Jika diputar balik masa, ketika Lia baru saja sampai di hotel, Kamal pula baru saja tiba dilapangan terbang. Selesai sahaja mengambil bagasinya, Kamal terus menaiki teksi dan menuju pulang ke rumahnya. Hari sudah petang, dan dia sendiri amat merindui isterinya. Tambahan lagi, hatinya agak berdebar sejak dari pernerbangannya lagi, seolah-olah seperti ada perkara yg tidak elok sedang berlaku. Dia risaukan Lia, isterinya. Sampai sahaja dirumah, dia mendapati rumah nya terkunci. Loceng ditekan, namun bayang isterinya langsung tiada. Lia tiada dirumah. Bertambah risau, Kamal berjalan menuju ke salon kakaknya, yg terletak di sebelah rumahnya itu. Kelihatan kelibat kakaknya di depan salon tersebut.
" Kak, Lia kat mana?" tanya Kamal, apabila berhadapan dengan kakaknya itu, terus, tanpa memberikan salam.
Wajah Sara berubah, sedikit bimbang, sedikit risau. Dia tidak tahu apa yg perlu dijawapnya kepada Kamal. Adakah dia perlu memberitahu Kamal, yg dia mensyaki Lia akan digunakan oleh Zainal untuk menjual badannya kepada Datuk Bandar demi projek syarikat? Ya, dia harus berterus terang. Dia sendiri sedang risaukan nasib adik iparnya itu. Mahu tidak mahu, dia harus menceritakan perkara itu kepada Kamal.
" Kamal, kita masuk kat dalam dulu. Nanti akak ceritakan." Kata Sara, sambil mula memasuki kedalam salonnya.
Didalam salon, Sara menceritakan semua kebimbangannya mengenai Lia. Tentang kedatangan Zainal, menemui Lia ketika Kamal pergi,dan kemudian jemputan ke majlis beberapa hari lepas. Diceritakan juga tentang perubahan sikap Lia, menjadi lebih terbuka.
" ...pagi tadi, Lia ada jugak suruh akak mekapkan dia." Sara berterus terang kepada adiknya. " Katanya dia dijemput untuk menghadiri pesta di Hotel S malam ni.. Lia tak bagitau akak pesta apa, tapi tadi akak nampak Zainal yg datang jemput.."
Kamal terdiam, berfikir sejenak. Zainal, Datuk Bandar, Hotel S, pesta. Dari butir-butir yg diberitahu oleh kakaknya, tersurat dan tersirat, Kamal seolah-olah dapat membaca apa yg sebenarnya yg terjadi. Dia sudah kenal sangat dengan permainan Zainal, dalam usaha mendapatkan projek untuk syarikat. Bukan sehari dua dia mengenali lelaki tua itu. dia tahu projek ape yg sedang dilobi oleh lelaki tua tersebut, siapa saingan mereka dan apa yg perlu dilakukan untuk mendapatkan projek tersebut. Bahkan, kalau nak dikira, minggu lepas dia masih lagi terlibat dalam usaha mereka untuk melobi ahli-ahli majlis perbandaran, dengan membawa mereka itu berhibur dipusat maksiat, serta menyogok mereka semua dengan wang dan betina-betina sundal sebagai bayaran. Dan Kamal tahu, siapa watak terakhir yg perlu dilobi oleh Zainal. Datuk Bandar Azmin.
Jadi, adakan Lia yg dijadikan umpan oleh Zainal kepada Datuk Bandar Azmin? Mustahil, fikir Kamal. Namun dalam masa yg sama, nalurinya seolah-olah tahu itulah yg sedang berlaku.
Perasaan Kamal terus bergolak. Mukanya berkerut, bercampur diantara marah dan bimbang. Sara dapat melihat reaksi wajah Kamal itu. Timbul perasaan bimbang dan rasa bersalah. Sara mengengam tangan Kamal, matanya berair, sebak.
" Kamal..Maafkan akak yer. Kalau lah akak tak suruh Lia mengubah penampilannya...Mungkin semua ini takkan terjadi..."kata Sara, hampir menangis. Kamal berdiam diri, tengelam dalam fikirannya sendiri.
Kenapa harus terjadi seperti ini? Kamal merenung kembali cara dia melakukan bisnes, penuh tipu daya , muslihat, untuk mendapatkan projek, tidak kira halal mahupun haram. Selama ini, yg penting baginya adalah mendapatkan projek, tidak kira apa caranya juga. Namun, adakah dia sanggup mengorbankan orang yg paling dia sayangi, semata-mata untuk kejayaan dan kekayaan? Adakah Zainal berhak mengunakan isterinya untuk mendapatkan projek itu? Bagaimana pula dengan perasaan Lia, dipergunakan seperti itu? Rela? Terpaksa? Ataupun mungkin Lia terpaksa melakukannya kerana statusnya sebagai pewaris syarikat itu nanti? Tidak. Kamal tidak rela isterinya menjadi barang dagangan.
YOU ARE READING
Isteri Sundal Lia
Romance*Reupoad* ( MATURE CONTENT) Olahan semula dari karya asal yg berbahasa indonesia, menceritakan tentang perubahan seorang wanita setia menjadi isteri sundal. Genre: Erotik, mistik, fantasi