Joe bingkas bangun dari katil. Ternyata tidurnya tak berapa lena. Mimpi-mimpi yang hadir kebelakangan ini semuanya berpaksikan realiti yang perlu dia hadapi. Terasa babi menyelubungi diri ternyata dia belum bersedia untuk hadapi semua ini. Di capai tuala lantas terus ke bilik air. Tiada lagi senyuman untuk diri sendiri di depan cermin. Tiada lagi nyanyian sumbang memecah ruang bunyi bilik air kali ini hanya bunyi air yang dicebok dari kolah berulang-ulang kali.
Usai membersihkan diri dia mencapai kotak rokok yang berkawan rapat bersama lighter di atas meja. Di buka bungkusan rokok tersebut."Babi!"
Sebatang rokok pun tiada dah kotak rokok itu. Mahu saja dia menerajang almari, meja dan kaki katil dek kerana ketandusan nicotine pagi itu. Mengeluh lagi anak muda ini. Hatinya berbolak balik, kadang nafasnya sendiri terumbang ambing bila difikirkan apa yang perlu dihadapi. Tapi kebiasaannya apabila dia terasa fucked up seperti itu, rokoklah sahabat sejati Joe untuk menenangkan fikiran sebentar. Ternyata hidupnya makin hari makin bangsat. Kadang-kadang mahu saje dia salahkan takdir. Tapi dia sedar itu sudah menjadi adat didunia bukan semuanya indah. Kalau semuanya indah itulah syurga. Lagipun jauh disudut hatinya dia sedar sudah lama tidak menyembah tuhan. Sombong.
Terkumat-kamit mulut Joe membebel seorang diri.
"Barang putus rokok pun putus, apa babi semua ni. Esok lusa aku dah kena jadi orang lain, kasi chance la aku jadi diri sendiri kali ni."
Joe mencapai telefon pintarnya yang jelas kaca screenya sudah retak seribu lantas menghantar pesanan ringkas kepada Rosman.
"Man, yaw dah ada ke?"
Bluetick dan typing.
"Belum lagi mat, lepas raya baru ada."
"Raya kita ke raya cina?"
"Aku tak pasti, yang aku tahu lepas raya."
"Okay, kalau ada nanti pape halo."
Sangsi. Buncah. Gulana. Kesialan apa sampai raya baru ada. Paling bangsat tak tahu raya apa. Melayu ni tak kisah la meniaga apa pun, management tetap macam babi.
YOU ARE READING
From Kuantan With Love
Короткий рассказKarya seorang penulis yang hitam hatinya dan kurang nilai modal insan