass. Panjang umur. Baru sebut nama dah muncul.Aik tapi aku sebut dalam hati.Rayyan baru sahaja berjalan melepasi mereka.

"Gemok puasa?".Rayyan mendengar perbualan antara Rania dan Isya ketika berjalan disebelah mereka. "Patutlah muka dia pucat". Rayyan teringat semula wajah Rania selepas didenda berdiri di luar kelas tadi.

"Lantak ah. Selagi tak mati, ia bukan salah aku".Rayyan berkata seorang diri untuk menyedapkan hatinya.

Sebahagian pelajar sekolah kluster ini pulang ke asrama dan sebahagian lagi pulang ke rumah.

|tolong vote and comment kalau tak ok😁

btw author sangat emo nya bila lelaki body shaming perempuan or tegur pasal kecantikan semua. sebab pernah suatu hari ada lelaki tegur author yang author pakai bedak bercapuk🌝 waktu tu gallery walk🌝







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 07, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FAKE FAKE FAKEWhere stories live. Discover now