"Perhatian! Hari ini saya akan beri tugasan kepada kamu semua untuk membuat presentation kimia. Presentation ini akan dilakukan secara berkumpulan. Satu kumpulan mesti ada empat orang ahli ye. Kira satu hingga empat bermula dari Danial dan seterusnya". Cikgu Ayu memberikan arahan untuk menentukan kumpulan melalui nombor.
"Satu! ".Bermula dari Danial menyebut nombor disebabkan dia duduk di tepi pintu hadapan. "Dua! ". Sambung rakan sebelahnya iaitu Azim. "Tiga! ", "Empat! ". Nombor dibilang sehingga sampai ke giliran Rania. "Satu! ", Rania sedikit menjerit agar didengari oleh rakan sekelasnya. Setelah melangkau beberapa pelajar yang lain, tiba pula pada Rayyan lalu dia menjerit "Satu! ". Oh DAMN MATI AKU.
Keadaan suasana dalam kelas 5 Anggerik riuh rendah kerana mereka saling sibuk mencari rakan sekumpulannya. Mata Rania melilau di dalam kelas untuk mencari rakan kumpulannya yang bernombor satu. Rania ternampak Danial sedang duduk di sebuah kerusi barang kali dia telah mengecop meja tersebut untuk kumpulan satu. Rania berjalan mendekati Danial.
"Eh Danial awak kumpulan nombor satu kan?". Tegur Rania dengan sedikit ramah. Danial menganggukkan kepalanya tanda menjawab soalan Rania. Rania lantas duduk dihadapan Danial. Sementara menunggu rakan lain tiba, Rania membelek buku kimia untuk memahami lebih lanjut bab yang akan dibentangkan nanti.
Walaubagaimanapun, tadi ada sedikit gugup dalam suara Rania ketika menanyakan soalan kepada Danial. Sebenarnya Rania telah memendam perasaan yang lama terhadap Danial. Walaupun Danial merupakan classmate Rania selama lima tahun. Perasaan malu dan gementar di hadapan Danial sukar dibendung.
Ahmad Danial. Seorang yang berketinggian 178cm. Dalam pelajarannya dia hanya biasa biasa sahaja. Tetapi Danial merupakan atlet sekolah yang terkenal. Danial sering memenangi pingat emas dalan larian 4x400 m dalam pertandingan di sekolah mahupun di peringkat mssd.
Beberapa minit kemudian. "La kau satu group dengan aku ke. Habislah bala nanti menjelma". Danial dan Rania serentak menoleh ke arah Rayyan yang sedang menarik kerusi di tepi Danial. Rania hanya mampu menjeling tajam ke arah Rayyan. Tiada kuasa untuk Rania melayan karenah ketua pelajar. Kalau dilayan, sampai ke sudah tidak berhenti. Lagi pun, depan pujaan hati dinda mana boleh buat perangai. Jatuh standard.
Kehadiran Aisyah juga telah melengkapkan ahli kumpulan satu.Aisyah merupakan penolong ketua tingkatan kelas ini. "Baiklah, setiap kumpulan cari seorang ketua". arahan Cikgu Ayu. Rayyan serta merta menawarkan dirinya sebagai ketua kumpulan dengan muka selamba. Serentak dengan itu, mereka bertiga menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan permintaan Rayyan. Rayyan merupakan ketua pelajar dan mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Ini hanya menambah bebannya sahaja. Ataupun sebenarnya dia gila kuasa? Semua jawatan hendak dibolot. Sudah sudahlah bang. Bawa bertendang.
"Apa kata Rania sahaja yang jadi ketua kumpulan lagi pun dia power juga dalam subjek kimia ni? ". Ujar Danial bagi menyelesaikan masalah pemilihan ketua kumpulan. Aish macam nak pilih perdana menteri! "Aku okey saja". Respon Aisyah. "Hihi saya tak kesah". Balas Rania yang hanya bersetuju jika rakan kumpulannya turut bersetuju.
Tiba-tiba Rayyan mencelah, "Eh eh Danial. Fikir betul². Aku lebih pandai dari Rania kot! Dia ni kalau bagi tanggungjawab, bukan nak buat betul betul. Mahu dia lupa semua kerja nanti". Tengoktu. Rayyan mengungkit kisah "emcee" , dengki la tu. "Aku tengok Rania okey je la". Ujar Danial yang lebih menyebelahi Rania. Rania sedikit terharu dengan kata kata Danial. Mana tidaknya, crush membackup dia. Rayyan mendengus geram tanda protes dengan ayat yang dilontarkan oleh Danial. "Cis, rakan sejantina aku pun menyebelahi budak gemok ni". Gumam Rayyan dalam hati.
Setelah Cikgu Ayu menerangkan serba sedikit tugas yang perlu dilakukan kepada setiap ketua kumpulan. Rania kembali semula ke tempat duduknya semula. Dia mengagihkan tugasan serta menceritakan apa yang perlu dibuat. Danial dan Aisyah menunjukkan komitmen yang baik manakala Rayyan seperti tidak endah. Apa punya perangai la ketua pengawas ini.
YOU ARE READING
FAKE FAKE FAKE
RomanceRemaja dan Cinta memang tidak dapat dipisahkan. Noktah.Kehidupan ini penuh plastik.